"Yemin!!! " satu suara yang dia amat kenali memanggilnya, membuatkan dia menoleh terus ke arah belakang.
"Oh, B-Beomgyu-ah. " Yemin mengukir senyuman kecil ke arahnya. Beomgyu berjalan mendekati Yemin dan menghadiahkan senyuman ke arahnya.
"Dah tak sakit ke? Kenapa pergi sekolah? " soalnya. Yemin menggelengkan kepalanya perlahan.
"Tak lah, dah rehat banyak dah kat rumah semalam. Cukuplah sehari. " tersengih-sengih Yemin dibuatnya.
"Yemin! " satu suara lain memanggilnya dari tepi namun belum sempat dia menoleh, gerangan itu sudah memeluk lehernya erat.
"Akh akh! Ya Haechan!" Yemin menjegilkan matanya ke arah Haechan yang sudah terkekeh-kekeh ketawa.
Beomgyu mendecit perlahan, namun dapat didengari jelas oleh Haechan. Haechan kini memandang ke arahnya dengan pandangan sinis.
"Kenapa Beomgyu-ssi? Ada apa-apa masalah ke? " soal Haechan. Yemin memandang Beomgyu yang berada di hadapan mereka.
"Ah aniya. Em Yemin, aku pergi dulu ya? Lain kali kita sembang lagi. Annyeong! " ujarnya lalu terus beredar dari situ.
"Ish kau ni! Terlepas peluang aku nak bermesra dengan crush! " Yemin menumbuk bahu Haechan perlahan.
"Seriously dia crush kau? Tak ada taste betul. Lainlah macam aku, handsome pun handsome. " katanya riak wa takabbur.
"Ish perasan. Mana yang lain? "
"Hmm diorang semua sakit kecuali aku dengan Jeno. Jeno ada kat kelas, membuta la kerja dia. " kata-kata Haechan membuatkan Yemin menjongketkan keningnya.
"Sakit? "
"Yelah, kena tembak. Macam tak biasa. " jawab Haechan bersahaja. Yemin membulatkan matanya, lantas dia memukul-mukul lengan Haechan.
"Diorang okay ke?! Apa jadi semalam?! Kenapa aku tak tahu apa-apa?! "
"Akh akh ya! Jangan pukul lah! " Haechan mendengus kecil kemudian dia mencebikkan bibirnya.
"Korang pergi tanpa aku? Sampai hati. " Yemin menyilangkan tangannya ke dada dan mencebik.
"Ya, kau sakit kan. Kejadah apa nak bawa. Lagipun, kau baru balik rumah kau. Spend time la sikit dengan abang kau. " apabila Haechan bercakap tentang abang, dia terus terdiam disitu.
Hubungannya dengan Hoseok tak berapa baik ketika ini.
"Uhm, pergi dulu. Kelas aku nak start dah. " ujar Yemin dan terus berlalu dari situ.
"Yemin! Yah, dah kenapa dia tu? "
+++
"ARGH! SAKITLAH ANJIR! " Renjun mengerang sakit apabila Yemin memegang lengannya yang berbalut itu.
"Sorrylah, tak sengaja. Aku fikir dah tak sakit dah-"
"Kepala bapak kau lah. Aish nasib member. " ujar Renjun sambil menggulingkan biji matanya.
"Macam mana korang boleh kena tembak empat empat sekaligus kena? " soal Yemin.
"Aku tak tahu nak terangkan macam mana tapi, dah takdir an kita terima jelah. " jawab Chenle, pasrah.
"Uhm btw kau okay ke Yemin? Ada orang kacau kau lagi ke? " Jaemin yang dari tadi diam kini bersuara.
"Ah, takde takde. Jangan risau. Sekarang aku lebih risaukan korang. Kesian korang kan. " Yemin menganggukkan kepalanya kemudian dia menepuk tangannya.
"Aku ada idea. Biar aku masak makan malam untuk korang. Memandangkan tukang masak dah injured disini.... " katanya sambil menudingkan jari ke arah Jaemin.
"Jadi biar aku yang ganti dia masak. "
"Kau reti masak ke? Terbakar dapur kitorang nanti kau nak bayar ganti rugi? " soal Jeno, memandang Yemin dengan mata yang dikecilkan.
"Percayalah rakanmu ini Lee Jeno, pasti makanan yang dimasak hebat-hebat rasa, maggie cukup rasa. Haechan! Kau kena tolong aku. "
"Eh aku pula. Tadi kau kata kau-"
"Aku perlukan pembantu. Ayuh ayuh! " dia menarik lengan Haechan yang pasrah menuju ke dapur.
Jisung sedari tadi hanya memejamkan matanya, mendengar perbualan mereka dari biliknya.
Dia kemudiannya mengeluh panjang, membetulkan pembaringannya di atas katil tersebut.
Pintu biliknya diketuk dan dibuka tanpa sempat dia memberi keizinan.
"Kau dah bangun ke Jisung? "
Jisung hanya menggumam perlahan, memandang ke arah Jeno yang berada di muka pintu.
"Kaki kau dah boleh gerak ke? "
Jisung menganggukkan kepalanya kemudian dia menggerakkan kakinya sebagai bukti.
"Tapi aku tak rasa kau boleh jalan lagi. Kalau kau nak pergi mana-mana panggil aku je tau? Aku kat luar je. Btw Yemin datang-"
"Aku tak kisah. " potong Jisung laju, dia membuang pandang ke luar tingkap.
Jeno hanya mengeluh perlahan, dan dia meminta diri untuk keluar. Selepas itu, Jisung bersendirian, sekali lagi dan dia memejam matanya semula.
"Kau jadi macam ni sebab eomma dan appa kau. Betul kan Park Jisung? "
"Dan tak lupa kepada Park Jimin-"
"AISH GEUMANHAE! " tiba-tiba Jisung menjerit, membuatkan Yemin yang berada di dapur boleh mendengarnya.
"Jisung? Dia okay ke? " soal Yemin risau.
Haechan memandang sekilas ke arah pintu bilik Jisung. "Semenjak dua menjak ni, dia banyak sorokkan benda dari kitorang. "
Belum sempat Haechan ingin menyambung kata-katanya, Yemin melangkah menuju ke bilik Jisung dan mengetuk pintu biliknya berkali-kali.
"J-Jisung-ah, g-gwenchana? " soalnya. Namun, dia tidak mendengar sebarang jawapan dari Jisung, lalu dia membuat keputusan untuk membuka pintu biliknya.
"Jisung!!! "
;)))
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020