◈ 37

1.7K 362 115
                                    

"Ketua NCT

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ketua NCT. " ujar Taeyong, memandang ke arah Hyomin yang terkaku di tempatnya.

Taeyong memandang sekilas ke arah Hoseok yang juga mungkin terkejut dengan kehadirannya.

"Lepaskan Jisung, dan urusan kita selesai. "

Hyomin tergelak sinis. "Boleh sahaja, cumanya. Yemin anak aku-"

"A-aniya... K-Kau bukan appa a-aku. " Yemin mencelah, matanya berkaca-kaca apabila memandang Hyomin.

"K-Kau bunuh eomma aku... " Hyomin mendecit kuat. Tanpa diduga, dia menarik kuat pergelangan tangan Yemin sehingga dia terlepas dari pegangan Jisung.

"Yemin! " Jisung baru sahaja ingin menariknya kembali, namun Hyomin lebih pantas.

Haechan mengangkat pistolnya, mengarahkan ke arah Hyomin, dan baru sahaja dia ingin menarik picu, pergerakannya terhenti apabila Hyomin mengarahkan pistolnya ke arah kepala Yemin.

"Appa! " Hoseok menjerit, namun mendapat jelingan tajam dari Hyomin.

"Kamu kenapa Hoseok?! Dia cuma adik tiri kamu, kenapa kamu tiba-tiba pasal dia?! "

Kata-kata Hyomin membuatkan mereka semua terkedu, begitu juga Yemin. Matanya mengalirkan air mata, tidak percaya.

"A-Adik tiri...? "

"Kau tak tahu, huh? Kau tu cuma anak tiri aku, Yemin. Kau amnesia 10 tahun lalu dan aku manipulate ingatan kau. "

Yemin masih terkedu, badannya menggeletar ketakutan.

Jisung mendecit kuat, dia menolak tubuh Hyomin menjauhi Yemin, pistol di tangan Hyomin disepak entah ke mana.

"Yemin!!! " Renjun mendekat, menarik lengan Yemin menjauhi mereka.

"Kau kena mati kat tangan aku Yemin! " dia menolak Jisung kuat, membuatkan Jisung terjatuh di atas lantai.

"A-argh..  " dengusnya kuat, dia menekan bahagian perutnya. Mungkin jahitannya terbuka, kerana darah mula mengalir di atas lantai itu.

"Jaemin, Jeno, ambil Jisung! " arah Taeyong, lalu mereka menuju ke arah Jisung.

"ARGHH!! " badan Renjun dan Chenle rebah ke lantai, membuatkan Yemin menoleh ke belakang.

Dua lelaki kini memegang kedua lengannya. Yemin meronta ingin dilepaskan. "LEPAS!!! "

Tanpa membuang masa, Hyomin menghalakan pistol ke arah Yemin.

Picu pistol ditarik dan semuanya berlaku dengan begitu cepat.

"YEMIN!!! "

POM!!!

Yemin memejamkan matanya, badannya menggeletar dari tadi. Namun hairan, kenapa tiada impak dari tembakan appanya.

Lengannya dilepaskan, membuatkan Yemin bingung. Dia membuka matanya, menatap tubuh yang kini terbaring lemah di atas lantai, darah berlumba-lumba keluar dari dadanya.

Air mata Yemin bertakung lagi, dia menggelengkan kepalanya. "A-andwae... "

Tanpa membuang masa, Haechan menembak Hyomin, tepat mengenai dada kirinya.

Hyomin juga jatuh rebah, dengan darah berlumuran keluar dari dadanya.

"TUAN HYOMIN!!! " dua orang lelaki itu bergegas menuju ke arah Hyomin.

Semua berlaku begitu pantas, kini tubuh Hyomin dibawa pergi oleh dua orang pembantunya.

"Taeyong hyung-" Mark masuk ke dalam rumah dan melihat mereka semua terdiam, tangisan Yemin memenuhi segenap ruang rumah.

"A-andwae... " Yemin meletakkan kepalanya di atas peha.

"H-Hoseok.... " penglihatannya menjadi kabur, esakannya semakin menjadi-jadi.

"M-m-maafkan aku.... Y-Y-Yemin.... A-Aku... G-gagal jadi a-abang k-k-kau... " dia berkata tersekat-sekat.

"T-tak Hoseok, aku minta maaf. A-Aku minta maaf sebab hilangkan diri aku, aku-"

"A-aku faham. " ujarnya perlahan.

"Aku dah call ambulans, nanti diorang sampai. " ujar Johnny, team 127.

Tangan Yemin yang menggeletar menekup pipi Hoseok.

"A-aku g-gembira w-w-walaupun k-kau hanya a-adik tiri aku.... "

"T-Terima k-kasih s-sebab selalu ada dengan aku s-selama ni. "

"A-aku s-sayang k-kau. " itu kata-kata terakhir Hoseok sebelum dia menutup matanya, rapat.

"T-tak.. H-Hoseok... B-bangun.... " Yemin menggoncang tubuh Hoseok, namun tiada balasan.

"Hoseok..." dia menangis, meratapi pemergian satu-satunya abangnya, atau lebih tepat abang tiri.

"HOSEOK!!!! "

+++

Mata Yemin bengkak, hidungnya merah. Dia merenung kosong ke arah pusara milik Hoseok.

"H-Hoseok... Kenapa kau selamatkan aku... " air matanya mengalir untuk entah kali yang keberapa.

Dia menundukkan wajahnya, mengelap air matanya kasar.

"Aku tak ada hala tuju, Seok. K-kau dah pergi tinggalkan aku. Aku ada siapa je sekarang ni? " dia mengetap bibirnya perlahan.

"A-Aku tak ada siapa-siapa. " ujar Yemin lagi.

"Maafkan aku, aku terlalu ikutkan perasaan aku. Maafkan aku Seok... " dia menatap pusara itu dengan wajah yang sayu.

Kemudian, dia merasa lengan merangkul bahunya, erat. Yemin menoleh sekilas, menampakkan Jisung yang berpakaian serba hitam, sama seperti dirinya.

"J-Jisung... " lirih Yemin, memandang Jisung dengan matanya yang berair.

"Hoseok dah tak ada. Aku dah tak ada abang. Aku dah tak sesiapa Jisung-" kata-katanya dipotong oleh Jisung yang menarik Yemin ke dalam pelukannya.

"Menangis sepuasnya Yemin, kalau itu buat kau puas. Tapi ingat, Hoseok mesti sedih kalau tengok kau menangis sebab dia. " ujar Jisung, lembut.

Yemin hanya menangis di dada Jisung, memeluknya erat. Jisung mengusap belakang Yemin lembut, menenangkannya.

"Aku ada Yemin, aku ada untuk kau. "

Nangis sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nangis sikit. Ehe.

Vote and comment juseyo :)

countdown. pjsWhere stories live. Discover now