Bunyi loceng rumah berbunyi membuatkan Hoseok tersentak daripada lamunannya. Dia segera bangun dwri duduknya dan menuju ke pintu rumah.
"Oh, Chanmi. Nak jumpa Yemin ke? " soal Hoseok sebaik sahaja susuk Chanmi berdiri betul-betul di hadapannya.
"Oh, hai Hoseok oppa. Haah, Chan nak jumpa dengan Yemin. Maklumlah, seminggu tak jumpa dia. " ujar Chanmi sambil tersengih.
Terkebil-kebil mata Hoseok apabila mendengar kata-kata Chanmi. "Seminggu? "
"Haah, Chan masuk satu pertandingan ni dan kitorang kena pergi luar negeri selama seminggu. Chan fikir Yemin dah bagitahu oppa. " jawab Chanmi.
Hoseok mengerutkan keningnya seketika, kemudian dia menggelengkan kepalanya.
"Yemin tak ada kat rumah. "
"Hah? Pulak dah. Chan mesej dia pun dia tak jawab. Last seen dia pun dua hari lepas. Dia ke mana?"
Hoseok mengeluh perlahan. Dia pun tidak tahu Yemin dibawa ke mana oleh adik Jimin, Park Jisung itu.
"Chan kenal Park Jisung? " soal Hoseok.
Chanmi menganggukkan kepalanya. "Kenal! Budak hot kat sekolah tu! Kenapa tanya ni? "
"Jisung bawa Yemin entah pergi ke mana. "
"HAH?! JISUNG DAN YEMIN?! " tempiknya tidak percaya.
Dia menekup mulutnya tidak percaya. "Wah, adakah Yemin sudah melupakan Beomgyu? "
"Beomgyu? " kening Hoseok terangkat.
"Ah, hehe tak ada apa. Oh, kalau dia keluar dengan Jisung tak apalah. Tak nak kacau hehe. " ujar Chanmi sambil tersengih-sengih.
"Bye oppa! Kirim salam sayang kat Yemin! " Chanmi melambaikan tangannya dan berlari pergi dari situ.
Hoseok memicit kepalanya berkali-kali. "Dia tak faham maksud ayat aku tadi. "
+++
"Korang tak akan faham situasi aku. "
"Then ceritalah. Baru kitorang faham. " balas Haechan, memutarkan bebola matanya.
Jaemin mengeluh seketika. "Entahlah, aku cuma selamatkan ex dia, lepastu dia marah aku sebab dah rosakkan plan dia. "
Renjun mengerutkan keningnya. "Plan dia untuk apa? Bunuh ex dia? "
Jaemin menganggukkan kepalanya. "Mungkin disebabkan tu, dia plan nak bunuh aku juga. "
Chenle tayang muka toya. "Apa kejadahnya lahai lelaki tu gila ke apa? "
"Rasanya. " Jeno mengangkat bahunya.
YOU ARE READING
countdown. pjs
Fanfiction"ᴀᴋᴜ ᴋɪʀᴀ sᴀᴍᴘᴀɪ ᴛɪɢᴀ, ɴʏᴀᴡᴀ ᴋᴀᴜ ᴀᴋᴀɴ ᴛᴀᴍᴀᴛ. " ᴍᴀғɪᴀ ꜱᴇʀɪᴇꜱ (1) ⚠️ ᴛᴡ ⚠️ ; ᴄᴏɴᴛᴀɪɴꜱ ɢ*ɴ ᴀɴᴅ ᴠ!ᴏʟᴇɴᴄᴇ ᴀ ᴘᴀʀᴋ ᴊɪsᴜɴɢ ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ, 2020