◈ 9

2K 293 21
                                    

Jisung menarik Yemin ke belakangnya, kemudian dia memaling semula ke hadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jisung menarik Yemin ke belakangnya, kemudian dia memaling semula ke hadapan. Tapak tangannya digenggam dan dia melepaskan tumbukan ke arah lelaki itu.

"Yemin, kajja. Kau tak patut ada kat sini. " Renjun menarik tangan Yemin beredar dari tempat itu.

Namun, langkahnya terhenti apabila beberapa orang lelaki menghalang laluan mereka. Renjun berdecit pelan.

Yemin meneguk liurnya payah. Dia menyorok dk belakang Renjun, matanya dipejam rapat. Badannya menggigil ketakutan.

"Tutup mata dan telinga kau. " arah Renjun, lalu Yemin akur. Renjun mengeluarkan sepucuk pistol dari poketnya dan dihalakan ke arah mereka.

Pom! Pom! Pom!

Tiga das tembakan dilepaskan, membuatkan Yemin tersentak seketika.

"Renjun hyung, pergi uruskan diorang. Aku ada benda nak cakap dengan dia. " ujar Jisung yang baru muncul di belakang Renjun.

Renjun mengangguk seraya lengan Yemin ditarik kasar oleh Jisung, dibawa jauh dari kekecohan itu.

"Y-ya, sakitlah-" Yemin cuba untuk melepaskan genggaman Jisung dari lengannys, namun Jisung lagi mengetatkan genggamannya.

"P-Park Jisung! " Yemin menjerit, sekali lagi cuba untuk meleraikan genggaman itu.

Jisung melepaskan genggamannya, kemudian Yemin mengusap lengannya perlahan. Dia mendecit perlahan kemudian memandang tajam ke arah Jisung.

"Sakit tahu tak ? Benda boleh tarik elok-elok kan? " Yemin menyoal sarkastik, membuatkan Jisung tertawa sinis.

"Aku dah kata jangan masuk campur urusan kami. Kenapa kau degil sangat? " soal Jisung.

Mata Yemin terkebil-kebil tidak memahami. "Aku pun tak nak masuk campur urusan korang, tapi tadi-"

"Tolong jangan bagi banyak alasan boleh tak? Just... Fuck off. " desis Jisung kuat. Dia melangkah meninggalkan Yemin sendirian.

Yemin mendecit kasar. "Dia fikir dia siapa? Tch. "

Baru dia ingin melangkah pergi dari situ, Jisung berjalan kembali ke arahnya dan berjalan di sebelahnya, langkahnya dilajukan.

"Aku hantar kau balik. Supaya kau tak sibuk masuk campur urusan aku lagi. "

"Tak payah , aku reti balik sendiri. " Yemin menjelingnya tajam. Jisung memandang sekilas ke arah Yemin.

Dia mendecit perlahan.

+++

"Jaemin hyung okay je kan? " soal Chenle, Jeno menganggukkan kepalanya.

"Nasib tak serius sangat. Tu lah kau, aku kata kiri kau belok kanan. " Jaemin hanya menggulingkan biji matanya.

"Salah kau juga sebab tak tolong aku. "

"Berhenti bergaduh macam budak kecil, tolong jadi matang boleh tak? " soal Renjun yang baru masuk ke dalam bilik.

Jeno bangun dari duduknya sambil mengemas peti kecemasan yang digunakan untuk merawat Jaemin tadi.

"Mana Jisung? "

"Aku suruh dia hantar Yemin balik rumah. Dan dia marah aku. " ujar Renjun bersahaja.

"Kenapa kau suruh dia hantar pula? Kau tahu kan Jisung tu layan dia macam mana. " Haechan menyampuk, lengannya disilangkan ke dada.

"Sebab tu lah aku suruh dia hantar. Aku tak tahu lah kenapa dia marah sangat. Ok, memanglah salah Yemin sebab dia dah tahu identiti Jisung masetu, tapi tak bermakna Jisung kena layan dia macamtu. "

"Salah Jisung juga sebab ikutkan perasaan dia dan asyik nak marah je. Aku pun tak faham dengan dia. " sampuk Chenle pula.

"Yemin tu macam rilek je bila dapat tahu kita ni mafia. Kelakar pun ada sebab mungkin dia tak tahu kerja mafia ni bahaya. " ujar Jeno pula.

Taeyong tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu, membuatkan mereka memandang Taeyong dan terus menundukkan separa badan mereka.

"Mana Jisung? " soalnya.

"Em, dia pergi hantar-"

"Diam bodoh, jangan bagitahu! " Renjun menyiku perut Jaemin, kemudian dia mengaduh sakit.

"Mworago? Aku dah kata jangan libatkan diri korang dengan orang lain. Kenapa degil sangat? " intonasi suara Taeyong berubah, membuatkan mereka meneguk liur payah.

"H-hyung, aku boleh jelaskan-"

"Taeyong hyung. " mereka menoleh memandang ke arah belakang Taeyong, kelihatan kelibat Jisung yang baru tiba.

"A-aku minta maaf. "

+++

Jisung memegang tepi bibirnya yang luka akibat dibelasah Taeyong tadi. Dia mengeluh perlahan.

"Kau okay? " satu suara muncul di belakangnya membuatkan dia tersentak seketika.

"Uhm. " dia menggumam perlahan. Kemudian dia bangun dari duduknya.

"Aku masuk bilik dulu. " baru sahaja dia ingin melangkah pergi, lengannya ditahan oleh gerangan itu.

"Renjun hyung-"

"Kau pun tahu kan aku tak suka kau jadi macamni. Kenapa kau bela kitorang? Padahal kitorang yang salah. "

"Aku ketua. " dua patah perkataan keluar dari mulut Jisung, tapi sudah cukup untuk membuat Renjun memahaminya.

"Dan patutnya kau marah kitorang. Kenapa? Kenapa kau berdiam diri je? "

Jisung mengeluh. Dia memandang sekilas ke arah Renjun.

"Aku memang taknak ambil kisah pasal perempuan tu, tapi perempuan tu berkait rapat dengan Byungjoon. "

Renjun mengerutkan keningnya. "Maksud kau? "

"Byungjoon anggap perempuan tu adalah umpan yang terbaik. Kita tak boleh buat apa dah. "

"Yemin memang akan jadi umpan diorang. "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
countdown. pjsWhere stories live. Discover now