"Park Jisung! "
Jisung mendecit kasar. Langkahnya terhenti dan dia memalingkan kepalanya ke belakang.
"Renjun-"
"Kau buat apa lagi? Cepatlah, nanti kita lambat-" mata Renjun beralih memandang ke arah Yemin.
"Bwo? Kau buat apa dengan perempuan ni-"
"Ani. Kau pergi dulu. Aku nak cakap something dekat dia. " ujar Jisung, matanya tidak lepas memandang ke arah Yemin yang masih menundukkan wajahnya.
Baru sahaja Renjun ingin melangkah pergi, lengannya dicengkam oleh Yemin, membuatkan Renjun menoleh memandangnya.
"Renjun, tolong bagitahu Jisung, yang aku tak-"
"Diam, dia tak tahu pasal bende tu. " Jisung memandang Yemin penuh amarah.
Renjun memandang Jisung dan Yemin bersilih ganti. "Kau sorok apa dari kitorang, Jisung? "
Jisung mengeluh, kemudian menarik lengan Renjun meninggalkan Yemin terpinga-pinga di situ.
"Ya, apa maksud dia? Bagitahu kau, yang dia...? " soal Renjun, masih tidak memahami situasi yang berlaku.
"Hyung. " Jisung menghentikan langkahnya. Dia memandang Renjun di sebelahnya.
"Kau ada masalah? " soal Renjun lembut. Dia memegang bahu Jisung, perlahan.
Jisung hendak menceritakan segalanya. Segala yang berlaku semalam. Apa yang berlaku selama ni terhadap dirinya.
Namun, dia hanya mampu mengeluarkan dua patah perkataan. "Takde apa-apa. "
+++
Yemin menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Kejadian petang tadi terimbas kembali di dalam fikirannya.
"Jap bila masa aku cerita kat Chanmi? " dia menggosok-gosok dahinya yang berkerut itu.
"Bila masa aku cerita............ " Yemin menayang muka beku. Dia bangkit dari pembaringannya dan mencapai telefon pintarnya.
"Sumpah aku tak cerita. Apa masalah budak Jisung tu? Kurang kasih sayang ke? " dia mendecit perlahan.
Pintu diketuk seraya dibuka, terpacullah wajah Hoseok di muka pintu. Yemin memandangnya dengan kening terangkat.
"Mwo? "
"Uhm, ada sorang lelaki nak jumpa kau. Dia dekat luar--"
"Sorang lelaki? Siapa? Kau tak kenal? " soal Yemin. Hoseok mengangkat kedua belah bahunya.
"Manalah aku kenal kawan kau. " ujarnya lalu berlalu pergi dari bilik Yemin.
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020