Bab 15

9.8K 495 9
                                    

"AWAK mandi dan solat Isyak dulu. Saya nak hidang makan malam." Ujar Lya pada Airil.

Airil baru je dapat keluar dari hospital lepas 2 hari dia bermalam kat sana.

"Hmm." Airil hanya bergumam.

Airil pegang hujung bajunya. Bersedia nak buka baju.

Bila nampak Lya yang pandang dia lain macam, terus terbatal niat Airil.

"Kenapa awak?"

"Kau tu. Tak nak pergi masak ke?"

Lya datang dekat Airil. Dan dia berhenti betul-betul depan Airil.

"Awak nak tak saya mandi dengan awak?" Tanya Lya bersama senyuman teruja.

Sesaat kemudian, Lya terjerit kecil bila Airil tarik kuat hidungnya.

"Apa ni?! Sakitlah!" Lya merengus. Hidung yang sudah kemerahan itu digosok.

"Jangan nak menggatal. Keluar."

Lya menjeling Airil. Lidah dijelirkan lalu dia keluar dari bilik sambil hentak kaki.

Airil menggeleng dengan perangai gatal isterinya itu.

••••

SELESAI hidang makanan, Lya duduk dekat ruang tamu. Telefon Airil yang ada atas meja dipandang.

Pintu bilik yang tertutup rapat dijeling. Nampak macam Airil lama lagi mandi.

Tanpa fikir panjang, terus dicapai telefon Airil. Buka je data, banyak Whatsapp masuk.

Tapi bukan tu yang menarik perhatian Lya, mesej yang baru masuk beberapa jam di contact yang bernama Wafa ditekan.

Hai Airil!☺️

Saya dengar awak masuk hospital sebab nak kejar penjenayah🥺

Saya bangga dengan awak!😉

Cepat sembuh tau! Nanti saya rindu😭

Mengecil mata Lya baca perbualan dari perempuan nama Wafa tu. Air liur ditelan. Pahit.

Dibaca perbualan mereka dari awal iaitu pada bulan lepas.

Hai! Saya Wafa!😁

✅✅Ouh.

Saya harap awak sudi kawan dengan saya! Saya baru je pindah masuk dari Kedah.😅

✅✅Tahu.

Perbualan tu skip 3 hari kemudian. Teliti betul Lya baca semua conversation diorang.

Dan paling Lya tak boleh terima, ada satu ni yang buatkan Lya rasa nak campak telefon Airil.

Airil

✅✅Apa.

Saya tak boleh tahan lagi!

Saya suka awak!❤️

Mula ii saya ingatkan saya nak berkawan je, tak tahu macam mana saya rasa saya dah sukakan awak!

Itu chat terakhir yang dibalas oleh Airil. Yang lain semuanya si Wafa je yang asyik hantar dan hanya di seen oleh Airil.

Nafas ditarik dalam dan dihela beberapa kali. Cuba untuk bersabar.

Macam mana suami aku yang tak berapa handsome dan tersangatlah sombong tu boleh ada peminat? Aku lain. Bagi aku dia tetap kacak tapi kenapa perempuan ni boleh suka?

Dalam hati dah berbagai carutan dikeluarkan oleh Lya khas untuk wanita bernama Wafa tu.

Gambar profil wanita itu ditekan dan Lya ambik telefon dia lalu galeri yang mempunyai gambarnya seorang dibuka.

Macam kebanyakan wanita yang sedang cemburu selalu buat, Lya bandingkan gambar dia dan Wafa. Cuba mencari kekurangan dan kelebihan pada dirinya.

Dia hela nafas.

"Aku lagi comel." Bisiknya.

Dengar bunyi tapak kaki, terus dia keluar dari ruangan Whatsapp dan letak balik telefon di tempat asal.

Dia mendekati Airil bersama dengan senyuman paksa. Tekad nak tanya Airil lepas ni.

Oh my!

Kisses (Love You!)✅Where stories live. Discover now