Mereka hanya diam sepanjang perjalanan, kadang-kadang Jisung mengerling ke arah Yemin yang berada di tepinya.
Yemin menundukkan wajahnya, menggosok-gosok tangannya yang semakin sejuk. Dia meniup tangannya, menghangatkan tangan yang kian membeku.
Jisung perasan tindakan Yemin itu. Dia berdehem seketika, kemudian bersuara, "Sejuk ke? "
Dalam hati Jisung, dia mencarut sendirian. Mestilah dia sejuk bodoh, kau tak nampak ke dia struggle tiup tangan dia?
Yemin menoleh sekilas, kemudian mengangguk perlahan.
Jisung mengigit bibir bawahnya, tidak tahu ingin membuat apa.
"Uh... " Jisung menggaru belakang tengkuknya, awkward.
Suasana menjadi terlalu awkward, tidak tahu kenapa. Jisung yang dari tadi mengigit bibir bawahnya, terasa bodoh.
"Uhm, kita nak ke mana? " soal Yemin, setelah sekian lama berdiam diri.
Jisung memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar. "Uh, aku tak kisah. Tapi, aku nak kau tenangkan fikiran kau. "
Yemin hanya menganggukkan kepalanya. "Kau okay? "
Jisung mengalihkan pandangannya ke arah Yemin. "Aku? "
Yemin menganggukkan kepalanya. "Kau cedera juga, kan? Kenapa kau datang selamatkan aku? "
Jisung terdiam, lidahnya kelu.
"Aku dengar dari Jeno yang kau lari hospital, dan kau kena tembak kat perut. " Jisung memejamkan matanya sekilas.
"Kenapa? Kenapa kau lari hospital? " soal Yemin, mereka berhenti di bawah pokok yang agak ranum itu.
Jisung mengeluh perlahan, matanya memandang anak mata milik Yemin.
"Sebab aku dengar diorang cakap kau kena bawa lari. Aku cuba sedaya upaya untuk tahan sakit dan, akhirnya aku berjaya bangun walaupun doktor menganggarkan aku akan sedar tiga atau empat hari selepas tu. " kata-kata Jisung membuatkan Yemin terkedu.
"Kenapa? " Yemin bertanya lagi.
"Kenapa apa? " kening Jisung ternaik.
"Kenapa... Kenapa kau sanggup buat macam tu, Park Jisung? Kau sakit. Kenapa fikir pasal orang lain sedangkan keadaan kau teruk juga. " Yemin mengetap bibirnya perlahan, memandang anak mata Jisung.
"Bayangkan, kalau aku tak pergi selamatkan kau? " suara Jisung tidak seperti selalu, yang beku dan tiada perasaan.
Kali ini, suaranya lebih tenang, pandangan matanya juga berubah lembutm
"Kau mungkin akan mati, Yemin. Benda dah lepas. Tak perlu pun kita nak ungkit pasal benda ni. Lagipun, aku dah sihat. "
Yemin mendecit perlahan. "Yelah tu sihat. "
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020