"EMIR?"
Emir berpaling dan melihat Huda dengan beg plastik ditangan.
"Huda?" Pelik sikit sebab dah lama mereka tak berbual sejak kejadian di restoran dulu.
"Siapa ni Mir?" Suri menyoal.
"Ouh. Huda ni Suri. Suri ni Huda...Kawan aku." Balas Emir perlahan dihujung ayat.
Suri senyum pada Huda.
"Kita kena gerak. Jom Suri nanti ibu marah." Emir berkata. Dia tak nak Suri kenal Huda.
Suri tahu yang Emir patah hati. Jadi dia tak nak Suri tahu yang dia patah disebabkan Huda.
Dia kenal sepupunya itu. Memang kuat menyerang.
"Ah..o-okey." Suri ucap selamat tinggal sebelum dia dan Emir berlalu pergi.
Huda memandang dari jauh. Dia terasa bila nampak Emir macam mengelak.
Pelbagai soalan muncul dibenak fikirannya tentang Suri.
"Kenapa Suri panggil ibu? Apa hubungan diorang? Ke..Diorang kekasih?"
Ayat terakhir itu Huda hanya bergumam perlahan.
Tak tahu kenapa muncul satu rasa tak enak bertandang di hati melihat kemesraan mereka.
••••
LYA duduk di atas sofa sambil mengurut kaki sendiri. Sejak mengandung dia senang sakit-sakit badan.
Alhamdulillah, dia tak ada alahan yang biasa ada kat novel tu. Muntah-muntah ke apa semua tu tak ada.
Sofa dihenyak seseorang dan semestinya lah Airil. Kakinya diurut oleh Airil.
"Penat sangat ke?" Airil bertanya risau.
Lya geleng kepala.
"Tapi muka kau pucat ni. Aku risau lah sayang." Berkerut dahi lelaki itu.
Sayang. Sejak sehari dua ni senang betul keluar perkataan macam tu dari bibir Airil.
Mula-mula tu Lya terkejut jugak lah. Lama-lama dia dah rasa selesa dan gembira dengan gelaran tu.
"Saya okey je. Awak jangan risau." Lya senyum manis meyakinkan Airil.
"Awak tak kerja ke?" Lya baru tanya bila perasan Airil langsung tak keluar rumah.
"Tak. Cuti." Singkat sahaja balasan Airil.
Lya menjeling keluar tingkap. Hujan lebat tak berhenti-henti.
Kes banjir dah banyak keluar berita. Syukur area rumah diorang susah nak banjir.
"Awak nak main game tak?" Soal Lya. Kaki ditarik untuk bersila buatkan Airil berhenti mengurut.
"Apa?"
"20 Questions."
Airil diam sekejap kemudian dia setuju sebab dia ada satu soalan yang dia nak tanya.
Lya senyum lebar. Inilah peluang dia untuk bertanya benda yang dia selalu curious.
"Saya mula dulu." Airil angguk.
"Kenapa awak kahwin dengan saya? Maksud saya mestilah sebab Mama. Tapi awak boleh je tolak kan dulu?" Lya pandang Airil fokus.
"Sebab aku buat istikharah. Jadi, aku rasa kau memang jodoh aku." Jawapan itu buatkan Lya senyum gedik.
"Okey. Apa nama kumpulan K-Pop kegemaran kau tu?"
"THE BOYZ." Yakin jawapan Lya berkata.
"Awak pernah couple?"
Airil geleng kepala. Lya hembus nafas lega.
"Aku pulak. Antara aku dengan kumpulan K-Pop fav kau tu. Siapa lagi kau suka?"
Lya sengih.
"Awak cemburu en?"
"Jawab ajelah." Lya ketawa kecil bila nampak telinga Airil kemerahan.
"Mestilah awak. Awak kan suami saya." Airil angguk puas hati dengan jawapan Lya.
"Okey. Awak pernah ada crush?"
"Pernah." Bulat mata Lya bila tahu suaminya ini pernah suka orang dulu.
Takdelah. Suami dia ni kan beku semacam. Rasa pelik.
"Siapa? Berapa orang?"
"Sekarang bukan turn kau." Airil berkata buatkan Lya mencebik.
"Yelah. Cepat awak nak tanya apa?"
"Kau rasa aku...handsome tak?" Perlahan sahaja Airil bertanya.
Lya geleng. Airil rasa terkilan sekejap.
"Tapi awak comel! Sebab tu saya suka awak!" Teruja Lya berkata.
Jawapan tu buatkan Airil rasa tenang balik. Jadi dia tahu Lya suka dia sebab dia comel walaupun rasanya Lya seorang je pernah kata dia comel.
"Saya pulak okey. Siapa dia? Atau pun berapa orang?" Lya mula dekatkan diri dengan Airil.
Airil pandang jarinya dan mengira.
Lya memuncung. Macam ramai je. Pemikiran itu buatkan Lya sedih pula.
"Dua orang. Satu waktu sekolah menengah. Satu lagi waktu belajar kat maktab polis." Ujar Airil.
"Giliran aku. Kau sekolah menengah kat mana dulu?"
"MRSM dari form 1." Lemah sahaja Lya berkata.
Airil senyum kecil. Dia tahu Lya cemburu. Tapi itu kan kisah lama.
Lagipun, logik lah kalau pernah suka orang dulu. Dia pun bukannya beku sangat.
"Kau tak nak tanya ke?" Airil berkata.
"Tak naklah. Dah bosan main ni." Lya berkata dengan nada malas.
"Betul tak nak tahu? Tak nak tanya sudah, cuma aku nak bagitahu ni. Aku ada crush baru tau sekarang. Tapi kau macam tak nak tahu, so takpe lah." Airil nak bangun dari sofa.
Lengan Airil ditahan laju.
"Siapa dia?" Serius nada Lya buatkan Airil rasa seram kejap.
"Serius nak tahu? Tadi bukan kau kata kau tak nak main dah game ni?" Airil menyoal pula.
Saje nak kenakan si isteri meskipun langsung takde senyuman pada riak wajahnya menandakan dia bergurau.
Nampak tak beku muka lelaki macam Airil ni.
"Alaaa... Saya nak tahu. Siapa dia?" Terdesak sahaja bunyinya.
Airil senyum sikit.
"Isteri aku lah." Dilepaskan pegangan Lya pada lengannya.
Kemudian dia masuk ke dalam bilik seperti tiada apa berlaku. Erin berkerut.
Isteri dia?
Aku?
Aku!
Aku crush Airil?!
"Awak!" Senyum lebar terukir di bibirnya.
"Saya suka awak jugak!" Jerit Lya gembira.
Perutnya yang mula nampak bentuk dipegang.
"Pa suka Ma! Comel je! Macam nak gigit je Pa awak tu baby."
Dah update! Thanks sebab ada yang tunggu cerita ni. Saya akan cuba untuk update cepat lain kali.
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...