TERKEBIL-KEBIL mata Lya pandang Airil.
"Awak cakap apa tadi?"
"Jom pergi holiday."
Lya terdiam kejap. Betul lah. Dia tak salah dengar lagi. Airil ajak dia pergi bercuti.
Macam tak percaya je. Airil dah lah susah nak ajak aku keluar. Setakat pergi taman dekat sini boleh lah.
"Awak ajak saya honeymoon ke apa ni?" Tersengih-sengih Lya berkata.
"Boleh lah."
Melebar senyuman Lya mendengar.
"Oh my! Serius?! Awak tak main-main? Be-betul kan?" Lya dah terloncat-loncat dengar.
Airil senyum nipis dan angguk.
"Bila?"
"Esok."
Tanpa dapat ditahan, Lya terus peluk Airil. Dipeluk Airil macam koala. Kaki dililitkan pada pinggang Airil.
Airil rela je. Tangan naik pegang punggung Lya untuk menampung berat isterinya.
"Sayang awak!"
Digoyang-goyangkan badannya sampaikan badan Airil pun ikut goyang supaya Lya tak jatuh.
"Tahu."
••••
"HEK ELEH. Ingatkan nak bawa pergi luar negara. Ni kat Pangkor je." Bisik Lya mengutuk.
"Bersyukurlah aku nak bawak."
Tegak terus badan Lya. Dengar pulak mamat ni.
"Dah setengah hari kat sini baru nak kutuk aku." Ujaran Airil buatkan Lya sengih je.
Lya letak kepala atas bahu Airil. Air laut datang menyentuh kasut yang dipakai Lya dan Airil. Kasut tu kasut pasangan yang Airil beli minggu lepas.
"Dah senja. Jom balik."
Lya angkat kepala tengok Airil yang dah berdiri.
"Tak puas lagi nak dating dengan awak." Lya dah buat muka tak puas hati.
"Solat Maghrib dulu. Nanti malam sambung date."
Mendengarkan itu terus Lya berdiri. Airil terus berjalan tapi dia berhenti bila Lya tak ikut gerak.
Ditoleh ke belakang. Kening diangkat pada Lya.
Lya gigit bibir. Wajah ditundukkan.
Airil faham apa yang Lya nak. Dia undur ke belakang sikit dan jari kelingkingnya disatukan dengan jari kelingking si isteri.
Dan dia berjalan sambil mengheret Lya dengan jari kelingking mereka bersatu.
Lya dah senyum sampai dia terpaksa gigit bibir bagi elakkan senyuman terlalu lebar.
Kenapalah comel sangat suami kita ni! Macam nak gigit je!
Semua ni imaginasi author guys. Dan jujur laki macam ni type author.. Pendiam, pemalu tapi sweet dalam diam...Hoho.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...