PINTU dibuka dan kelihatan Huda di luar. Huda hulurkan plastik farmasi pada Lya.
"Thanks! Aku bukan tak nak pergi sendiri tau. Tapi Airil tu ha dia asyik-asyik panggil nama aku. Kalau tak dia tak nak tidur. Sorry susah kan kau."
"Tak pelah. Nasib baik waktu kau telefon aku tu, aku memang dekat dengan farmasi."
Lya jemput Huda masuk dalam.
"Duduk lah dulu. Aku nak bagi Airil ubat ni. Kalau nak makan ke apa ke, kau selongkar je dalam dapur. Mesti ada."
Sejurus itu, Lya meninggalkan Huda dan pergi ke dapur untuk sediakan ubat dan air kosong.
Huda bergerak ke dapur untuk cari minuman dan snek. Rasa lapar pulak, lagipun tuan rumah dah pelawa.
••••
"LYA.."
Lya lajukan langkah mendekati Airil.
"Saya kat sini." Senyum Lya ukir untuk si suami.
"Kau pergi mana?" Airil menyoal dengan mata yang terpejam-pejam sebab masih mengantuk.
"Saya pergi ambik ubat kat Huda. Nah. Makan ubat dulu baru sambung tidur." Arah Lya dan Airil hanya akur.
"Tidurlah. Saya turun bawah kejap nak layan Huda."
Airil angguk mengerti. Bila Lya nak beredar, Airil pegang tangan Lya buatkan Lya berpaling.
"Kenapa?"
"Jangan lama."
Kata-kata Airil buatkan Lya kuntum senyum gedik. Dia mendekat pada Airil sampai dia boleh rasa bahang badan Airil.
"Kenapa? Nanti awak rindu ek?"
Airil tak balas tapi dia terus selubung dalam selimut buatkan Lya mencebik.
"Tak nak mengaku lah tu. Eleh. Okey. Saya rindu awak jugak nanti!"
Berlari Lya keluar dari bilik dengan tawa kecil. Malu lah tu!
Bulat mata Lya pandang makanan ringan dah banyak kat depan ruang tamu.
"Kau buat pesta ke apa kat rumah aku woi!"
Huda pandang Lya sekilas.
"Dah kau pelawa. Aku pun on jelah."
Lya gulingkan biji matanya. Dijeling Huda yang asyik dengan telefon.
"Kau mesej siapa? Tersenyum-senyum. Angau ke apa."
"Aku mesej Emir." Balas Huda dengan nada bersahaja.
"Emir? Eh! Kau jadi ke dengan dia tu?"
"Mana ada. Kawan aje." Masih tidak memandang Lya.
Mata Lya mengecil. Kawan? Sampai tersenyum-senyum? Boleh percaya ke ni?
"Ouh. Aku kena gerak dulu. Nak jumpa Emir. Bye!" Terus Huda beredar.
Terkebil-kebil Lya dengan tingkah laku selamba sepupunya itu. Dia mengeluh dan kemudian mula mengemas ruang tamu yang disepahkan Huda.
"Lyaaa." Panggilan Airil buatkan Lya berhenti sekejap.
"Lyaaaa."
Lya terus bangun bila nama dia diseru lagi.
"Kenapa awak?" Cemas Lya bertanya.
"Kau pergi mana?" Airil bertanya dengan kerutan di dahi.
"Teman Huda tadi. Dia baru je balik." Kata-kata Lya buatkan Airil angguk.
"Sini." Arah Airil dan ditepuk sebelah kirinya.
Lya menurut. Dia baring di sebelah Airil dan Airil menepuk-nepuk bahu Lya.
"Tidur." Ujar Airil. Lya nak tanya sesuatu tapi dia abaikan dan turut tertidur. Senyum terukir.
Kalau macam ni lah waktu demam Airil. Dia rasa teruja tiap kali Airil akan demam. Macam tak elok aje.
Enjoy!
YOU ARE READING
Kisses (Love You!)✅
RandomLya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris menyebabkan dia nekad untuk cari calon suami sendiri dengan cara yang clishe dan pelik. "Kau ni gila ke...