◈ 11

2K 291 51
                                    

"Ya micheosseo?! " lantang suara Chenle menjerit apabila melihat Yemin yang selamba badak mengambil pistol dari tangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ya micheosseo?! " lantang suara Chenle menjerit apabila melihat Yemin yang selamba badak mengambil pistol dari tangannya.

"Wae? Kan aku geng korang juga. " jawab Yemin acuh tak acuh. Dia mengerling sekilas ke arah Chenle yang masih memandangnya tidak percaya.

"Bagi balik! " Chenle mendekatinya, lalu cuba mengambil semula pistol miliknya di tangan Yemin.

Yemin menjelirkan lidahnya, kemudian menyorokkan pistol di belakang badannya dan berlari meninggalkan Yemin.

"YA JUNG YEMIN! " Chenle menjerit hingga bergema satu rumah, dia mula mengejar Yemin sambil menyumpah seranahnya.

"Bluek tak dapat tak dapat-" langkah Yemin terhenti apabila dia terlanggar satu badan di hadapannya, membuatkan dia mengaduh sakit.

"Aduh dahi aku-" dia mendongakkan kepalanya , memandang ke arah gerangan tersebut.

Pistol yang berada di tangannya dirampas oleh lelaki itu, kemudian dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Kau fikir ni pistol mainan ke nak buat main-main macam tu? " dia mencampak kembali pistol itu ke arah Chenle yang berada di belakangnya.

Chenle menangkapnya dengan tangkas, kemudian dia tersenyum nipis. "Thanks Haechan hyung. "

Haechan memandang ke arah Yemin yang berada di hadapannya, kemudian dia mengeluh perlahan.

"Kau nak belajar menembak? " soal Haechan. Yemin pantas mendongak memandang ke arah Haechan.

"Kau nak ajar ke? " soalnya. Haechan hanya menganggukkan kepalanya, membuatkan Yemin tersengih suka.

"Uhm, aku nak! Nanti aku boleh tembak siapa-siapa yang cari pasal dengan aku HAHAHA-"

"Betulkan niat kau dulu, kalau tak aku tak nak ajar kau. " balas Haechan. Yemin pantas menggelengkan kepalanya kemudian tersengih kecil.

"Aku gurau je. "

Haechan tersenyum kecil, kemudian menarik pergelangan tangannya. "Kajja. "

+++

Jisung mempercepatkan langkahnya memasuki gudang itu. Dia memandang sekilas ke arah Renjun yang berada di bahagian lain, kemudian dia menganggukkan kepalanya.

Jaemin mara ke hadapan bersama Chenle dan Jeno, mengawasi keadaan sekeliling sekiranya ada pihak lawan tiba-tiba menembak.

Jisung membetulkan earpiece miliknya, kemudian dia berkata sesuatu, memberikan arahan untuk teammate yang lain.

"Cari Byungjoon dan orang-orangnya, dan bunuh mereka. " arah Jisung perlahan, kemudian dia menapak ke hadapan.

Tiba-tiba, lampu di gedung itu terpasang betul-betul di bawah Park Jisung berdiri, membuatkan lelaki itu mendecit kasar.

countdown. pjsWhere stories live. Discover now