Chapter 48

60 7 1
                                    

Fat pulang ke biliknya dengan perasaan yang bercampur-baur. Di pertengahan jalan, dia bertemu dengan Rykal.

"Weyh Al. Hg pergi mana?Kawan-kawan hg semua cari hg. Lama pulak tu hilang. Lagi setengah jam latihan terakhir akan berjalan" Rykal menegur fait. Fat hanya tersengih.

"Sorry lah aku ada hal tadi hehe sambil-sambil tu aku jalan-jalan."

"Ok la. Jom ke sana. Dah kena berkumpul dah. Hg boleh la tolong-tolong diorang nanti" Rykal ajak. Fat mengangguk. Mereka jalan tanpa berbual lagi. Apabila mereka makin hampir dengan tempat latihan di Academy itu,langkah Fat terhenti.  Rykal melihat ke arah Fat.

"Kenapa?"

"Rykal. I'm just want to say.If something happens tomorrow, I hope you'll accept it. " Fat sebut perlahan. Dahi Rykal berkerut.

"Huh?Maksud? Esok perlawanan je kan? Academy kita kalah ke besok?"

"You'll know tomorrow." Fat sebut lagi. Dia juga tak tahu apa yang akan terjadi besok harinya.. Dia hanya harap tak ada yang buruk terjadi kepada Iz dan Rykal. Fat terus masuk ke tempat latihan itu.Rykal hanya menjongketkan bahunya dan mengikut langkah Fat.

Hari esoknya tiba.. Fat hanya mengenakan pakaian biasa. Hoodie ungu dan topi hitam. Tudung bawal hitam dikenakan ke kepalanya . Dia hanya penonton bukan? Dia memerhatikan rakan-rakannya yang bersiap dengan mengenakan seragam academy apabila berlawan dengan Academy lain.

"Ok tak ni Fat?" Mel bertanya pendapat . Fat angkat topinya sedikit. Dia mengangguk sambil tersenyum manis. Yang lain nampak agak gelabah dan takut.

"Hehe lawaklah tengok muka korang. Teringat aku waktu aku mula-mula sertai pertandingan ni" Fat ketawa besar.

Piakkkkkkk!

Dian tampar bahu Fat. Fat mengaduh sakit. Khai,AIreen dan Mel ketawa .

"Itulah hg.. kacau lagi. Kan dah mendapat" Aireen gelak. Fat muncungkan mulutnya.

"Yelah-yelah aku salah. Tapi korang, Jangan nervous sangat. Nanti dari nak lawan jadi benda lain." Fat buat muka serius.

"Jadi apa?"

"Nanti jadi nervous sebab ada orang hantar rombongan meminang kat rumah hampa ! Hahahaahh"

Fat ketawa lebih kuat . Mereka berempat berpandangan. Mel angguk sambil jongketkan keningnya. Khai, Aireen dan Dian angguk. Mereka berada di hadapan Fat. Tangan masing - masing digenggam penumbuk.









"Hmphhh! Hmmpp hmpmmm" Fat tak boleh bercakap. Mulutnya ditutup dengan pita pelekat. Tangan dan kakinya diikat. Fat buat muka tak puas hati. Mereka berempat berhigh five.

"Kan dah kena. Weyh cepat siap" Mereka siapkan diri . Tiba-tiba mereka terdengar bunyi benda jatuh. Mereka berpaling.

"Aduhh sakit belakang aku!" Fat mengaduh. Tadi, dia baring dan bergolek-golek atas katil itu disebabkan tak boleh bergerak. Duk tengah golek-golek terjatuh katil. Badannya terhentak lantai yang keras . Pita pelekat di mulutnya terbuka. Mereka berempat ketawa sebelum Dian hulurkan tangan membantu Fat untuk bangun. Ikatan dibuka.

"Masalah betul makhluk sekor ni" Khai gelengkan kepalanya. Fat hanya ketawa.

"Sapa suruh ikat aku hah?"

Ketawa bersambung - sambung dalam bilik itu.

"Dah jomlah keluar.Korang giliran yang kedua pulak tu" Fat ajak.Mereka angguk. Rasa berdebar dalam hati mereka sudah hilang sedikit. Fat menghantar mereka ke tempat menunggu peserta.

"Goodluck korang!" Fat pesan kepada semua pelajar Dream Academy yang menyertai.

"Thank you!"

Fat senyum dan melangkah ke tempat penonton.Dia memilih tempat yang paling atas kerana tak mahu mendengar sorakkan pelajar yang lain yang sememangnya membingitkan telinganya. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, Dia mulai rasa mengantuk.

DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven WarriorsWhere stories live. Discover now