"You're my sýzygo!"
.
.
."MACAM mana wedding Arif tadi?" tanya Puan Putri sebaik saja melihat satu-satunya anak teruna dia melangkah masuk.
"Biasa je." balas Putra Airil mendatar.
"Aik? Macam moody je. Kenapa?" Puan Putri mengahampiri Airil yang duduk di sofa.
"Bakal menantu mama kirim salam. Tch. Perasan je minah tu." Kata Airil sambil baring di atas sofa.
Penatlah baru balik dari kenduri. Dah lah kena paksa jadi pengapit. Tak guna punya bestfriend.
"Baka menantu? Sape? Eh, Lya ada kat sana jugak ke? Ceritalah kat mama macam mana boleh jumpa dia?" Teruja pula Puan Putri apabila nama gadis kesayangannya itu dipanggil. Digoyang-goyangkan peha anaknya.
"Dia jadi pengapit perempuan. Dah lah, malas nak cakap pasal perempuan gedik tu. Airil nak masuk dalam, solat Asar." Kaki melangkah bangun meninggalkan mamanya.
Puan Putri mencebik. Gedik konon, gedik tu nanti yang akan buat kamu tersungkur Airil.
"Jangan lupa, minggu depan masuk minang Lya! Airil dah janjikan!" Jerit Puan Putri dari ruang tamu. Tak sabar memikirkan perkahwinan anaknya nanti.
'Menyesal nak suruh mama yang cari jodoh. Tah sape-sape tah dia kitip. Budak tu pun bukannya kenal sangat. Menyampah!'
••••
LYA ZANDRA tersenyum lebar memandang cincin di tangan. Hai lah hati, senang sungguh terasa diri ini. Dalam masa dua bulan dia macam-macam yang berlaku.
Dia telahpun bergelar isteri orang. Terkejut beruk emaknya dulu waktu ada orang masuk meminang, lagi terkejut bila Lya pun setuju.
Kahwin simple je. Takde sanding, majlis nikah je. Itupun jemput yang dekat-dekat. Semua tu keputusan Putra Airil. Waktu nak tangkap gambar lagilah, bukan main tak ikhlas senyum Airil tu, Lya je yang asyik senyum memanjang.
Dan baru 2 minggu dia bernikah, takde beza pun sebelum dan selepas kahwin.
"Bos. Happy memanjang. Suami ada mesej bersemut ke?" Tegur Sara ketika sedang menyusun buku-buku pelajaran di atas rak.
Tch, dia nak mesej aku. Memang taklah. Aku je yang akan mesej dia, tanya dia kat mana? Buat apa? Semoga berjaya tangkap orang jahat. Jangan stres-stres kalau orang jahat tu tak mengaku salah. Maklumlah, suami aku tu polis pangkat tinggi tu.
Tapi yelah, aku sedar aku ni bukan gadis pilihan dia. Aku akan make sure dia akan terima hati aku ni. Eh silap, hati aku memang kat dia. Aku akan pastikan yang dia akan bagi hati dia kat aku.
Bunyi alarm telefon yang aku set dengan sengaja berbunyi. Sekarang dah lunch. Okey, telefon diambil dan nama contact dicari.
"Ehem! Ehem!" Check suara dulu.
Nama kenalan ditekan. Telefon diletakkan ke telinga. Menunggu si dia menjawab.
"Hai awak! Eh silap, assalamualaikum awak." Aku bangun dari kaunter dan masuk dalam pejabat aku. Nanti Mia dan Sara dengar orang nak bersuwit.
••••
KELUHAN dilepaskan. Pintu bilik pejabatnya dibuka kasar. Punggung dilabuhkan di atas kerusi.
"Susah sangat nak mengaku. Dah cukup bukti dah. Menyusahkan."
Mata dipejam rapat sambil tangan diletakkan di atas dahi. Cuba mencari ketenangan menghadap suspek atas kesalahan mengedar dadah.
Telefon yang berdering mengganggu ketenteraman Airil. Dijeling sekilas nama pemanggil.
"Hai awak! Eh silap, assalamualaikum awak."
"Hmm waalaikumussalam, kau nak apa kacau aku ni?"
"Eh, saya kacau awak ke? Sorry. Saya cuma nak tanya awak okey tak? Dah lunch?"
Jam di dinding pejabat dilihat. Patutlah, dah waktu makan tengah hari.
"Belum. Japgi aku lunch."
"Ouh, nak tanya ni. Awak balik lambat tak malam ni?"
"Tak tahu lagi. Rasanya petang aku balik. Kenapa?"
Tersenyum Lya yang berada di talian sana.
"Takde. Saje tanya sebab senang nak masak dinner nanti. Erm.. okey bye awak!"
Talian dimatikan oleh Lya. Terkebil-kebil Airil memandang telefonnya. Dia end macam tu je.
Baru sahaja telefon nak diletakkan semula di atas meja, notification nya berbunyi.
I love you! Balik awal tau, saya masak fav awak!❤️😘
Tersenyum nipis Airil melihat telefonnya sebelum kepala digelengkan. Jangan jangan. Perempuan tu gila, Ril.
Biasa ii je...
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...