Mereka semua mengikut langkah pegawal-pengawal di hadapan. Mereka menaiki tangga dan dibawa ke bilik masing-masing. Mereka terpegun kerana bilik yang mereka dapat luas. Pembetulan terlampau luas!
"Be...betul ke ni bilik tetamu? Luasnya" Mereka terpegun.
"Ya. Semua bilik tetamu di istana ini memang seluas ini. Berehatlah" Pengawal itu berkata sebelum keluar dari kedua-dua bilik yang bakal digunakan oleh mereka. Masing-masing masuk dan terus berbaring di atas katil.
"Weyh seronoknya life macam ni..." Ezriq ketawa. Mikael di katil sebelah turut angguk sambil ketawa gembira. Iz hanya duduk di atas katilnya sambil menggelengkan kepala.
"Ingat ya.. kita datang ke sini bukan sebab nak berseronok. Korang tengah misi." Iz ingatkan.
"Iyelah.. Abg ni.. baru nak happy sementara" Mikael mengeluh.
"Apalah yang bakal kami tempuhi huh?"
"Abg hanya boleh cakap. 100% untuk korang survive ialah sentiasa yakin.. Jangan cepat mengalah. Remember, hardwork never betray you." Iz nasihat. Mikael dan Ezriq hanya mengangguk perlahan.
"Kami memang kena lalui ke semua ini abg?" Ezriq tanya. Segaris senyuman dihadiahkan oleh Iz.
"Ya.. tak ada sesiapa dapat ubahnya.. Get ready , banyak lagi benda menanti korang esok" Iz pesan. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Qays tersengih.
"Nak jalan-jalan?" Dia tanya. Mikael dan Ezriq terus bangun.
"Ishh³ putera mermaid inilah.. cuba duduk elok-elok ja dekat sini" Iz mengeliat malas.
"Wait.. what? Sejak bila Abg ni mermaid?" Mikael confuse. Qays ketawa.
"Ooo sekarang dah tahukan? Tak payah abg terangkan dah haha. Jom. Iz! Cepat! Nanti malam tak seronok dah." Qays tarik Iz. Iz melangkah longlai mengikuti langkah sahabatnya yang nampak terlebih seronok.Mereka berjalan sehingga sampai betul-betul di jeti belakang istana.
"Wei Qays hg nak buat apa ni?" Iz rasa tak sedap hati. Qays terus terjun ke dalam air . Nampak cahaya di bawah air dan ekornya terus muncul.
"Terjunlah! Nampak pulau tu? Aku nak tunjuk something" Qays tunjukkan pulau yang tak jauh dari situ.
"Ni sekor lagi. Portal ada" Iz geleng kepala tapi terjun jugak. Mikael dan Ezriq yang tiada pilihan turut terpaksa terjun. Buih oksigen terus diberikan.
"Yeah. Jom!" Qays terus berenang laju.
Sesampainya di sana.. Qays naik dahulu sebelum membantu Iz, Mikael dan Ezriq naik ke darat.
"Apa yang ada dekat sini ni?" Mikael tanya.Qays tunjuk ikut dia. Mereka ikut lagi sehingga tiba di satu gua. Sebaik sahaja kaki mereka melangkah setapak di dalam gua itu.. Mereka terus muncul di satu tempat. Yang dipenuhi hidupan laut.Di hadapan mereka ada penjara besar. Tetapi isi di dalamnya gelap. Qays tersenyum.
"Weyh.Hg jangan buat benda pelik-pelik dekat sini Qays." Iz takut. Dia tak tahu apa-apa yang ada dalam dunia laut ini. Qays perdulikan dan mengetuk perlahan tempat kunci yang boleh dikatakan gergasi. Muncul macam tali panjang? Keluar menyapa Qays. Iz tergamam.Dia mendekati sangkar itu. Matanya meliar memerhati sekeliling. Tali itu seolah-olah menunjukkan satu arah di atas.
"Wey Qays apa tu? " Iz menunjukkan benda yang berkelipan. Qays mengecilkan matanya. Dia melompat ke atas dan terus mencapai benda itu. Cangkerang. Dia memusingnya ke belakang.
"GNIKAESYEK" Qays sebut. Lagi tiga orang itu dah berkerut dahi mereka.
"bahasa apa ni?" Qays pelik. Iz, Mikael dan ezriq melihat ke hadapan.
YOU ARE READING
DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven Warriors
FantasyPERINGATAN : CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. Sambungan buku HUMAN WORLD : Crush doesn't mean to love. Jika buku 1 mengisahkan kehidupan mereka di dunia manusia dan diperhatikan oleh 3 orang yang misteri. Buku 2 ini akan menceritakan kisah me...