TELEFON dipandang berkali-kali. Huda mengeluh buat kali keseribu.
"Nak call ke tak? Nak ke tak?" Huda berfikir lagi.
Dia nak hubungi Emir sebab nak bertanya tentang hubungan dengan Suri.
Padahal dulu dia yang sombong sekarang dia betul-betul rasa tak suka. Dia nak tahu sangat tentang Suri.
"Call jelah." Contact nama Emir ditekan.
Lama sekejap sebelum panggilannya diangkat.
"Hello?" Suara perempuan kedengaran.
Huda tergamam.
"Suri. Siapa tu?" Terdengar suara Emir dari sana. Kalau dengar betul-betul macam Emir baru bangun tidur sebab dengar suaranya serak basah.
Cepat-cepat dia end call.
Dia tahu tu suara siapa. Suara Suri. Kenapa Suri jawab? Diorang berdua kat mana?
Jantungnya berdegup kencang. Rasa tak sedap hati.
~~~~
"SURI. Siapa tu?" Soal Emir yang baru je bangun tidur.
"Huda. Tapi dia tak kata apa pun." Ujar Suri. Diserahkan telefon kepada Emir.
"Ouh ye. Aku datang bilik kau ni nak kejut kau. Ibu ajak turun bawah. Makan." Kata Suri lagi sebelum keluar dari bilik Emir.
Emir pandang telefonnya dengan dahi berkerut. Huda call? Kenapa dia telefon aku?
••••
LYA mengeluh. Telefon diletakkan ke tepi.
"Kenapa?" Airil menyoal. Tetapi tangan masih ligat pada game di telefon.
Bila tiada balasan, Airil pause game dan pandang Lya. Wajah Lya kelihatan muram.
Dibuka tangannya dan tanpa menunggu sesaat, laju Lya masuk ke dalam Airil.
"Kenapa ni?" Lembut sahaja suara lelaki itu.
Lya sandarkan kepalanya pada bahu Airil.
"Huda."
"Kenapa dengan Huda?" Airil menyoal dan dengan sebelah tangan memeluk Lya, dia menyambung game yang tergendala tadi.
Lya menceritakan tentang Huda yang tengah frust pasal Suri yang tiba-tiba angkat call Emir dan bukannya Emir
"Suri?" Soal Emir dan Lya angguk.
Dihentikan game nya sekali lagi. Dia duduk bersila dan pandang Lya.
"Aku kenal lah Suri tu. Suri tu sepupu Emir."
"Sepupu?" Airil angguk.
"Diorang memang rapat. Tapi diorang takde lah sampai nak ada hubungan couple bagai." Jawapan itu buatkan Lya mengeluh lega.
"Kenapa tiba-tiba je Huda cari Emir? Bukan ke Huda tu benci sangat kat Emir?" Airil bertanya.
"Ni rahsia awak dengan saya je tau! Dia kata dia dah mula suka Emir. Entah lah. Saya pun tak faham dengan diorang tu."
Airil angguk. Dia baringkan kepalanya pada bantal.
Lya turut baring bersama tapi dia lingkarkan kaki dan tangannya pada badan Airil.
"L-Lya. Lepaslah." Airil berkata bila Lya memeluknya terlalu kuat.
Lya geleng. Kemudian dekatkan bibirnya pada telinga Airil.
"Saya rindu awak." Ujar Lya berbisik dengan nada gurau.
Tiba-tiba Lya menjilat telinga Airil buatkan mata Airil membulat. Dijauhkan dirinya daripada Lya laju.
"Jangan dekat! Perempuan gatal."
Lya mencebik.
"Nak manja-manja pun tak boleh." Airil roll eyes.
Tanpa kata, Airil baring dan tidur membelakangi Lya. Lya mengeluh.
Entah kenapa sekarang ni, dia nak sangat bau Airil. Dia nak bau badan Airil. Tak tahu kenapa mengidam pelik dia ni.
"Awak..."
"Hmm."
"Nak bau awak." Airil tak membalas.
"Awakkk.." meleret suara wanita itu tapi Airil tetap tak balas.
Lya dah tersebik. Matanya tiba-tiba dah kabur. Perutnya mengecut.
"Sa-saya nak bau a-awak je. It-itupun tak boleh." Lya berkata dengan nada yang dah mula serak.
Airil berpaling dan matanya membulat dengan melihat wajah wanita kesayangannya itu sudah basah dengan air mata.
"Kenapa nangis ni sayang?" Panik Airil tiba-tiba.
"A-awak lah! Awak yang tak nak ba-bagi saya peluk awak.." Lya berkata dengan sendunya.
Dia pun tak tahu kenapa dia sensitif sangat ni. Salah baby lah ni.
Airil mengeluh. Dibuka kedua tangannya dan pantas Lya masuk ke dalam pelukannya.
"Dah. Dah. Jangan nangis." Airil mengusap rambut isterinya.
Lya sembamkan muka ke leher Airil sebab nak bagi rasa hangat.
"Pelik lah kau ni. Orang lain mengidam makanan. Kau mengidam bau aku." Gumam Airil perlahan.
Lya gelak kecil dengan tangisan yang masih bersisa.
"Nasib baik sayang." Airil berkata pada diri sendiri.
Senyum kecil terukir pada bibir lelaki itu.
"Dah nak jadi emak orang. Tapi makin manja." Ejek Airil.
Lya pukul dada lelaki itu perlahan. Tangannya kemudian mencengkam T-shirt di bahagian dada itu.
Dibau leher lelaki itu dalam dan Airil hanya membiarkan sambil rambut Lya diusap perlahan.
Boleh rasa hembusan hangat Lya pada lehernya buatkan Airil rasa mengantuk dan tanpa sedar dia terlena.
Update dah! Cuma kali ni pendek je saya bagi. Nanti saya bagi panjang! But, kena janji lah untuk keep reading my story ni! Tau!
Thanks tau yang bagi comments, yang votes and even yang read pun!
Thankssss!!!
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...