Vote and comment will make me feel appreciated :D
+++
"T-Tolong... L-Lepaskan... " suara Yemin merintih sayu, air matanya tidak henti-henti mengalir dari kelopak matanya.
"Aku kata senyap! Kau tak faham bahasa ke?! Kau nak aku belasah kau lagi?! " detik selepas itu, dia menarik rambut Yemin kasar, membuatkannya mengaduh kesakitan.
Badannya dicampak ke atas lantai dengan kuat, sehinggakan siku Yemin terhentak kuat pada lantai tersebut.
"Kau dah menyusahkan kerja aku tahu tak? Aku cuma nak dia mati! Tapi, kau rosakkan segalanya. "
"S-siapa? Siapa dia? " soal Yemin, perlahan.
Lelaki itu mendecit kasar, mencerlung tajam ke arah Yemin.
"Jangan buat-buat bodoh la perempuan. Dah semestinya Na Jaemin! " lantang suaranya menjerit, membuatkan Yemin terkedu.
"Na... Jaemin? "
"Kau tak ingat yang kau selamatkan dia? Tch, memang patutlah. Baguslah kalau kau tak ingat. Baik aku bunuh kau je sekarang-"
"A-apa yang dia dah buat? " soal Yemin lagi, memandang lelaki yang berada di hadapannya.
"Tak perlu tahu. Aku pantang cerita benda ni kat orang. " dia menolak Yemin kasar , mengorak langkah menuju ke penjuru bilik.
Mata Yemin membulat melihat pisau yang berada di tangan lelaki itu, dengan senyuman ngeri yang terhias di bibirnya.
"J-Jangan... "
"Takut ya? Takpe, tak sakit pun... " dia melutut, pisau didekatkan ke pipi milik Yemin.
Yemin menjerit kecil apabila merasa pipinya ditoreh dengan pisau itu, lantas dia cuba untuk menjauhkan dirinya dari lelaki itu.
"T-Tolong jangan... " Yemin merayu untuk entah kali yang keberapa, namun lelaki itu hanya tertawa sinis.
"Kalau dia mati, kau pun kena mati juga! "
POM!!!
"Jauhkan diri kau dari dia. " suara seseorang yang amat Yemin kenali, kini berada di belakang lelaki itu.
"B-Beomgyu..."
"Choi Beomgyu! Letak pistol tu! Kenapa kau berpihak dekat perempuan ni? "
Beomgyu mendecit kasar, baru sahaja dia ingin membuka mulut, lelaki tadi kini menoreh lengan Yemin pula.
"ARGH!! "
"YAH! " Beomgyu melepaskan tembakannya, mengenai paha kiri lelaki itu.
Tidak cukup dengan itu, Beomgyu menolak lelaki itu, menumbuknya berkali-kali sehingga lelaki itu tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020