LANGKAH dilajukan mendekati Huda. Kerusi ditarik dan melabuhkan punggungnya.
"Hai Huda. Lama ke kau tunggu?" Bersama senyuman Emir menegur.
"Takdelah lama mana pun." Senyuman Emir dibalas mesra.
Dah dekat 3 bulan diorang menjadi kawan rapat. Huda pun selesa dengan emir lebih daripada dia dengan teman lelakinya dulu.
"Ada apa kau nak jumpa aku? Gelabah tadi aku bila kau kata urgent."
Emir geleng kepala.
"Bukanlah penting mana pun. Aku nak bagitahu kau benda penting."
Dahi Huda berlapis.
"Kita dah kawan 3 bulan kan? Jadi.. aku ingat nak bawa perkara ni untuk langkah seterusnya."
Huda ketawa janggal. Berpura-pura tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan Emir.
"Aku suka kau."
Emir pandang Huda serius. Huda dah teguk air liur.
Dia pejam mata dan tarik nafas dalam. Mata dibuka dan Emir dipandang tajam.
"Tak boleh."
Emir pandang Huda tak berkelip.
"Hah? Kenapa?"
"Aku tak sedia. Aku langsung tak terfikir untuk pergi lebih lagi. Sorry Emir."
Huda lantas berdiri dan tinggalkan Emir termangu sendirian
••••
"SERIUSLAH dia kata macam tu?" Kaki melangkah ke dalam bilik tidur.
"Aku ada idea untuk kau."
Tombol pintu dipulas lalu dibuka.
"Kenapa kau kata macam tu?! Kesian dia!"
Jeritan Lya buatkan Airil memandangnya. Lya pun turut pandang pintu yang terbuka.
Lama mereka memandang sesama sendiri.
"Apa yang patut aku buat?"
Teguran dari panggilan telefon Airik buatkan mereka berdua tersentak.
"Aku tahu apa yang kau buat Lya."
"Saya pun tahu apa yang awak buat."
Mata Lya mengecil. Kaki menghampiri Airil dan berhenti betul-betul depan Airil.
Telefon Airil dijeling.
"Awak on call dengan Emir ke?"
Ternaik sebelah kening Emir.
"Kau tu? Dengan Huda?"
"Ma-mana ada!" Beriya Lya menafikan.
"Lya. Kau dengar tak? Apa yang aku kena buat?"
Bulat mata Lya jadinya. Terus dia end call panggilan tu. Habislah mesti kena bebel dengan Huda.
Suara Huda buatkan Airil angkat kedua kening.
"Tu suara siapa? Saka Huda?"
Lya mencebik. Telefon Airil diambil.
"Hai Emir! Ni Lya. Isteri Airil yang paling comel dan cantik dan paling disayangi ."
"H-hai..?"
Lya pandang Airil.
"Kau nak aku tolong tak kau dengan Huda?"
Lama Airil pandang isterinya.
"Nak!!"
Lya dah senyum sinis.
"Nanti aku hantar tips. Okey? Sekarang ni masa aku dengan suami aku. Daaaa!"
Telefon Airil diberi semula lepas end call.
Dia duduk di atas katil. Airil pandang hairan.
Lya senyum. Ditepuk-tepuk tempatnya di sebelah. Airil akur.
"Awak rindu saya tak?"
Airil diam. Kepala dibaringkan pada bahu Lya dan pinggang Lya dipeluk.
Senyuman Lya terus melebar. Rambut Airil dibelai. Pelik. Tiba-tiba je nak jadi kucing.
"Kenapa macam semacam ni?"
Airil tetap diam dengan muka bekunya.
Lama-lama mereka berdua tertidur lena.
Happy reading tau. If anyone nak scene sweet boleh je saya buat. Request je okey. If nak ✌🏻
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...