◈ 16

1.8K 284 27
                                    

JIsung memandang kosong ke arah langit yang gelap itu, fikirannya menerawang entah ke mana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JIsung memandang kosong ke arah langit yang gelap itu, fikirannya menerawang entah ke mana.

Dia menangkap satu susuk tubuh yang sedang mendatang dekat ke arahnya, kemudian dia mendecit perlahan.

"Kenapa kau kat sini? Patutnya kau ada dekat rumah kau. " Jisung bersuara, membuatkan dia terkejut kerana Jisung sedar akan kehadirannya.

"Ah, uhm, aku bosan. Sebabtu lah aku ke sini hihi. " Yemin membalas, dia menggosok belakang tengkuknya janggal.

Jisung tidak menjawab, sebaliknya dia hanya menghiraukan Yemin yang semakin datang dekat ke arahnya.

Yemin melabuhkan punggung di sebelah Jisung, kemudian mengamati langit yang gelap dengan kerlipan bintang yang hanya samar-samar kelihatan.

"Uhm, kau dah lama ke masuk kumpulan ni? "

"Bukan urusan kau. " Jisung membalas, membuatkan Yemin mencebikkan bibirnya.

"Tch, tanya je pun. " dia menggumam perlahan, kemudian menjeling Jisung tajam.

"Kau memang tak suka aku ke? " soalan itu membuatkan Jisung terkaku seketika. Dia memandang sekilas ke arah Yemin.

"Uhm, aku ada buat salah kat kau ke? Okaylah aku mengaku yang aku selalu busybody pasal hal kau. Tapi sebenarnya sebab aku curious je. " ujarnya perlahan.

"Tapi, aku tak sangka kau adik kepada Jimin oppa..." mendengar nama itu, Jisung mendecit kasar, tanda tidak suka.

"Aku tak tahulah apa jadi dengan korang, tapi dia still abang kau. " katanya lagi.

Namun Jisung hanya memasang riak selamba. Entah mengapa, hatinya terusik mendengar kata-kata Yemin.

Jisung bangun dari duduknya, kemudian mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Masuk, dah lewat. " lalu Jisung melangkah pergi meninggalkan Yemin yang terkebil-kebil memandangnya.

"Ish, apa sia? Dia blah macam tu je? Jir. " Yemin membebel seketika kemudian dia melangkah pergi dari situ.

+++

Pistol yang berada di tangannya ditenung seketika, kemudian lamunannya terhenti apabila Haechan memetik jari di hadapan wajahnya.

"Oh. " baru tersedar yang dia sekarang berada di ruang latihan bersama Haechan, yang mengajarnya cara-cara untuk menembak.

"Kau okay? Asyik termenung je. " ujar Haechan, matanya dilirikkan ke arah Yemin.

"Aku okay je. Hmm entahlah. Aku asyik terfikir bila benda ni akan berakhir. Aku rindu life aku yang dulu. " dia tiba-tiba meluah, memandang kosong ke arah ruangan tersebut.

countdown. pjsWhere stories live. Discover now