Butang bintang kasi dipencet dulu dong baru baca hehe.
+++
Jisung menggendong Yemin yang sedang tidur nyenyak di belakangnya, berjalan pulang ke rumah.
Kadang dia pelik dengan dirinya. Dulu dirinya sangatlah membenci Yemin, kerana perempuan ini, habis hidupnya huru-hara.
Tapi tengoklah sekarang. Melihat keadaan Yemin sebegini, hatinya juga terasa sesuatu. Dia tidak sanggup melihat Yemin bersedih.
Adakah ini petanda... Yang dia sudah dilamun cinta?
Jisung menyengir, menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tak kan lah dia sukakan Yemin, kan?
Pelukan dia, senyuman dia, semua membuatkan hati Jisung rasa sesuatu.
Sedaya upaya dia cuba untuk halau perasaan itu, namun semuanya sudah terlambat. Apalah yang Yemin sudah buat, sehinggakan hati beku milik Jisung akhirnya terpaut pada dirinya.
Jisung menekan loceng pintu berkali-kali, menunggu salah seorang hyungnya membuka pintu.
Pintu dibuka luas, memperlihatkan Haechan dengan muka cemberutnya.
"Baru malam nak balik? Yemin kenapa tu? " soalnya.
"Dia tidur. " jawab Jisung pendek, melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke arah bilik Yemin yang pada mulanya adalah bilik Haechan.
Dia meletakkan Yemin perlahan-lahan di atas katil, tidak mahu mengejutkannya. Setelah itu, dia merenung seketika wajah Yemin, membetulkan rambutnya yang menutup muka.
"Goodnight. " Jisung mengukir senyum kecil, melangkah keluar dari bilik itu.
"Aish kamchagiya! " dia mengurut dadanya apabila kelibat Haechan yang tadi di muka pintu rumah kini berada betul-betul di belakangnya.
"Ahhh, jatuh cinta? " kening Haechan ternaik, memandang Jisung dengan pandangan mengejek.
Jisung tayang muka beku, kemudian dia memutarkan bebola matanya. "Apa-apalah. "
"Hah apa apa?! Jisung sukakan Yemin?! " Chenle tiba-tiba datang entah dari mana, membuatkan Jisung mengeluh perlahan.
"Oiii, aku dah agak dah. Dari dulu lagi aku perhatikan kau. " Chenle senyum misteri, kemudian ketawa terkekeh-kekeh bersama Haechan.
Jisung berjalan menuju kd biliknya, menghiraukan rakan setannya yang mengejeknya.
Dia melepaskan blazer hitamnya, butang baju ditanggalkan dua dan dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil.
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020