Extra Chapter : The real One

66 7 6
                                    


Beberapa bulan sudah berlalu, tak banyak yang berubah. 7 pewaris itu hanya sibuk belajar bagi peperiksaan penting yang bakal datang dalam setahun lebih sahaja lagi.

"Murid-murid, Selepas cuti tengah tahun selama 3 minggu ini, kamu buat kerja rumah yang cikgu beri ya. Selamat bercuti ." Guru kelas mereka memesan.

"Baik cikgu!"

Kringgg!! Loceng balik sudah berbunyi. Mereka berdiri.

"Terima kasih cikgu!"

"Sama-sama. Hati - hati pulang ye. Oh! Mikael, Aiman, Ezriq, Melissa, Dian, Khairina dan Aireen sila ke bilik pengetua ye. Ada hal mustahak katanya." Guru bahasa Inggeris itu tersenyum manis. Mereka bertujuh tersentak.

"Er..baik cg" Mel berkata. Guru tersebut mengangguk dan keluar dari kelas itu. Rakan sekelas mereka yang lain sudah berpusu-pusu pulang ke rumah masing-masing.Hanya mereka bertujuh sahaja yang tinggal di situ.

"Kenapa pengetua panggil kita pulak ni weyh?" Aireen mengeluh. Nanti ayah dia terpaksa menunggu dia pula. Barang-barangnya yang berada dibawah meja disusun rapi sebelum dibawa masuk ke dalam begnya. Begnya dizip.

"Hentah lah Aireen. Kita ada buat jenayah ke?" Mel pula mengomel. Khai terhenti. Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke atas kepalanya dan dia terduduk pasrah.

"Alamak... takkan dia nampak aku makan Super Ring dekat sebelah kereta dia kut minggu lepas.." Khai pasrah. Dia bukan sengaja. Dia lapar sangat waktu tu.

"What the.... tu bukan salah la Khai. Itu tak sabar nak makan namanya" Mikael ketawa. Yang lain turut tertawa.

"Jom je lah! Lambat-lambat nanti kena soal pulak."
Mereka mulai bergerak ke bilik itu. Kasut mereka dibuka dan pintu itu diketuk perlahan.

"Assalamualaikum cg." Aiman mewakili mereka.

"Waalaikumsalam. Ye masuk" Mereka masuk apabila mendapat kebenaran. Mereka melihat tubuh pengetua sekolah itu yang membelakangkan mereka.

"Cikgu? Kenapa cg panggil kami ni?" Sunyi. Tiada reaksi. Mikael melihat dengan lebih dekat. Pengetua macam pengsan?! Mikael memeriksa nadi lelaki itu. Dia menarik nafas lega. Masih berdenyut.

"Pengetua pengsan wey." Mikael melapor. Mereka terus melihat. Semuanya tak terkata. Kenapa ni?

"Hai 7 heirs. Still remember me?" Suara itu! Mereka berpaling.

"Abang!"

"Qays?!"

"hehe hai!" Qays sengih sambil bersandar pada dinding di situ.

"hai!"

"Kenapa abang ada dekat sini?" Ezriq bertanya. Qays sengih.

"Hehe.. Firstly. Abang terpaksa gunakan pengetua korang.."

"Apalah abang.." Aiman buat muka. Walaupun tak berjumpa beberapa bulan, mereka masih rapat seperti biasa.

"Dia tak mati kan?" Dian melihat Qays dengan wajah seram. Qays telan air liurnya. Dia laju menidakkan.

"Eh.. tak.. aku tak sekejam tu okayh!" Qays mempertahankan dirinya.

"Okay.. so apa tujuan hg datang sini?" Aireen tanya. Qays mengeluh. Dia tunjukkan situasi di hutan Dream World. Pokok-pokok tumbang.Darah ada di mana-mana sahaja. Mereka bertujuh terkejut.

"Apa dah jadi ni!?"

"Macam yang korang tengok ni.. Sebenarnya Dream World tengah berada dalam situasi yang bahaya sekarang ni.. Minator datang menyerang. Entah dari mana datang tak tahu lah. Bukan seekor dua tapi beratus-ratus. Dah banyak yang tercedera lagi-lagi pemburu yang memburu di hutan tu. Korang cuti kan? Boleh tolong?" Qays berharap. Dia tak mampu uruskan semua tu sorang-sorang. Mereka bertujuh berfikir seketika. Sebelum mengangguk.

DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven WarriorsWhere stories live. Discover now