Bunyi langkah yang laju berlari kedengaran dari dalam hutan yang sunyi itu. Desahan nafas mereka bertiga yang kepenatan berlari jelas didengar. Fat berhenti di satu kawasan yang penuh dengan pokok-pokok hutan. Hal ini kerana tubuh mereka bertiga sepenuhnya terlindung di sebalik pokok-pokok itu. Khai dan Aireen cuba bernafas normal kembali.
Fat tekan jamnya. Dia nampak nenekla dan general itu. Aireen dan Khai turut melihat dengan senyap .
"Kami tak berjumpa seorang pun dream person di sini tuanku"
Nenekla menggangguk mendengar laporan dari pengawalnya. Dia mengetuk mejanya perlahan.
"Tidak mengapa. Mungkin beta tersalah orang. Boleh bersurai semua!" Nenekla arah. Semua pengawal dan general itu terus beredar .
Fat , Aireen dan Khai menarik nafas lega. Mereka terduduk di akar banir pokok besar yang melindungi mereka. Tiba-tiba Khai melihat Fat .
"Kejap...fat.. jam tu boleh connect dekat apa yg jadi dekat bilik nenekla duduk ke?" Khai tanya. Fat membuka matanya kembali. Dia tersenyum sambil tekan jam itu. Terpapar beberapa skrin di hadapan mereka yang menunjukkan situasi di istana Dark Dream World dan di Flower dan Diamond camp. Mata Khai dan Aireen membesar.
"Jam ni.. master bagi lepas aku , Iz dan Qays terlibat dalam misi jaga korang. Korang nak tahu kenapa kami boleh tengok apa yang jadi dekat istana gelap tu melalui jam ni?" Fat tanya. Aireen dan khai angguk.
"Sebab kami bertiga sendiri yang letakkan recorder dekat tempat-tempat ni." Fat cakap.
"Jadi...korang pernah masuk istana tu?" Aireen tanya.
"Yup.. beberapa kali"
"What?! Korang tak pernah tertangkap?!" Khai terkejut beruk mendengar pengakuan fat. Fat geleng.
"Setakat ni tak pernah sebab kami rancang betul-betul sebelum buat sesuatu misi."
"Okkk sekarang ni aku nak tahu. Dah berapa banyak misi hg buat ni Fat? You seems like you have many experience.." Aireen tongkat dagunya.
"Sejujurnya...."
"Sejujurnya?" Khai tanya. Fat garu kepalanya yang tak gatal.
"Aku pun tak ingat berapa banyak. Sejak aku dapat top 1 aku selalu kena buat misi... Jadi korang rasa berapa lama? Aku dapat level S pun sebab aku lawan satu makhluk hodoh ni ..." Fat cuba mengingati. Aireen ternganga.
"Hg memang la Fat... Hg ni warrior yang sebenar." Khai puji. Fat hanya tersenyum tetapi nampak hambar.
"Why? Hg tak suka jadi warrior?" Aireen tanya sebab nampak reaksi sahabatnya. Fat geleng perlahan.
"Bukan tak suka tapi... Aku rasa hidup aku dekat dunia ni dah penuh dengan misi dan protect orang.. aku nak rehat." Fat cakap perlahan. Aireen dan Khai berpandangan.
"Aku rasa kalau aku ada kuasa dan skill hg berlawan aku seronok dah weyh.. haha mesti orang jahat takut" Khai ketawa. Aireen turut mengiakan.
"Tu sebab korang tak tahu yang aku ni Go-" Kata-katanya terhenti. Mata fat melihat tajam ranting-ranting pokok yang bergerak menuju ke arah mereka.
"Be careful!" Rantai fat bercahaya. Dia terus melompat memotong ranting-ranting yang tiba-tiba menyerang mereka. Lavender sword tak bercahaya tanda tiada magic yang disalurkan.
"Korang! Tolong aku! Tapi jangan guna magic!" Fat cakap. Aireen dan Khai angguk. Situasi tiba- tiba bertukar cemas. Kedua-dua senjata mereka sudah keluar.
Bang! Bang ! Bang!
Bunyi tembakkan yang tepat mengenai pokok-pokok yang berubah semakin ganas. Khai dan Aireen cuba sedaya upaya mengelak dan menembak akar pokok yang menuju ke arah mereka. Pergerakkan
mereka juga berubah lebih perlahan kerana kekurangan tenaga. Fat juga cuba sedaya upaya.Mereka bernasib malang kerana satu akar dari bawah memerangkap mereka bertiga.
YOU ARE READING
DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven Warriors
FantasyPERINGATAN : CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. Sambungan buku HUMAN WORLD : Crush doesn't mean to love. Jika buku 1 mengisahkan kehidupan mereka di dunia manusia dan diperhatikan oleh 3 orang yang misteri. Buku 2 ini akan menceritakan kisah me...