special chapter

2.5K 331 85
                                    

[ 1 tahun kemudian ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ 1 tahun kemudian ]

"Jisunggggggg!!!!! " Yemin merengek, tangannya melambai-lambai ke udara apabila melihat Jisung dari jauh.

Jisung hanya tertawa kecil, dia berjalan menghampiri Yemin dengan tangan didepakan, memeluk tubuh kecil Yemin erat.

"Lambat eh?! Fikir tak nak datang, hmph. " Yemin mencebikkan bibirnya, tangan disilangkan ke dada.

"Tch, aku jemput Jimin hyung tadi. Katanya dia pun nak tengok kau graduate-"

"HAH?! DIA IKUT?! KAU TAK CAKAP?! MANA DIA?! " Yemin menoleh sekeliling, mencari kelibat Jimin.

Jisung memutarkan bebola matanya. "Ohhh, kalau hyung aku datang cepat je kau eh? "

Yemin hanya tersengih, lengannya merangkul leher Jisung. "Kan aku gembira kau dengan Jimin oppa dah berbaik, walaupun perkara tu dah lama tapi aku masih bangga dengan kau. "

"Kalau kau tak paksa aku maafkan dia-"

"Aippp! Aku cakap maafkan dia dengan ikhlas kan?! " Yemin menjegilkan matanya, Jisung hanya mendecit perlahan.

"Iyalah sayangku, sebabtu kitorang dah okay sekarang. Tu hah, Jimin oppa kesayangan kau. " Jisung menudingkan jarinya ke arah Jimin yang tampak segak dengan tuxedo hitam, tidak macam Jisung yang hanya berpakaian santai, jaket kulit dan jeans koyak lutut.

"Fuh, handsome betul bakal abang ipar aku ni. Silap-silap kalau kau curang ke apa, aku ada Jimin op- ARGH OKOK JISUNG TIPU JE TIPU JEEE!!! " Yemin meringis sakit apabila Jisung mencubit telinganya.

"Cakap lagi macam tu, aku cium kau depan semua orang. " bisik Jisung, pantas sahaja Yemin menolak Jisung dengan muka jijik.

"Yemin-ah, chukahae! " Jimin tersenyum memandang Yemin, kemudian dia menghulurkan sejambak bunga untuk Yemin.

Yemin menutup mulutnya tidak percaya. "Oppa beli ni untuk Yemin ke? Aww, terima kas-"

"Eh, ni Jisung punya. Dia suruh bagi kat Yemin, katanya dari dia. " potong Jimin, membuatkan senyumannya kian memudar.

"Lah, Jisung ke, fikir-"

"Kim Yemin... Kau jangam buat hal. " Jisung memandangnya tajam, membuatkan Yemin tersengih kecil.

"Ish, aku gurau je lah. Tak dapat dari abang ipar, dari bakal suami pun bolehlah hehehe. " kata-kata Yemin membuatkan Jisung senyum sedikit.

countdown. pjsWhere stories live. Discover now