KELUHAN dilepaskan buat kali yang keempat. Fikirannya melayang pada perbualan Sara dan Mia di kedai buku.
"Seriuslah dia kata macam tu?"
Sara angguk laju.
"Dia kata perempuan tu annoying. Kesian aku tengok dia sebab diorang betul-betul putus depan kedai ni."
Mia mengangkat kedua belah kening. Fail stok buku diletakkan di atas meja kaunter.
"Tapi memang betul pun. Lelaki tak suka sangat dengan perempuan yang terlalu clingy ni. Nanti diorang cepat rimas."
"Setuju. Macam kes senior kat sekolah aku dulu. Memang gedik giler dengan boyfriend dia. Sampaikan lelaki tu lepak dengan kawan pun, senior aku nak ikut."
Mia angguk kepala.
"Pastu apa jadi?" Soal Mia bila dia dah terlalu fokus.
"Lelaki tu minta putus lah. Dia kata senior aku tu annoying and gedik sangat."
Lya yang dari tadi curi dengar tersentak. Pintu pejabat ditutup. Tak jadi nak pergi beli makanan.
Tangan mengusap kepala kucing hitam putih di atas riba. Seekor lagi warna kelabu duduk elok kat tepi Lya atas sofa.
Airil yang menonton televisyen dari tadi tak senang duduk dengar Lya mengeluh.
Lya pandang kucing di ribanya. Dia mengeluh lagi.
"That's it."
Badan duduk menghadap Lya. Mata pandang Lya tajam.
"Cerita kat aku. Kau kenapa?"
Lya terkejut sedikit dengan tindakan tiba-tiba Airil. Kemudian dia mengeluh lagi.
Automatik Airil tutup mulut Lya dengan tangan kanannya.
"Kau kenapa?"
Lya diam. Airil alihkan tangan dari mulut Lya. Diperhati Lya yang sibuk duk main dengan tangannya.
Lya kemudian tarik nafas panjang. Ditatap suaminya yang masih menunggu jawapan.
"Awak.. Awak rasa saya annoying tak? Saya ni gedik ke? Awak rimas tak dengan saya?"
Soalan Lya buatkan Airil berkerut.
"Kenapa tiba-tiba je?"
"Jawablah. Jujur." Gesaan Lya buatkan Airil diam kejap.
Kemudian Airil angguk.
"Betul. Aku rasa kau ni sangat annoying. Gedik, clingy. Bising. Kecoh. Dah, puas hati?"
Jawapan Airil buatkan Lya menunduk. Tangan naik pegang dada kiri. Rasa perit pulak kat situ.
"A-awak... Nak tinggalkan saya ke?" Berketar Lya menyoal tanpa pandang Airil.
Airil tarik senyum senget tanpa Lya sedar. Rasanya dia tahu ke mana hala tuju perbualan ni. Kenapalah Lya boleh terfikir macam ni.
"Betul. Kau memang gedik. Clingy sangat. Suka memekak. Mengada-ngada. Sikit-sikit nak nangis. Dasar cengeng."
Kutuk Airil lagi. Lya pejam mata rapat-rapat. Macam makin perit je rasa. Menyesal suruh jujur.
"Tapi..."
Lya angkat muka bila Airil acah-acah lambat.
"Tapi aku suka."
Lya terdiam.
"Aku suka. Sebab semua tu adalah kelebihan bagi aku."
Lya ketap bibir. Dia nak tanya sesuatu tapi tak terkeluar dek tekak.
Airil senyum manis. Terpaku kejap Lya melihat. Airil bersuara lagi bila Lya macam ragu-ragu.
"Sebab bila aku stres, perangai gedik dan manja kau buatkan aku lupa masalah. Bila aku rasa sunyi, sifat clingy kau yang buat aku rasa ditemani. Bila aku rasa nak marah, sikap cengeng kau buatkan aku rasa lembut. Dan bila aku rasa nak disayangi..."
Badan didekatkan dengan Lya. Tangan naik mengusap bibir Lya perlahan.
"Bibir ni yang selalu ucap kata sayang."
Matanya pandang anak mata Lya yang dari tadi perhatikan perlakuannya.
Tangan naik menyentuh dada sekali lagi. Liur ditelan. Dada ditekan kuat bila merasakan jantungnya berdegup laju. Macam nak terkeluar.
"Jadi kau mesti dah boleh agak jawapan untuk soalan tadi."
Lya diam. Terkebil-kebil lagi dengan situasi sekarang.
"Aku tak kan tinggalkan kau."
Sejurus itu, Airil lekapkan dahi mereka rapat. Bulat mata Lya melihat tindakan si suami.
Merah tiba-tiba pipi Lya. Adoi. Hilang semua gedik dan mengada dia bila Airil dah tekan butang sweet.
Puncak hidung Lya dikucup Airil sekilas. Dia kemudian berdiri dan tanpa pandang Lya dia ambil kucing-kucing mereka.
Bergerak ke dapur dan tinggalkan Lya yang masih kaku tak berkutik. Nak bagi makan kucing.
Sampai dapur, Airil hela nafas kuat. Muka dia dah hangat. Dia sendiri segan dengan perlakuan tadi. Entah mana datang keberanian.
Lya yang baru tersedar, terus tepuk pipi sendiri. Betullah, tak mimpi.
Jari digigit. Senyum dah sampai telinga. Mata dipejam lalu ditumbuk-tumbuk sofa sebab terlalu gembira.
"Comelnyaaa!!!" Jeritan Lya bergema di ruang tamu.
Airil menggeleng kepala mendengar. Padahal dia dah tarik senyum.
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...