90's love is a bop.
---
"J-Jisung... "
Jisung menyepak lelaki itu kasar, pistol yang berada di dalam poketnya dibawa keluar dan dihalakan ke arahnya.
Lelaki itu mendecit kasar, lalu dia juga mengeluarkan pistol miliknya, membuatkan Yemin terkejut.
Masing-masing bertentang mata, tatapan mata Jisung yang tajam sedikitpun tidak membuatkan lelaki itu gerun.
"Park Jisung? Penembak handal di dalam kalangan NCT? Mafia yang digeruni? " dia seakan mengejek.
Yemin meneguk liurnya payah. Reaksi Jisung ketika ini amat menakutkan. Wajahnya amat serius.
"Yemin, belakang aku. " Jisung bersuara, membuatkan Yemin tersentak seketika. Baru sahaja dia ingin berjalan ke belakang Jisung, tangannya direntap oleh lelaki itu.
Namun Jisung lagi cepat, dia menahan lengan lelaki itu dan menolaknya kasar sehingga terhentak ke dinding.
Jisung menarik lengan Yemin supaya berada di belakangnya. Yemin hanya menurut, liurnya diteguk untuk kesekian kalinya.
"Jangan cari pasal dengan aku. Aku boleh tembak kau sekarang, dan urusan kita selesai. " suaranya yang garau dan dalam itu membuatkan lelaki itu terkedu.
"Berambus dari sini. Sekarang. " dia menekankan suaranya, pantas lelaki itu menolak Jisung dan berlari keluar dari rumah itu.
Sempat lelaki itu memandang ke arah Yemin buat kali terakhir. Yemin menyorokkan wajahnya di sebalik jaket milik Jisung.
Setelah lelaki itu beredar dari situ, Yemin berdehem seketika, menjauhkan dirinya dari Jisung.
Jisung memalingkan badannya, memandang Yemin yang kini berada di hadapannya.
"T-thank you. K-kalau kau tak datang, aku tak tahu lah apa jadi. " ujarnya perlahan, sambil menggosok lehernya kekok.
Namun mata Jisung tertancap pada kesan yang berada di lehernya, membuatkan Jisung merendahkan badannya untuk melihatnya.
Terkebil-kebil Yemin melihat tindakan Jisung ketika ini.
Dengan tidak semena-mena, tangan Jisung naik untuk menyentuh kesan itu, membuatkan Yemin mengaduh sakit tanpa sedar.
"Kau luka. " dia berkata, kemudian dia memandang wajah Yemin pula.
"Uh, tak perasan pula. Tak pelah, sikit je ni. "
Jisung diam, kemudian dia melilau sekeliling, mencari suis lampu. Dia membuka suis lampu, kemudian matanya melihat sekeliling rumahnya.
"Dia cekik kau ke? " soalnya.
"Uhm, sekejap je. Tak sangka pula sampai ada kesan macam ni. " jawab Yemin.
"Mana emergency box? "
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020