Bab 40

14.3K 463 11
                                    

"OKEY. Kandungan Puan Lya sihat. Cuma Puan jangan banyak buat kerja sebab kadang-kadang tu penyebab utama Puan Lya sakit-sakit belakang." Ujar Doktor Aireen dengan senyuman.

"Doktor. Bila boleh tahu jantina?" Soal Airil tak sabar.

"Sekarang Puan Lya mengandung 3 bulan 1 minggu jadi kandungan biasanya dah boleh nampak waktu kandungan 4 bulan."

••••

"DOKTOR kata apa pasal baby?" Puan Asz menyoal anak menantunya.

"Doktor kata baby sihat tapi dia nasihatkan Lya jangan buat kerja berat." Balas Airil sambil pisang goreng dikunyah laju.

"Mak nak gerak dah ni."

"Eh. Nak gerak dah? Awalnya mak nak balik. Baru je sampaikan." Lya cuba memujuk emaknya.

"Tak boleh. Mak tak masak lagi kat rumah. Ayah kau nak makan apa kalau mak tak masak? Kebulur nanti." Ujar Puan Asz.

Airil dan Lya angguk faham kemudian hantar Puan Asz ke luar pintu.

Selepas Pun Asz balik, Lya kembali ke ruang tamu dan mula mengemas pinggan-pinggan dan cawan yang ada ke dalam dulang.

Baru dulang tu diangkat, Airil dah ambik dulang tersebut dari tangan Lya.

"Biar aku kemas. Tak elok untuk orang mengandung terbongkok-bongkok." Kata Airil buatkan Lya senyum dan angguk.

Lya memandang Airil yang sedang mencuci pinggan kotor di singki.

Didekati Airil dan senyum nakal terukir. Dia selalu baca benda ni dalam drama atau novel.

Tapi nak harap Airil buat. Lambettt lagi.

Tubuh Airil dipeluk dari belakang buatkan Airil tersentak.

"Apa kau ni? Tepi." Lya menggeleng.

"Lya. Aku nak buat kerja ni."

"Buat ajelah. Saya tak kacau awak pun. Peluk je." Balasan Lya buatkan Airil mengeluh.

Dia akhirnya akur dan membiarkan Lya memeluknya dari belakang tetapi tak terlalu rapat sebab perutnya yang semakin membesar.

"Awak."

"Hmm."

"Awak nak berapa orang anak?" Lya menyandarkan dahinya pada belakang badan Airil.

Lama Airil diam sebelum menunjukkan 3 jari.

Lya angkat muka dan pandang jari Airil.

"Tiga?" Soal Lya dan Airil angguk.

Lya diam sebelum angguk setuju. Tiga tu kira standard lah.

"Dua laki seorang perempuan?" Soal Lya lagi.

"Tak kesah pun."

Lya diam dan memerhati Airil yang masih membasuh pinggan.

"Lya. Tepi." Ujar Airil.

Lya mencebik. Diketatkan pelukannya dan kepala digeleng laju.

"Tepi. Susah aku nak buat kerja ni."

"Tak. Nak. Suka hati sayalah."

"Susah lah aku nak buat kerja." Airil merungut.

Lya tiba-tiba teringat sesuatu. Dilepaskan pelukan di pinggang Airil.

"Eh, saya lupa lah. Hari ni ada cerita K-Pop tu. Okey. Bye, awak." Pantas Lya berlari ke ruang depan.

Airil terkebil-kebil sekejap. Tetiba rasa menyesal pulak suruh Lya pergi tadi.

Rasa kosong je bahagian pinggangnya lepas Lya pergi.

••••

LYA menguap besar. Direnung Airil yang masih leka dengan game ML tu.

"Awak." Lya menongkat kepala di atas bantal.

"Hmm."

"Best ke main game ni? Macam budak-budak lah." Ujar Lya selamba.

Dia memang anti gila dengan game macam ML, PUBG, Free Fire atau Among Us ni.

Diam. Tiada respon dari Airil.

"Palau aku lagi." Lya bergumam perlahan.

"VICTORY." Terdengar suara daripada game Airil berbunyi.

"Yes!" Airil tersenyum melihat telefonnya. Lya menggulingkan biji matanya.

Lya mengeluh. Dia dah rasa terlalu bosan jadi dia berbaring dan mengusap perutnya buat hilang bosan.

"Kau bosan ke?" Airil menyoal tiba-tiba.

Lya pandang Airil dan angguk.

"Nak main game dalam telefon aku?" Airil mempelawa sambil menunjukkan telefonnya.

"Tak nak lah." Tolak Lya terus.

"Betul?" Airil bertanya lagi.

Lya angguk yakin.

"Tapi nanti kau bosan. Betul tak nak main game? Aku boleh ajarkan kau." Kata Airil lagi tak nak mengalah.

Lya rasa ragu-ragu pulak nak tolak lagi lepas tengok Airil nak sangat Lya main game dalam telefon dia.

"Okey." Akhirnya Lya mengalah.

Airil senyum teruja kemudian cepat-cepat dia padam senyuman tu.

Untung sebab Lya sempat nampak.

Airil dekatkan dirinya dengan Lya.

"Kau nak main game apa?"

Lya berfikir sekejap. Dia teringat game yang selalu dimainkan oleh pasangan couple.

"PUBG lah." Airil angguk.

Aplikasi game PUBG dibuka. Dia tunggu loading dan kemudian pilih pemain.

"Okey. Nak jalan macam ni pastu kalau nak tembak ni. Nak tukar pistol tekan ni." Fokus Lya mendengar arahan Airil.

"Nah. Cuba try." Arah Airil setelah lama dia memberi ajaran.

Lya mengambil telefon dan mula bermain game mengikut ajaran Airil.

Kepala disandarkan di bahu Lya. Sekali sekala dia memberi arahan.

••••

Airil terjaga. Jam di dinding dilihat. 12 setengah pagi.

Dipandang Lya yang tertidur sambil memegang telefon milik Airil.

Airil senyum. Mesti leka sangat main game sampai tak sedar terlena.

Telefonnya diambil dan dicas di tepi katil. Badan Airil betulkan untuk baring dan diselimutkan tubuh wanita itu.

"Selamat malam sayang. Assalamualaikum." Dahi Lya dicium.

Kemudian perut Lya diusap sambil membacakan doa tidur. Setelah itu, kandungan Lya diciumnya pula.

Itulah rutin harian yang Airil akan lakukan setiap malam tanpa pengetahuan Lya.

Dia akan cium dan ucapkan selamat malam kemudian dia akan bacakan doa tidur buat anak di dalam kandungan isterinya.

Kadang-kadang, kalau dia tidur awal, dia tetap akan terjaga dalam pukul 1 pagi dan akan buat rutin malamnya.

Posisi baring dibetulkan dan tangan menyeluk memegang pinggang si isteri.

Tak terlalu ketat pelukannya, sebab takut nanti Lya tak selesa.

Dia lelapkan mata dan cuba untuk lena sekali lagi.











Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now