Bab 17

9.6K 524 10
                                    

LARIAN dilajukan. Sesekali dia pandang ke belakang dan dia masih nampak lelaki itu mengejar.

Nampak balai polis, terus dia serbu masuk.

"To-tolong saya.."

Semua orang mendekati Huda yang sudah tidak terurus. Selendang yang dipakai sudah koyak pada bahagian belakang. Skirt panjang Huda dah koyak sehingga nampak bahagian betis.

"Ada orang nak ro-rogol saya.."

Menangis-nangis Huda beritahu sambil tunjuk pada luar pintu balai polis.

Emir mendekati Huda. Polis wanita sudah berkerumun memujuk dan menutup mana-mana bahagian yang terkoyak.

Emir intai di luar dan dapat dilihat seorang lelaki sedang memerhatikan mereka.

Emir pandang beberapa anggota polis lelaki dan menganggukkan kepalanya.

Mereka faham dan ikut Emir keluar. Lelaki tersebut mula menggelabah bila nampak polis muka mengerumininya.

"Kejar! Kejar!"

••••

PINTU balai polis dibuka kasar. Lya berlari mendapatkan sepupunya dan terus tubuh itu dipeluk.

"Huda kau okey tak? Ya Allah, terkejut aku dengar berita dari Emir."

Airil berjalan pada isterinya. Dia pandang Emir yang dari tadi berdiri di sebelah Huda.

"Apa yang jadi sebenarnya?" Airil soal Emir.

"Huda cerita tadi, teman lelaki dia cuba nak rogol dia waktu mereka tengah dating. Dia keluar dari kereta dan terus lari kat balai polis." Jelas Emir dengan wajah yang serius.

"Nasib baik balai dekat waktu tu."

Emir hanya angguk dengar Airil berkata. Pandangannya beralih pada Huda yang masih menggigil di dalam pelukan Lya.

Terangkat sebelah kening Airil. Pelik. Dia tahu pandangan yang Emir bagi pada Huda.

"Dapat tangkap tak jantan tu?" Lya menyoal Emir.

Emir geleng.

"Belum lagi." Mendatar suara.

Lya pandang Airil. Seperti sedang bertanya 'Kenapa dengan Emir tu? Serius semacam je.'

Airil menggelengkan kepala. Dia pun masih hairan.

"Malam ni kau nak pergi mana? Sekarang kan kau duduk sorang sejak Dania dengan aku dah kahwin." Lya menyoal Eza yang sudah semakin tenang berbanding tadi.

"Mana boleh. Bahaya. Nanti dia cari Huda."

Huda pandang Emir. Emir berdehem menarik perhatian Lya dan Airil.

"Dia ikut aku balik."

Membulat mata Lya dan Airil mendengar.

"Ma-maksud aku, Huda ikut aku balik rumah ibu. Dia tinggal dekat kampung parents aku. Lagipun dekat je kat sini.",

Terang Emir. Lya angguk faham. Emir menghela nafas lega. Gelabah pulak tiba-tiba.

Emir alihkan pandangan pada Airil. Dia telan liur bila nampak Airil senyum senget.

Airil angkat dua keningnya. Gaya macam mengejek. Emir menjelingnya menyebabkan Airil ketawa kecil.

"Tak nak bagitahu aku?" Airil bertanya dengan senyum senget yang masih kekal.

Emir mencebik.

"Bincang luar." Lengan Airil ditarik ke luar balai.

Tak naklah sampai Huda dengar nanti.

"Kau suka Huda enn?" Airil terus menyerang Emir.

"Diamlah ngok!"

Thanks tau pada korang yang baca cite ni

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now