Badannya dicampak ke dinding dengan kuat. Pistol di dalam poket seluar dikeluarkan dan dihalakan ke arahnya.
"Yah, jangan berani kau-"
Boom!
Tembakan dilepaskan dan mengenai perutnya. Lelaki itu mengerang kesakitan.
Pistol yang dipegang disimpan kembali ke dalam poket. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Semoga mati dengan tenang. " ujarnya lalu berjalan pergi meninggalkan tempat itu.
"Jisung! Belakang kau! " seorang lelaki merangkap teman sepasukannya menjerit dari jauh, memberi isyarat kepada lelaki bernama Jisung itu.
Jisung menoleh kebelakang dan serta-merta wajahnya ditumbuk kuat, membuatkan dia terdorong ke belakang.
Jisung tertawa sinis, kemudian mengelap sisa darah yang keluar dari tepi bibirnya.
Dia mara ke hadapan dan membalas tumbukan lelaki itu. Pistol dikeluarkan kembali dari poketnya.
"Kau lemah ke apa? Lawan pakai tangan ah, asal guna senjata? Takut?" ujar lelaki itu mengejek.
Jisung memandangnya tajam. Kolar baju lelaki itu ditarik kasar dan menghalakan pistol ke dahi lelaki itu.
"Kau nak cabar aku, hm? " soal Jisung. Nada suaranya dalam dan garau, menyebabkan bulu roma lelaki itu menegak, ketakutan.
"Kau dah salah orang nak cari pasal. "
Boom!
Dan tembakan dilepaskan sekali lagi. Lelaki itu rebah ke atas tanah dengan darah yang berlumba-lumba keluar dari perutnya.
Jisung berjalan meninggalkan tempat itu. Dia menuju ke kereta milik rakannya dan terus masuk ke dalam perut kereta.
"Settle? " soal Renjun yang berada di tempat pemandu. Jisung menganggukkan kepalanya sekilas.
Dia melepaskan keluhan panjang. "Penat bodoh lawan 10 orang sekaligus. "
"Nasib baik aku jerit kat kau weh, kalau tak kau yang kalah nanti. " ujar Chenle pula. Jisung hanya tersenyum kecil.
"Tahniah korang. Korang buat kerja dengan baik, seperti yang disuruh Taeyong hyung. "
"Mantul. "
"Eh, Haechan dah sedar ke belum? " soal Renjun dari depan. Jisung menoleh ke belakang, melihat Haechan yang terbaring dan kesan balutan di perutnya.
"Jangan risau, aku dah buang peluru dekat perut dia. " ujar Jeno pula. Jaemin menepuk tangannya berkali-kali.
"Tahniah, tak sangka ada faedah kau ambil jurusan doktor. "
Jeno hanya mendecit perlahan. Dia mengetuk kepala Jaemin sekilas.
"Selesai misi harini. Esok kita kena sekolah semula haha-maleh aque. "
"Adu pahal kau ingatkan sia. " Chenle ketawa bagai dolphin terlepas dari kandang.
"Inilah kehidupan. "
+++
"Jisung, apa jadi? Macam mana Haechan boleh cedera pula? " soal Taeyong, ketua mafia NCT.
Jisung menundukkan kepalanya. "Mianhae hyung. Tadi pihak lawan boleh tahan ramai, jadi aku-"
"Tak bermakna kau abaikan ahli kumpulan kau sendiri. " cantas Taeyong laju.
"Mianhae hyung. " ujar Jisung sekali lagi.
Taeyong menganggukkan kepalanya seraya tersenyum kecil. Tangannya menepuk-nepuk bahu Jisung berkali-kali.
"Kau dah buat yang terbaik. Aku bangga dengan kau. "
Jisung mengangkat wajahnya. Dia mengukir senyuman kecil.
"Gomawo hyung."
"Kau boleh keluar. " ujar Taeyong lalu beredar dari situ.
Jisung melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke arah bilik Haechan. Setibanya dia disana, dia melihat Renjun dan Haechan sedang berbual-bual.
"Oh, Haechan hyung dah sedar? " soal Jisung. Renjun mengangukkan kepalanya.
Haechan memandang sekilas ke arah Jisung. "Kau ganas sangat waktu lawan diorang tadi. "
Jisung tergelak seketika. "Mian hyung. "
Haechan hanya tersenyum senget. "Lek ah. Macam tak biasa je. "
"Sebelum ni Jaemin yang kena. Elok je dia lari-lari keesokan harinya. Kalau kau, mesti kau melompat nanti. " ujar Renjun, seraya mendapat sepakan percuma daripada Haechan.
"Banyak ah kau. "
"Aku keluar dulu. " tutur Jisung lalu dia menapak keluar dari bilik itu dan menuju ke ruang tamu.
Telefon pintarnya berdering,menandakan ada panggilan masuk. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluar.
Lidahnya ditolak ke tepi dalam bibir, menahan geram. Mahu sahaja dia ingin mencampak telefon itu ke atas lantai.
Seseorang merampas telefon milik Jisung, membuatkan dia menoleh memandang belakang.
Chenle mengangkat sebelah keningnya dan menjawab panggilan itu. "Nae, yeoboseyo. "
"Mwo? Nuguya? Mana Park Jisung? "
"Park Jisung? Siapa tu? " soal Chenle. Jisung menekup wajahnya apabila mendengar balasan Chenle.
"Chenle-"
"Tch. Dia takde ye? Cakap dekat dia aku tunggu depan taman permainan dekat dengan rumah aku. Malam ni."
"Eh kau siapa-"
Tut!
Terus talian dimatikan. Chenle memandang Jisung yang sedang menyumpah seranah Chenle.
"Siapa dia? Kenapa dia nak jumpa kau? "
"Bukan urusan kau Chenle. Dia suruh aku pergi taman permainan dekat rumah dia kan? Ok thanks. " ujar Jisung kemudian mengambil kembali telefonnya dari tangan Chenle.
"Ya Park Jisung! Aku nak ikut! "
"Tak payah lah kau. "
Chenle berdecit perlahan. Langkahnya diatur menuju ke ruang tamu.
Jisung berdecit kasar. Rambutnya diramas kasar. Dia mengeluh panjang.
"Kenapa masa ni juga? "
***
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020