Chapter 4

162 9 0
                                    

Muncul tanah terbang sambut aiman yang semakin menghampiri batu2 tajam di bawah. Mikael dan Ezriq tarik nafas lega. Aiman tiba di atas balik dengan bantuan tanah tu.muka dia pucat sebab terkejut dan trauma. Iz muncul.

"Kan abang dah cakap! Berdiri elok2 ! Nasib abang ada dekat sini! Kalau x macam mana??!" Muka Iz merah sebab marah. Dia risau yang teramat sebab dia diberi amanah untuk jaga diorang. Kalau jadi apa2 apa dia nak jawab nanti??

Aiman menunduk rasa bersalah sebab dia.. Mikael dengan Ezriq pun kena marah.

"Kalau training ni pon x boleh lepas macam mana nak kawal kuasa. Tolonglah. Korang ni harapan Dunia ni tau x. Cuba lah serius sikit" Iz sedikit kesal

"Dah korang tunggu sini lagi 2 jam. Kita x akan balik selagi korang x lepas train ni" Iz hilang. Aiman kembali ke posisi dia.

"Weyh korang. Aku mintak maaf. Sebab aku korang pun kena marah." Aiman rasa kesal dengan apa yang dia buat.

"X apa. Semua orang buat silap kan" Ezriq maafkan sambil beri kata pendorong. Mikael turut angguk.

"Aku rasa Abang Iz risau . Lgipun mesti penat jaga kita. Kita kena ubah perangai kita ni." MIkael teringat kata Iz tadi. 2 orang lagi angguk mengiakan. Iz yang lihat dari jauh tersenyum. Harap korang betul2 berubah. Ini untuk korang jugak kan.

Setelah 2 jam. Iz datang dan senyum ambil diorang. Hari dah menginjak petang. Iz kembali jadi Iz yang diorang kenal. Diorang bergelak tawa.

Girls situation when its night

Lepas sampai tempat Camp ,semua lega.

"Kalau korang nak tahu.Hutan tu dipanggil ' Voice Forest' . Hutan tu penuh dengan suara2 memanggil untuk bergerak.Kalau seseorang tu jalan @ lari dalam hutan tu. Suara2 tu akan kacau lagi sampai korang sampai dekat satu tempat yang memang korang x akan jumpak jalan keluar. Tapi setahu akak yang tempat tu x ada orang sampai lagi." Kak risa terang. Semua ternganga.

"Patutla.. suara2 tu.." Khai teringat. Kak Risa angguk.

"tapi korang lepas kan. Sebab tu akak puji sebab hutan tu memang susah nak tepis suara2 tu" Kak risa senyum.

Selepas itu, fat mintak diri sebab nak mandi dan solat memandangkan maghrib dah masuk. Lepas Fat mandi yang lain2 ambik giliran memandangkan bilik air ada satu. Pelik kan?? hostel punya besar last2 bilik air satu ja XD. Mel keluar dan menghala ke dapur.Dia cadang nak masak malam tu. Dia mula potong sayur2 .Dian yang dengar bunyi dari dapur datang tolong Mel. Siap Tomyam campur dan ikan 3 rasa . Selepas siap hidang Dian perasan sesuatu.

"Mell! Nasi x masak!" Dian gelak. Mel turut perasan. Aireen datang dan tolong basuh beras untuk masak nasi.

"Kak risa! Fat! Khai! Meh makan!" Selepas nasi masak, Aireen jerit panggil. Khai datang.

"Kejap. Akak baru nak mandi." Kak risa melaung dari bilik dia.

"Fat???! " Mel panggil. Tak ada orang menyahut. Diorang mula diserang rasa gelisah. Masing2 panggil fat tapi masih x menyahut.Kelibat dia pun x nampak. Rumah tu kecoh sebab kehilangan fat.Kak Risa datang sebab dengar bising2.

"Akak! Fat hilang!!!!!!" Dian rasa takut dan bimbang.

"Haa??" Kak Risa confuse.

"Macam mana ni kak. Tempat ni dah la tempat asing. Kalau Fat kena culik macam mana??" Khai rasa cemas.

"Ouhh fat?" Kak Risa tanya.Semua angguk dan pelik kenapa Kak Risa macam tenang ja.

"Dia minta izin dengan akak tadi nak jalan2 kat luar.Dia cakap dia nak tengok tempat ni ada apa." Kak Risa beritahu. Semua tarik nafas lega.

"Dia x sesat kan?" Aireen tanya. Kak Risa senyum mengiakan. Semua duduk dekat meja makan. Tiba2 pintu utama dibuka. Fat muncul dengan muka happy.

"Weyh korang. Air terjun lawa siott!!" Fat happy. Semua tengok fat x puas hati kecuali kak risa yang mula makan.

"Apa?" Fat keliru. Mel bangun tampar bahu fat. Fat mengaduh.

"Lain kali nak pi mana2 bagitaulah kami. Risau tau x. Tempat ni bukan bumi." Mel bagi nasihat. Yg lain turut setuju. Fat sengih.

"Yelah2"

"Wahhh ada tomyam! Sapa masak??" Fat tanya teruja. Mel tunjuk diri dia sendiri.

"Wahaha mekasih. Cam tahu2 ja aku suka benda nih" Fat happy sambil duduk. Semua makan sambil sembang sikit2.

"Hmm tidur awal. Esok korang ada training kedua, ' power '. " Kak risa cakap lepas semua selesai makan.

"Lajunya.. susah x akak? Takutla" Khai suarakan kebimbangan dia.

"Ala x payah risaulah. Kuasa hampa jugak" Kak Risa cakap sambil jalan masuk bilik.

Boys situation

Aiman, Ezriq dan Mikael tiba di kem. Semua lari2 masuk hostel sebab nak mandi dan solat. Ezriq imamkan solat waktu itu. Dalam bersenang lenang dekat ruang rehat , perut Mikael berkeroncong. Dia bergerak ke peti sejuk. Kosong.

"Abang Iz! Makanan tak ada ka?" Dia tanya. Iz datang.

"Haah la. Abang lupa stok dah habis.." Iz masuk bilik dia sekejap. Beberapa minit dia dan siap berbaju kemeja biru gelap seolah2 dia nak keluar. Dia pakai satu jam sambil bergerak ke tempat 3 orang remaja tu berkumpul.

"Haa. Hampa duk rumah tau. Abang pergi keluar sekejap nak beli makanan. Dengar cakap abang nih. Jangan pergi mana2. Hilang nanti susah abang nak cari." Iz bagi pesanan tegas sebelum keluar.Semua hanya angguk.

"Weyh kita main game dululah." Ezriq tunjuk mainan yang ada di situ.

"Wahh x sangka dunia ni ada game macam bumi kan?" Aiman mula main permainan video yang ada dekat situ. Walaupun lebih berunsurkan magic.

2 jam berlalu. Mikael mula bosan tunggu. Aiman dan Ezriq masih seronok main game.

"Weyh korang x pelik? " Mikael tiba2 bersuara. Aiman dan Ezriq terhenti. Diorang tutup permainan tadi dan duduk di sofa di mana Mikael duduk.

"Aku pelik jugak sebenarnya. Hg dapat surat ni dah lama kan Mikael? Surat hg mak hg yang bagi kan?" Ezriq tanya. Mikael angguk.

"Tapi hg x pelik ka mana mak hg dapat? Mak hg ada kaitan dengan apa yang jadi dekat kita ni ka?" Aiman tanya. Mikael terpinga2 rasakan benda tu ada logiknya. Mak dia berasal dunia ni ka?? Tapi dia rasa sesuatu yang pelik dengan mak dia waktu tu.

" Tapi.. Mak aku waktu tu macam pelik.. Sebab x salah aku mak aku x pernah sekeh kepala aku. Tapi tetiba mak aku sekeh kepala aku" Mikael terang benda yang dia rasa pelik bila dia teringatkan kes yang dah hampir setahun berlalu.

Tok! Tok! Tok!

"Bukak pintu ni! Abang dah balik" Suara Iz bergema. Ezriq Lari ke pintu dan buka. Topik tadi hilang bergitu sahaja. Iz masuk dengan tangan penuh beg kertas dan beg plastik dengan makanan. Iz letak 4 bungkus makanan atas meja dan selebihnya dia letak dekat peti ais. Yang lain dah berkumpul di meja makan. Iz join selepas selesai letak semua barang makanan.

"Lama abang keluar? Pergi lepas maghrib sampai dah nak isyak" aiman sekadar tanya . Iz yang mula makan terangkat kening dia.

"Memangla lama. Ingat pekan dekat dengan tempat ni??" Iz macam kurang selesa dan seolah2 nak mengelak.

"Ouhh..manalah kita orang tahu tempat ni macam mana . Kotlah abang pergi date ahahaha" Ezriq mengusik. Mikael turut tersengih. Dia turut rasa sebegitu sebab pakaian Iz seolah2 macam pergi date XD

"Mengarutlah hampa ni! Abang mana ada date! " Iz mengelak.

"Hurmm.. elak tu tah2 betul" Aiman gelak.

"Ehh dah2 . lepasni solat lepastu tidur. Esok korang akan mula guna kuasa korang" Iz cakap dan masuk bilik dia.

"Haaaa???" Semua telan air liur.

Hahaha , hi semua.. ... enjoy!!! Gambar kat atas tu gambar air terjun tu..

DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven WarriorsWhere stories live. Discover now