LYA senyum baca ucapan tahniah dan nasihat dari keluarga dan sepupu-sepupunya.
Airil masuk dalam bilik dan nampak Lya yang sedang tersenyum-senyum. Senang Airil melihat.
"Senyum apa?"
Kepala diletakkan di atas bantal. Lya yang perasan akan itu, terus dipeluk tubuh lelaki itu. Kepala disandarkan pada bahu Airil.
Ditunjuk mesejnya daripada diorang semua. Airil senyum sekilas.
Lya letak telefon ke tepi. Dipegang perutnya yang masih kempis.
"Awak nak baby apa? Peremoaun ke lelaki?" Lya menyoal.
"Tak kesah."
"Saya nak kalau lelaki, saya dia macam awak. Kalau perempuan, macam awak jugak. Mesti comel kan?" Lya pandang Airil.
"Tak kesah. Macam sape-sape pun aku okey je."
Lya senyum. Airil pegang perut Lya buatkan Lya senyum lebar.
Bila Airil usap-usap perut Lya, muka Lya dah berkerut.
"Awak cari apa?"
"Baby kick." Balas Airil selamba.
Lya ketawa kecil. Tangan diletakkan pada perut di atas tangan Airil.
"Mana boleh ada baby kick nya kalau baby bump pun belum ada lagi."
Balas Lya. Dicuit dagu Airil buatkan Airil angguk polos.
"Awak ni comel betul."
"Kau lagi comel." Balasan Airil buatkan Lya terdiam. Malu pula rasa.
"Mana awak belajar buat ayat ni?" Mengecil mata memandang si suami.
Airil pandang kerut. Tak faham.
Lya sengih dan geleng kepala.
"Tidurlah. Nanti aku bangun siapkan makan malam."
Lya terus duduk tegak dan pandang Airil.
"Buat apa pulak awak yang sediakan makan malam? Saya kan ada."
"Tapi awak mengan-" Ditutup mulut Airil dengan tangannya.
Dia dekatkan muka dengan Airil dan letak mulut dia dekat tangannya yang berada di bibir Airil.
Tindakan Lya buatkan mata Airil membulat besar. Terus Airil ke belakang dan tangan Lya menjauh dari bibir.
"Ja-jangan buat macam tu."
Lya dah senyum gedik.
Dalam hati Airil dah mencarut sebab dia tahu apapun dalam fikiran Lya...
IANYA TAK BAGUS.
"Kenapa? Rasa berdebar-debar ke? Atau awak rasa.." Lya dekatkan diri dengan Airil buatkan Airil undurkan diri.
"Takut?" Lya sengih nakal.
Airil bangun pantas. Pipi dia dah merah di usik sebegitu oleh Lya.
"Aku pergi masak. Kau.. Rehat."
Lengan Airil ditahan.
"Takpe. Awak yang rehat. Saya masak."
"Kita masak sama-sama."
Lya akhirnya angguk. Ikut ajelah si suami.
••••
LYA memerhati Airil lama. Dari belakang, dia boleh nampak Airil yang begitu teliti memotong bawang.
Lya akhirnya tetap tak boleh memasak dan hanya boleh duduk sambil melihat Airil.
"Saya tak tahu pulak awak boleh memasak." Lya menyoal sambil kedua tangan ditongkatkan.
"Aku kan tinggal sorang dulu." Balas Airil dan mula potong ayam pulak.
"Awak tak pernah pun masak dulu."
"Malas."
Lya mencebik mendengarkan itu. Dipandang Airil.
Baru dia rasa kelakar bila perasan Airil sedang pakai apron warna putih pokodot.
Telefon diambil dan kamera dibuka. Gambar ditangkap senyap-senyap.
Tersenyum puas melihat hasil tangkapannya. Sexy!
Diselak-selak gambar yang berjaya dia tangkap. Baru perasan yang Airil dapam gambar tu dah menghadap dia.
Mata terkelip-kelip. Dijeling Airil di hadapan dan Airil dah pandangnya sambil bercekak pinggang.
"Ambik gambar ke?" Airil menyoal dan kening diangkat sebelah.
Lya terkebil-kebil di situ. Dia buka kamera dan gambar Airil ditangkap selamba tanpa alihkan pandangan pada Airil.
"Yes dapat!" Lya jerit berbisik.
Airil tenganga sekejap dengan tingkah laku selamba si isteri.
Lya pandang Airil.
"Apa? Kenangan okey." Lya kembali menatap hasil kerjanya di telefon.
Airil menggeleng kepala. Comel tapi terlalu selamba dan dengan itu dia sambung memasak untuk makan malam.
Dah update. Habis hutang.
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...