"Tae... Kau pun sama? " Jimin mengetap bibirnya perlahan, melihat Taehyung yang hanya mendiamkan dirinya.
Dia melihat lengan dan kepala Taehyung dibalut, kemudian dia membuang nafas kasar.
"Aku datang sini sebab nak bagitahu, yang aku akan ke UK hari ni. Aku singgah rumah kau sebelum ke lapangan terbang. " terang Taehyung.
"Kenapa? Kau nak larikan diri lepas apa yang kau dah buat? " soal Jimin sarkastik.
Taehyung menggigit bibir bawahnya. "Ni bukan macam yang kau sangkakan, Jimin. Aku hanya bermusuh dengan adik kau, dan bukan ka-"
"Dia adik aku, jadi kalau kau bermusuh dengan dia, bermakna kau pun bermusuh dengan aku Tae. " potong Jimin.
"Kau dan Byungjoon, sama je. Dua dua tipu aku. "
"Aku minta maaf sebab dah tipu kau. Dulu aku rass aku jahat sangat, sampaikan aku nak bunuh Jisung di tangan aku sendiri disebabkan dia rampas semua benda yang aku ada. "
"Kawan aku, kuasa, pangkat, dan segala-galanya. Jisung dah buatkan aku buta segala-galanya, sampaikan aku sanggup tipu kau. Tapi bila aku dan Jisung berjumpa minggu lepas... " Taehyung memberhentikan kata-katanya.
"Baru aku sedar yang hidup dia pun macam aku. Diburu, tiada kasih sayang eomma dan appa, dan selalu dipersalahkan bila misi tak berjaya. "
"Kau tak tahu apa yang aku rasa selama ni, Kim Taehyung. Mungkin pada pandangan kau, aku jadi orang terkuat dalam kumpulan mafia, tapi aku tak. Aku paling terseksa dalam dunia mafia, Kim Taehyung. "
Taehyung melepaskan keluhan kecil. "Dan dari situ aku sedar, yang mungkin pindah ke UK boleh buat fikiran aku tenang seketika tanpa perlu memikirkan tentang mafia. " ujar Taehyung, memandang sekilas ke arah Jimin.
Jimin masih berdiam diri, tidak tahu mahu membalas apa.
"Dan, sebenarnya Byungjoon yang bunuh eomma dan appa kau. Aku... Aku cuma menjadi saksi eomma dan appa kau-"
"Cukup Kim Taehyung. Kau boleh pergi sekarang. "
"Jimin, aku-"
"Jangan jumpa aku lagi, aku tak nak berkawan dengan pembunuh, yang bunuh eomma dan appa aku sendiri. " ujarnya lalu dia menutup pintu rumahnya.
+++
"Oh, Jaemin-ah. " Yemin yang sedang berbaring di dalam bilik membuka pintu, melihat Jaemin berdiri di hadapannya dengan senyuman di bibirnya.
"Boleh kau ke bilik kawalan? Aku ada sesuatu nak bincang dengan kau. " ujar Jaemin.
Yemin hanya menganggukkan kepalanya, mengikuti Jaemin dari belakang, menuju ke bilik kawalan.
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020