◈ 2

2.7K 365 97
                                    

"Whoopsie, Yemin-ah! Kau nak buat tiktok dengan aku tak?! " soal Chanmi dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Whoopsie, Yemin-ah! Kau nak buat tiktok dengan aku tak?! " soal Chanmi dari jauh.

Yemin tayang muka meluat. "Esok-esok ajelah Chan oi! Dah lewat malam dah ni! "

"Ni semua salah kau sebab nak sangat usya si Beomgyu tu! Kan dah terlambat! "

"Ah senyap lah kau! " Yemin mendecit perlahan. Dia meneruskan perjalanan menuju ke rumahnya.

Tiba-tiba, langkahnya terhenti apabila dia teringat yang abangnya ada mengirim barang untuk dibelinya.

"Aduh pabo Yemin. Dasar Hoseok. Kalau tak sebab dia bagi duit lebih, aku takkan beli. "

Dia menapak menuju ke kedai serbaneka, disapa oleh abang cashier.

"Hello Yemin! "

"Hai Seungkwan oppa! " Yemin menghadiahkan senyuman manis ke arahnya.

"Apa kau buat malam-malam buta ni hah pompuan? Kau tu dahlah anak dara. " bebel Seungkwan sambil membersihkan kukunya.

Yemin tertawa seketika. Dia mengambil beberapa barangan keperluan yang dipesan Hoseok. "Biasalah, stalk crush. "

Seungkwan berdecit perlahan. "Si Beomgyu tu ke? Patutlah. Dia handsome. "

Yemin menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Oppa pun setuju kan dia handsome? Tapi si Chanmi tu selalu perlekehkan Beom-"

"Eh, tapi dia tak boleh lawan handsome aku. Nyah. " Seungkwan melembutkan tangannya. Yemin menggulingkan biji matanya.

"Iyelah bang Seungkwan oi. Ha kirakan cepat. Dah lambat sangat ni. Mesti Hoseok marah saya nanti. "

"Siapa je tak marah, kau tu perempuan. Berjalan lagi waktu sekarang, kau sedar tak sekarang pukul berapa? "

"Ye ye sekarang pukul 10:50 p.m, lagi 10 minit nak pukul 11."

"Reti pun tengok jam. Hah nah. " dia menghulurkan plastik berisi barangan yang dibeli oleh Yemin.

Usai membayar, dia meminta diri dan terus melangkah laju pulang ke rumah.

"Matilah aku matilah aku matilah-" langkahnya tiba-tiba terhenti apabila melihat dua figura lelaki yang berada di taman permainan berdekatan rumahnya.

Terkebil-kebil mata Yemin melihat mereka. "Apa diorang buat kat situ dalam waktu-waktu macam ni? "

Yemin menggelengkan kepalanya berkali-kali. Baru sahaja dia ingin menyambung perjalanannya, tiba-tiba dia terdengar salah seorang dari mereka menjerit.

"KALAU KAU ADIK AKU, KAU TAKKAN LIBATKAN DIRI KAU DALAM KERJA BODOH KAU TU! "

Yemin tersentak seketika. "I-itu, itu suara Jimin oppa-"

"THE FUCK PARK JISUNG?! "

Yemin meneguk liurnya payah. Terasa bersalah apabila terdengar perbualan mereka.

"A-aku kena balik cepat. Aish kau ni Yemin tak baik-"

"Perempuan kat hujung sana, berhenti. " satu suara asing yang muncul dari belakang Yemin membuatkan langkahnya terhenti.

Perlahan-lahan Yemin menoleh ke belakang. Susuk tubuh lelaki yang lebih tinggi daripadanya menjadi tatapan mata.

"A-ah, e-er, h-hai-"

"Kau dengar kan apa yang kami bualkan? " soalnya perlahan, namun nada suaranya yang dalam dan garau membuatkan bulu roma Yemin menegak.

Yemin tergelak kekok. "D-dengar? Dengar apa? H-Haha, m-mana ada dengar-"

Lelaki itu menapak mendekati Yemin, sekaligus membuatkan Yemin menapak ke belakang sehingga badannya bertemu dinding.

"Kau pasti? " soal lelaki itu lagi. Yemin meneguk liurnya payah.

"E-er, ya! Aku pasti! E-er, dah lewat ni, haha nanti abang aku cari okbai-" belum sempat dia ingin melarikan diri, pergelangan tangannya direntap kasar dan dia ditolak ke dinding semula.

"Kau dengar kan? "

"A-Aku terdengar! Puas? Mianhae. Aku akan lupakan apa yang aku dengar ok dah bikyeo-"

Tiba-tiba sepucuk pistol dihalakan ke dahinya, membuatkan badannya serta-merta menjadi kaku. Matanya teralih ke arah wajah lelaki itu.

Dengan memakai topi yang hampir menutupi seluruh wajahnya, hanya kelihatan bibirnya yang mengukir senyuman sinis.

"A-apa kau nak buat-"

"Aku tak suka orang ambil tahu pasal hal aku. Kau dah buat satu kesalahan, sayang. " 

"K-kau nak tembak aku? " soal Yemin, suaranya bergetar menandakan ketakutan yang menguasai dirinya.

Namun lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya dia mendekatkan wajahnya ke telinga Yemin.

"Aku kira sampai tiga, nyawa kau akan tamat. " ujarnya berbisik, kemudian dia menjauhkan wajahnya semula.

"C-chakkaman, a-aku boleh jelaskan-"

"Satu. "

Air mata Yemin mula turun laju. "T-Tak, aniya jangan bunuh aku-"

"Dua. "

"TAK JEBAL! JEBAL JANGAN BUNUH AKU! AKU JANJI AKU TAK SEBAR DEKAT SESIAPA! " Yemin melutut, dia meraung meminta dilepaskan.

"Senyap. Bangun. "

Yemin bangun dan menundukkan wajahnya, tidak memandang ke arah lelaki itu.

"Jadi, kau dengar nama aku siapa kan? " soal lelaki itu, membuatkan Yemin mengangkat wajahnya.

"P-Park Jisung. "

Lelaki bernama Jisung itu mendecit perlahan. "Aku lepaskan kau kalini. "

Yemin tersenyum lebar, dia mengesat air matanya kasar. "Gomawo-"

"Dengan syarat. " dia menyambung ayatnya, membuatkan Yemin tergamam seketika.

"Jangan pernah, ambil tahu pasal aku. "

"Kalau tak, nyawa kau akan tamat. "

***

***

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
countdown. pjsWhere stories live. Discover now