Chapter 52 - War I

82 8 2
                                    


Khemah-khemah perang sudah didirikan. Mereka bertujuh sudah mengenakan amor masing-masing. Nafas panjang ditarik  sebelum mereka keluar dari khemah masing-masing.

"Hurm..aku rasa macam semua ini berlaku dengan terlalu pantas." Mel berkata sebaik sahaja mereka bertujuh berkumpul. Mereka angguk perlahan mempersetujui apa yang dikatakan oleh Mel. Mereka menghela nafas panjang sekali lagi . Aatas beberapa sebab mereka terasa debarannya.

"Tak kira apa yang jadi! Kita kena menang!"  Ezriq tersenyum lebar. Mereka melihat Ezriq.

"Ezriq.."

"Betul tu!" Mikael senyum. Yang lain turut mengangguk. Mereka mulai rasa api semangat yang membakar dalam diri mereka. They have to win. For Dream World sake.. Menang untuk Fat dan Iz.

Dian terdiam dan melihat soldiers, guardians dan puak lain seperti werewolf, mermaid  dan vampire yang berada di situ. Raja-raja puak tersebut turut bersama-sama menyertai perang besar itu. Dian berfikir seketika.. melihat langit yang kebiruan. Berapa banyak nyawa akan terkorban..? Perang yang bakal menentukan segalanya. Bolehkah mereka menang? Atau mereka akan kalah di tangan kejahatan?

Dian memejamkan matanya. Sisik -sisik mermaid yang  berkilauan muncul di tangannya sedikit demi sedikit . Semua yang berada di situ tersentak apabila merasakan kuasa yang kuat dan melihat Dian yang sedang  bercahaya biru laut.

"Dian..?" 

    Khai tidak dapat mempercayai apa yang dilihatnya. Dian seperti menjadi orang lain. Tanda mahkota dan cincin Dian bercahaya terang. Sebaik sahaja Dian membuka matanya, Bulatan magic yang  besar memunculkan diri dan mengumpulkan kesemua dream person yang mengikuti perang itu. Dian tersenyum . 

"Rebirth."

Mereka bercahaya terang. Permaisuri Mary yang bersama-sama membantu mengalihkan healing  potion tersenyum. Dian gunakan juga kuasa itu.. Kuasa istimewa mermaid lost princess memang sampai ke tangan yang betul.

"Kuasa ini hanya dapat membantu jika kamu ditikam pada kali yang pertama. Tetapi pada kali kedua.. Saya minta maaf." Dian terdiam. Raja Alex melihat Dian dengan bangga . Semua di situ bersorak dan berterima kasih kepada Dian.

"Bangsa Mermaid! Kita perlu ke laut sekarang!" Raja Alex memanggil. Dian tunduk dan melihat rakan-rakannya yang lain. Diorang kena berlawan secara berasingan sekarang.

"Aku pergi dulu,korang. Pastikan korang hidup tahu?" Dian mulai rasa sebak.Mereka berenam menganggukkan kepala masing-masing.

"Hg jugak Dian! Pastikan hg tiba di sini bila Nenekla muncul! Kita tewaskan dia bersama-sama." Aiman berkata. Dian angguk sebelum melangkah pergi ke arah portal yang sudah  diwujudkan oleh Raja Mermaid.

"So.. Kita pun kena bersiap sedia sekarang , bukan?" Aiman sengih. Yang lain angguk. Raja Dream, Putera Adam turut menyertai perang itu. Puteri Anne dan Putera Louise tidak dibenarkan menyertai demi keselamatan mereka. Nenekla mungkin akan menyasarkan mereka apabila mengetahui rancangannya untuk membunuh mereka tidak kesampaian.

Bunyi letupan dari jauh sudah dapat didengar . Beribu-ribu Shadow Warriors sudah tiba.  Mereka melihat pula ke atas, ada juga Shadow Warriors yang berada dalam bentuk yang pelik. Ada yang mempunyai sayap seperti sebelum ini dan ada juga yang bertanduk.

 Ada yang mempunyai sayap seperti sebelum ini dan ada juga yang bertanduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven WarriorsWhere stories live. Discover now