Jisung menutup matanya perlahan-lahan, cuba untuk mengumpul kekuatan dalam dirinya.
"Kaki, sila beri kerjasama. " dia menepuk kakinya seketika dan terus keluar dari tempat persembunyiannya.
Pistol dihala menuju ke gerangan tersebut, mata merenung tajam ke arahnya.
"Taehyung hyung. " Jisung memandang Yemin yang berada di tangan Taehyung.
"Long time no see, aren't we? " Dia menyoal seraya tertawa perlahan.
Yemin memandang ke arah Jisung, matanya yang berair akibat menangis ditatap Jisung seketika.
"Kenapa, Jisung? Kau tak rindukan aku ke? Kau lagi rindukan perempuan kat tangan aku ni? " Taehyung menyilangkan lengannya pada leher Yemin, pistol di tangannya dihalakan ke kepala Yemin.
"J-Jisung... " Yemin merintih perlahan. Jisung masih kaku di situ, seakan-akan masih terkejut dengan kehadiran lelaki ini.
"Lepaskan dia. " Jisung akhirnya mengeluarkan suaranya, pistol di tangannya dihalakan ke arah Taehyung.
"Kau lupa apa yang aku dah buat pada kau, Park Jisung? " kata-kata Taehyung membuatkan Jisung tersentak seketika.
Dia punca segalanya. Segalanya musnah sebab dia.
Taehyung mengukir senyum sinis, dia memandang sekilas ke arah Yemin yang masih mengalirkan air mata itu.
"Ni perempuan kau, bukan? " Jisung memandang Taehyung sekilas.
Dia terdiam seketika, tidak tahu untuk membalas apa. Taehyung hanya melihat reaksi Jisung, kemudian dia mendecit perlahan.
Jari Taehyung mengelus lembut permukaan muka Yemin, membuatkan Yemin menjadi geli dengan perlakuannya.
"Kalau aku ambil dia jadi perempuan simpanan aku, kau sudi tak lepaskan dia? " kata-kata Taehyung membuatkan Yemin tergamam.
"Sebab dia cantik, body boleh tahan-"
"Jangan, sesekali cakap pasal dia. " Jisung memotong kata-kata Taehyung.
"She's mine. "
Taehyung menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Ah macam tu. Mungkin kalau aku cederakan dia sikit-"
"J-Jangan, Kim Taehyung. Aku mohon, lepaskan dia. " suara Jisung keras berbaur amaran, dia melangkah semakin mendekat.
"Jisung!!! " mendengar suara itu, Taehyung cepat-cepat melepaskan tembakan, dan hasilnya tembakan tersebut mengenai lengan Yemin.
"A-arkh... " Yemin merintih sakit, darah berlumba-lumba keluar dari lengannya.
Jisung membulatkan matanya, pistol segera dihalakan ke arah Taehyung.
"Satu... Dua... Tiga... " namun perbuatannya terhenti apabila Taehyung bersuara semula.
"Ingat Jisung. Kau masih berhutang dengan aku. Jumpa aku, atau perempuan ni mati dalam tangan aku. " ujarnya keras lalu terus beredar dari situ, entah mengikuti jalan mana, Jisung sendiri tidak tahu.
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020