Bab 8

10.1K 572 12
                                    

AIRIL dan Lya mengambil tempat duduk di wayang. Lya masih tak puas hati bila Airil tak mahu duduk couple seat.

Kata Airil, couple seat ni sesuai untuk orang yang sedang bercinta dan bukannya dah berkahwin. Lya memang tak puas hati dan tak boleh menerima alasan tu.

10 minit berlangsung iklan di skrin besar membuatkan mata Lya dah layu.

'Jangan tidur Lya. Ni cerita yang kau nak tengok sangat tu.'

Lya menjeling Airil. Fokusnya hanya pada skrin besar yang muka memaparkan pembukaan cerita.

Popcorn makanan dimakan Lya lagi dan lagi. Padahal baru je mula cerita tapi popcorn dah nak habis sebab Lya. Di pertengahan cerita, tanpa sedar Lya sudah terlelap.

Airil pelik bila takde sebarang bunyi dari isterinya. Lya dipandang lalu kepala digelengkan.

'Dah tidur dah. Tadi, dia yang beriya nak tengok.'

Kepala Lya tersengguk-sengguk menahan kantuk. Airil menarik kepala Lya dan letakkan pada bahu kanannya. Tangan mereka disatukan Airil kemudian dia menyambung melihat cerita.

••••

LYA tersedar bila Airil mengejutnya. Skrin pawagam itu dipandang dan terlihat kata-kata penutup cerita terpapar.

"Cerita dah habis?" Soal Lya pada Airil yang sedang membersihkan sampah di tempat duduk mereka.

Airil mengangguk sahaja. Kemudian, Airil berdiri dengan sampah yang berada di tangan kiri.

Tangan kanan dihulurkan pada Lya. Lya memandang.

"Jom." Ajak Airil dan tanpa banyak bicara, Lya menyambut dan mereka keluar dari pawagam dengan berpegangan tangan.

Sampai di luar pawagam, Lya menghentikan pergerakkan mereka. Airil memandang pelik.

"Awakkk. Saya laparr." Tangan yang masih digenggam Airil, digoyang-goyang ke kiri dan ke kanan.

Airil tersenyum nipis melihat terlatah Lya. Dia membuang sampah tapi masih menggenggam tangan Lya, gaya macam kena heret.

"Awakk. Kita nak pergi mana?" Soal Lya bila tiada balasan dari Airil.

"Makan."

Lya tersenyum lebar. Daripada hanya menggenggam tangan, Lya terus memeluk lengan Airil.

Airil berkerut. Dia mengeluh perlahan dan cuba untuk melonggarkan sedikit pelukan.

"Rimaslah." Perlahan sahaja Airil berkata.

"Alaa.. Biarlah. Sayakan isteri awak." Lya masih berkata dengan mengetatkan lagi pelukan.

Airil mengalah dan mereka berjalan untuk pergi mencari makanan.

••••

"ERM... Awak, apa jadi kat cerita tu? Perempuan tu mati ke?" Soal Lya pada Airil yang sedap berselera makan.

Airil memandangnya sekilas dan menyambung makan semula. Lya mencebik melihat respon Airil. Nasib baik dah biasa, kalau tidak mesti dah terasa hati.

"Awakkk. Apa jadi? Dia hidup ke mati? Heroin dengan hero tu bersama ke tak?" Lya bertanya lagi.

Airil menggelengkan kepala.

"Hah? Diorang tak bersama ke? Ke.. diorang mati?"

"Bukanlah. Aku tak nak bagitahu." Selamba Airil membalas dan menyambung semula makan.

"Alaa.. Kenapa? Kita tengok cerita tu sama-sama kut."

"Siapa suruh kau tidur. No spoiler."

Lya mengetap bibir tak puas hati. Bukannya sengaja tidurpun. Itu pun nak berkira.

"Awak nikan. Kedekut!" Lya menjeling suaminya dan menyambung makan.

Airil sembunyi senyum. Seronok dapat buli isterinya itu.

Kisses (Love You!)✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang