Telefon milik Yemin berdering, menandakan ada panggilan masuk.
Yemin mengerutkan keningnya, perlahan-lahan dia membuka mata dan menguap sedikit. Dia mengerling sekilas jam di dinding, pukul 11:30 pm.
"Awal betul aku tidur. " gumamnya lalu dia menggapai telefon di atas meja di sebelahnya.
Jantungnya bagaikan berhenti berdetak apabila melihat nama pemanggil tersebut. Sudah lama dia tidak menerima panggilan daripada dia, kenapa tiba-tiba dia menelefonnya pada tengah-tengah malam begini?
Yemin meneguk liurnya, tangannya yang sedang memegang telefon terketar-ketar. Nafasnya menjadi tidak teratur.
Akhirnya, dia menjawab panggilan itu, namun dia hanya senyap. Tidak berani untuk berkata-kata.
"Jung Yemin, kamu di mana? " suara penuh authority itu membuatkan badannya kaku, lidahnya juga menjadi kelu.
Dia menggenggam telefonnya erat, bibir diketap perlahan.
Lama Yemin berdiam diri sehinggalah si pemanggil bersuara sekali lagi, "Appa tanya, kamu kat mana? "
Apabila dia menggelar dirinya 'appa', mata Yemin mula berair. Tidak, dia tidak mempunyai 'appa' seperti dia.
"Masih nak berdiam? " suara itu menghenyakkan lamunannya seketika.
Terdengar dia mendecit perlahan. "Okay, kalau itu yang kamu mahu. "
Sejurus selepas itu, bunyi pintu rumah dibuka kasar membuatkan Yemin membaling telefon miliknya.
"J-Jangan kata-"
"JUNG YEMIN, KELUAR SEKARANG! " suara yang dia tidak kenali, namun Yemin keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu.
Dia membulatkan matanya apabila beberapa orang lelaki sedang mengerumuni Jaemin, pistol di tangan salah seorang dari mereka dihalakan ke arah Jaemin.
"JANGAN! " Yemin menjerit, membuatkan mereka memandang ke arah Yemin.
Jaemin yang masih tidak faham dengan situasi ini, memandang Yemin untuk meminta penjelasan.
Yemin menggelengkan kepalanya, kemudian dia memandang lelaki yang memegang pistol itu.
"Tolong... Lepaskan dia... " air matanya mula bertakung.
"Tuan Jung minta kami membawa Cik Yemin pulang segera. " ujarnya sambil memberi isyarat kepada yang lain.
"Okay, saya ikut. Tapi, lepaskan dia. " Yemin menundingkan jarinya ke arah Jaemin, lalu mereka melepaskan Jaemin dan berjalan mendekati Yemin.
"Yemin, apa jadi ni? Macam mana diorang boleh tahu-"
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020