LAMA Airil merenung laporan di tangannya. Dia kemudian memandang Emir. Kening diangkat seakan bertanya.
"Macam yang kau tengoklah." Balas Emir tanpa nada.
"Pergi Terengganu?"
Soalan Airil dibalas anggukan oleh Emir.
"Ya. Tak tahu baca dah ke kau ni?"
Sekali lagi Airil membaca laporan di tangannya. Kenapa tiba-tiba je?
"Kenapa? Aku tak cukup bagus ke?"
Emir ketawa perlahan dengan pertanyaan Airil.
"Bukanlah. Ketua suruh kita berdua pergi Terengganu untuk settlekan kes dadah kat sana. Diorang hantar kau sebab kau paling pro. Dan diorang hantar aku supaya kau ada kawan nak borak. Kau kan susah bergaul."
"Bila kita gerak?"
"Esok."
Airil diam sekejap. Macam tengah berfikir.
"Berapa lama?" Airil bertanya tanpa pandang Emir.
"3 minggu."
••••
"HAH?! 3 minggu!"
Membutang mata Lya mendengar kata-kata Airil. Daripada berdiri, terus dia duduk bersila di atas katil bersama Airil.
"Lamanyaaaa." Meleret suara Lya.
"Mana ada lama. Lagipun ni urusan kerja."
Lya menyilangkan tangan ke dada.
"Awak ingat saya boleh ke hidup tanpa awak selama 3 minggu tu?"
Airil diam. Wajah Lya dipandang.
"Sebelum kahwin hidup je."
Lya merengus tak puas hati. Laki ni, memang nak ajak gaduh ke apa.
"Itu sebelum. Ni saya dah kahwin dengan awak. Waktu awak kerja pun, lama tau saya kena tahan hati saya supaya tak pergi dekat balai awak semata-mata nak jumpa awak. Nikan 3 minggu, lagilah tak boleh." Lya berkata panjang sambil menunduk.
Airil mengeluh perlahan. Dagu Lya diangkat memandangnya.
"Aku pergi kejap je. Nanti aku balik, aku janji aku bawa kau pergi jalan-jalan."
Lya memandang Airil lama. Matanya tiba-tiba berkaca.
"Kenapa ni?" Tanya Airil dengan suara perlahan. Air mata Lya yang hampir jatuh, disekanya.
"Nanti saya rindu awak macam mana?"
Airil ketawa kecil.
"Kau call aku."
Lama Lya diam sambil meramas tangan sendiri.
"Okey."
"Macam tulah wife aku. Dah jom tidur."
Tubuh Lya dibaringkan dan dia pun turut baring di atas katil mereka.
"Awak."
"Hmm."
"Nak hug."
Airil membuka mata. Lya dipandang dan dia membuka tangannya luas.
Lya senyum dan terus peluk Airil. Ini adalah kali kedua mereka tidur macam ni.
"Saya sayang awak." Ucap Lya perlahan sebelum pejam mata dan tidur.
Airil senyum nipis. Dahi Lya dicium lembut dan dia turut tidur.
••••
BUNYI ketukan di pintu membuatkan Lya terjaga. Dia bangun dari baring di sofa dan buka pintu.
"Waalaikumussalam." Jawab Lya dengan mamai.
"Hai Lya!"
Terkebil-kebil Lya melihat Dania, Huda dan adiknya, Eza yang sedang sarat mengandung berada di rumahnya.
"Hai...." Balas Lya kekok. Pelik lagi ni.
"Tak nak ajak kitorang masuk ke?"
Belum sempat Lya balas, mereka dah masuk dan duduk di atas sofa rumah Lya. Lya menggulingkan biji matanya.
"Apa korang buat kat sini?"
"Kenapa? Tak suka ke kami datang?" Balas Huda gurau.
"Bukanlah. Terkejut je. Bukan nak bagitahu aku "
Huda tersengih.
"Boleh dikatakan yang kitorang diarah oleh your hubby untuk datang sini sebab dia kata kau tengah kesunyian." Kata-kata Dania dihadam Lya.
Memang Lya ada mengadu kat Airil yang dia sunyi. Tapi sebab Airil dah hampir 3 minggu kat Terengganu tu. Lebih kepada dia nak bermanja je.
"Serius lah Airil yang suruh?"
Lya berkata ragu-ragu. Macam tak boleh percaya je Airil care pasal dia.
"Apa? Kau ingat dia tu jahat sangat ke? Dia baik tau. Dia call dan pujuk suami aku dan Eza semata-mata nak suruh kitorang datang sini dan teman kau dan dia siap order delivery KFC lagi supaya kitorang sanggup teman kau."
Lya berkerut. Delivery what?
Ketukan di pintu menyedarkan Lya. Dia buka pintu dan seorang pekerja Food Panda sedang berdiri sambil pegang kotak KFC.
"Puan Lya Zandra kan?"
Lya angguk. Pekerja tu bagi KFC dan Lya ambil bawa masuk rumah. Makanan tu diletakkan di atas meja dan sepupunya terus makan tanpa fikirkan Lya yang masih baru nak proses.
"Kenapa dia buat macam tu?" Lya berkata perlahan dengan muka berkerut. Masih pelik kenapa Airil tiba-tiba kisahkan dia.
Ianya normal untuk suami lain risau dan caring pasal isteri dia. Tapi ianya tak normal bagi seorang lelaki bernama Putra Airil.
"Sebab dia sayang kaulah kak."
Lya pandang Eza.
"Kau dengar ke?"
"Kau cakap kuat tau." Kali ni Dania pula cakap.
Lya menunduk. Sayang? Airil sayang dia? Macam mustahil aje.
"Kau ni. Mestilah dia sayang kau. Dia mungkin malu nak tunjuk yang dia sayang kau. Macam yang kau cakap, dia tak pernah bercinta dan dia memang pendiam sejak kematian abang dia. Normal lah kalau dia lambat tunjukkan tanda yang dia tu sebenarnya sayang." Panjang lebar Huda bagi nasihat.
"Kau pun satu. Kenalah mula dulu dah tahu suami kau jenis gitu."
Lya menjeling mereka. Cakap senang lah. Aku yang hadap mamat susah nak bercakap tu.
"Kau sayang Airil ke tak?"
Lya pandang diorang serius.
"Mestilah! Soalan apa ni?"
Eza, Dania dan Huda tersengih nakal. Lya mula rasa tak sedap hati.
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...