Bab 25

9.1K 464 3
                                    

LYA mencangkung depan pintu pagar rumah yang tertutup. Kedua siku diletakkan pada lutut dan menongkat dagu.

Airil yang baru keluar dari bilik hairan melihat tingkah Lya.

"Kau buat apa?"

Soalan Airil tidak dibalas.

Didekati isterinya dan dia juga turut mencangkung.

"Comel kan?" Soal Lya tanpa alihkan pandangan.

Airil pandang apa yang Lya perhatikan. Dua ekor kucing yang nampak macam dah lahir beberapa bulan.

Barulah Airil tahu apa yang bermain di fikiran isterinya.

"Nak bela ke?"

"Bukannya awak nak bagi pun." Perlahan suara Lya bersuara. Keluhan Lya lepaskan.

"Siapa kata?"

Laju Lya pandang Airil.

"A-awak nak bagi ke?"

Airil geleng. Terus Lya mencebik.

"Kecuali kalau kau janji akan pastikan dia tak berak merata."

Lya pandang Airil dengan mata bersinar.

"Janji!" Teruja Lya berkata. Bulat mata Lya berkata.

Airil angguk seperti memberi kebenaran.

"Sayang awak!" Tubuh Airil dipeluk kuat. Kedua belah pipi Airil dicium, kemudian dahi, hidung dan terakhir sekali bibir dilekap 5 saat.

Pagar rumah dibuka. Dua ekor kucing dibawa ke dalam pelukan dan masuk ke dalam rumah mereka.

Airil masih lagi terkejut dengan apa yang jadi. Terkaku dia di situ.

Mukanya dah merah kerana segan dengan tindakan mengejut Lya.

Pendek je.

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now