LAMA mata Airil memerhati isterinya yang sedang berbual dengan seorang Mat Salleh mana entah.
Tadi Airil singgah kedai beli air coconut shake, sekarang ni hati Airil pulak shake bila nampak Lya sedang bersembang dengan lelaki lain sambil senyum manis.
Senyum je pun, itu pun Airil dah parah.
Lepas je mamat puteh tu pergi, Airil dekati Lya.
"Borak apa?" Soal Airil dengan nada bersahaja.
"Ouh, awak nampak ek? Dia tanya jalan tadi. Tu yang saya jelaskan kat dia." Bersama senyuman tersungging di bibir Lya beritahu.
Airil rasa nak cebik bibir tapi ditahan dari buat riaksi.
"Senyum tu bukan main lebar. Untuk sape? Saje nak bagi dia suka kau?" Tuduh Airil tidak berasas.
Macam takde kena mengena je. Apalah kau ni Ril.
Berkerut dahi Lya pandang suaminya yang tetap dengan muka no feeling tu.
"Awak..."
"Apa?"
Senyum nakal terukir.
"Jealous ek?"
Makin lebar senyum Lya bila nampak Airil diam tanpa respon.
"Awak cemburu sebenarnya kan? Kan? Kan?" Lengan suaminya dicucuk-cucuk.
Merah muka Airil tiba-tiba. Nampak sangat ek? Adu Ril, memang tak pandai cover. Macam mana lah boleh jadi polis ni?
Lya jeling bila Airil pura-pura tak layan dia dan minum air coconut shake.
"Jom pergi kedai tu. Nak makan pisang goreng!" Ujar Lya ceria.
Airil angguk. Lya dah gerak 2 langkah tapi Airil tetap statik.
"Kenapa?" Soal Lya hairan. Takdelah, selalunya Airil yang akan ke depan bila berjalan.
Airil mendekati Lya. Air diberi pada Lya dan Lya sambut dengan tangan kanan. Lya dah berkerut menanti tindakan Airil seterusnya.
Tanpa pandang Lya, Airil sulamkan tangannya dengan tangan kiri Lya dan digenggam erat.
Lya dah tersengih suka. Dia berjalan mengejar langkah si suami untuk beriringan dengan Airil.
Pemandangan kat Pangkor waktu malam memang cantik. Sesekali air minuman dihirup Lya dan dikongsikan dengan Airil.
Tiba-tiba dia dengar bunyi orang menyanyi. Lya pandang Airil.
"Awak. Ada busking lah!" Teruja Lya sambil ditunjukkan di depan mereka.
Airil angguk dan senyum. Tangan Lya ditarik dan mereka berdiri di antara orang ramai.
Semua tepuk tangan mengikut rentak lagu termasuk Lya kecuali semestinya Airil.
"Sudah tiba masanya.. Tuk mengucapkan selamat tinggal terakhir kita..
Usah.. kau berpura-pura... Kita bahagia.. aku tahu kau takut tapi jangan bimbang.. sudah terbukti.. dalam reminisensi.. Aku kan hilang.."
Mendengar nyanyian dari Lya buat Airil tersentak. Dia pandang Lya yang masih bertepuk tangan dengan senyuman di bibir.
Dengan mengejut, Airil pegang tangan Lya yang sedang menepuk tangan. Automatik, Lya pandang Airil.
Muka serius Airil buatkan Lya tertanya. Kening sebelah diangkat bertanya kenapa.
"Sayang."
Terkebil-kebil Lya dengar perkataan tu dari mulut Airil.
"Kau."
Lya terpempam sekejap.
"Ha?"
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...