Di sepanjang perjalanan pulang, mereka hanya mendiamkan diri. Jisung sudah memberi amaran awal pada Haechan supaya tidak membuat lawak bodohnya.
"Tak apa ke aku stay kat tempat korang lama-lama? " akhirnya Yemin bersuara, namun suaranya menjadi serak bagaikan baru sahaja selesai menangis.
Jisung memandang sekilas ke arah belakang, namun cepat-cepat dia memandang ke hadapan semula apabila ternampak yang Yemin memang betul-betul menangis.
Jisung mengutuk dirinya sendiri, memukul kepalanya sekilas. Haechan berdehem perlahan kemudian menjawab, "Kan aku dah pernah kata, rumah kitorang dah macam rumah kedua kau. Tak payah risau la Yemin. "
"Gomawo. " ucapnya perlahan. Jisung menggigit bibir bawahnya seketika, fikirannya bercelaru ketika ini.
"Jisung? Ah, kau lah adik Jimin, ye? "
"Lain betul kau dengan Jimin. Patutlah Jimin jarang bercerita tentang kau. Mungkin dia malu ada adik biadap macam kau. "
Jisung membuang pandang ke luar tingkap. Matanya dipejam seketika.
"Sebab tu lah aku benci kau. "
+++
Semenjak petang tadi hinggalah malam, Yemin hanya mengurung dirinya di dalam bilik.
Bukannya mereka tidak memujuknya, tetapi sudah puas memujuknya setiap jam untuk keluar dan makan.
Namun Yemin hanya membalas yang dia sudah kenyang.
"Dia perlukan masa. " Jisung bersuara, sekaligus membuatkan mereka berlima memandang ke arahnya.
"Apa jadi waktu kau teman dia masuk rumah? " soal Haechan. Jisung hanya mengeluh perlahan.
"Abang dia. Aku tak tahulah tapi hubungan diorang macam tak baik sekarang, aku tak boleh nak teka. " jawab Jisung.
"Apa kata kau pergi jenguk dia? " cadang Jeno, memandang ke arah Jisung yang sepertinya tampak gelisah.
"Kenapa pula? Mungkin dia perlukan masa-"
"Aku taknak dengar esok pagi tiba-tiba dengar ada orang bunuh diri-" kata-kata Chenle membuatkan Jisung memukul lengannya kuat.
"Jangan mengarut boleh tak? " Jisung mendecit perlahan.
"Dahtu pergilah! Pujuk dia! Dia tu perempuan! " ujar Chenle lagi. Tanpa sempat Jisung menjawab, Chenle menarik lengan Jisung secara paksa menuju ke hadapan bilik Yemin.
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020