SEPOTONG kek dan susu strawberi di atas mejanya dipandang lama. Huda mengeluh lagi.
Telefon dicapai dan nombor si penghantar didail.
"Assalamualaikum Huda! How? Dah makan kek aku bagi?"
"Waalaikumussalam. Belum."
"Eh, why? Tak suka ke?"
Huda memicit dahinya.
"Emir please. Didn't I tell you already? Cukup Emir."
Diam sekejap beberapa saat sebelum Emir kembali bersuara.
"Kenapa susah sangat Huda?"
Huda terdiam mendengar suara Emir yang mula kedengaran perlahan.
"Aku ikhlas Huda. Dah dekat almost a month aku cuba."
Nafas dihela kasar.
"Aku tak pernah suruh kau cuba Emir. I told you to stop!"
Diam. Kemudian dia dengan keluhan berat di sebelah sana.
"Aku tak cukup ke untuk buat kau bahagia? Apa kurang aku Huda?"
Bibir digigit Huda.
"Bukan kurang Emir. Cuma.."
"What?"
"Belum sedia. Maaf Emir."
Pantas Huda end call. Nafas ditarik dalam. Lalu dilepaskan perlahan.
Maaf Emir. Aku masih takut.
••••
"AWAK!"
Berlari Airil masuk ke dalam bilik. Dilihat Lya sedang duduk mencangkung di atas katil.
"Kenapa?!"
"Tuuuu." Jari telunjuk dihulurkan pada lantai.
Airil pandang bawah katil. Kot-kot lah ada pencuri ke.
"Takde apa pun."
"Ada lah! Ada lipas."
Airil intai sekali lagi. Baru lah dia nampak lipas seekor.
"Lipas je?"
"Lipas je?!"
Bulat mata Lya pandang Airil dengan pandangan tak puas hati.
"Awak tak tahu ke betapa geli nya benda tu?! Kalau dia terbang, lagi seram! Keluarkan dia!"
Bersama jeritan Lya, Airil angguk pasrah.
Lipas tersebut dipegang dan dibuang keluar rumah.
"Dah."
Setelah itu, Lya intai bawah katil lagi. Nafas dihela lega bila dia tak nampak lipas tu lagi.
Airil entah kenapa dia rasa nak buli Lya. Dengan mengejut, tangan yang memegang lipas tadi dihalakan pada si isteri.
"ARGH!!"
Airil ketawa kecil melihat isterinya sudah selubung dalam selimut.
"Aku gurau jelah."
Lya intai Airil di sebalik selimut. Airil mendekati Lya dan terus cium dahi si isteri yang masih teragak-agak nak keluar dari selimut.
"Aku nak pergi kerja."
Baru je Airil nak keluar dari bilik, Lya dah bangun dan muncungkan bibirnya.
"Nak cium lagi!"
Airil geleng kepala. Enggan bagi.
"Nak kiss jugak!" Ujar Lya tak mengalah.
"Aku dah lambat ni. Nanti-nanti lah."
Lya yang memang degil. Terus tarik leher Dia cium hidung Airil sekali.
"Dah. Pergi kerja."
Airil gelengkan kepala dan senyum sekejap. Kejap sangat.
If nak request mana-mana scene boleh comment or personal je☺️
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...