"Ya kau dah gila ke? "
"Mwo? Kau juga penyebab dia cedera. "
"Tch, aku? Aku takde kaitan pun dengan dia. "
"Tolonglah Park Jisung, jangan pentingkan diri. " Renjun memutarkan bebola matanya, tangan disilangkan ke dada.
Mereka berada di sekeliling katil milik Renjun, memandang perempuan yang tidak sedarkan diri itu.
"Aku rasa dia terkejut kot dengan situasi tadi. Sebab dia tak kena tembak kat mana-mana pun." ujar Chenle, cuba menghilangkan keadaan yang tegang.
"No wonder. Dia bukannya macam kita. " kata Jaemin pula.
Jisung mendecit perlahan. "Jadi, apa yang korang nak cakap, perempuan ni dalam bahaya?"
"Nama dia Jung Yemin. "
"Ah aku tak kisah lah, tapi aku taknak libatkan diri aku dengan dia-"
"Ya Park Jisung. " Jeno memandang tajam ke arah Jisung.
"Mwo? Hyung nak bela perempuan ni? "
"Korang, jangan gaduh kat dalam ni, nanti dia terjaga-"
"Aku tak tahulah apa masalah kau ni Jisung. Sendiri cari pasal, sendirilah tanggung. "
"Dia yang tiba-tiba masuk campur urusan aku! " tengking Jisung, membuatkan mereka terdiam seketika.
Jisung menolak lidahnya ke tepi dalam pipinya, menahan geram. Tangannya mengusutkan rambut, pandangan dialihkan dari menghadap mereka.
"Bincang kat luar. " suara Renjun, langkahnya diatur keluar dari bilik itu.
Diikuti dengan yang lain, mereka berenam berkumpul di ruang tamu.
"Tak ada cara lain, selain kita kena awasi Yemin. "
Jisung tergelak sinis. Badannya disandarkan pada sofa. "Shireo. "
Mereka memandang Jisung serentak. Jisung bangun dari duduknya, tangan diselukkan ke dalam poket seluar.
"Ni semua salah dia. Kenapa kita nak kena kasihankan dia pula, dan kenapa kita nak kena protect dia pula? "
"Dahtu kau nak dia mati ke? " balasan daripada Haechan membuatkan Jisung tergamam seketika.
Jisung mendengus kasar, langkahnya diatur meninggalkan mereka.
Renjun mendecit perlahan. "Aku geram betul dengan perangai panas baran dia tu. "
"Kenapa dia nak nafikan lagi eh aku bunuh jugak anak Park ni nanti. "
"Nanti aku try cakap dengan dia. " Jaemin bersuara. Jeno tergelak seketika.
"Kalau dia nak dengar. "
+++
Jimin melangkah keluar dari rumah, menuju ke rumah Hoseok. Baru sahaja dia ingin menekan loceng pintu, pintu rumah telah terbuka, dan terpampanglah wajah Hoseok.
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020