Tubuh Nenekla sahaja yang masih bernyawa di situ. Semua tenteranya, orang suruhannya malahan General perangnya turut menemui ajal mereka. Nenekla mendepakan sebelah tangannya. Tongkat saktinya muncul. Badannya sudah tinggal separuh magic hitam kerana dia salurkan banyak magicnya kepada bulatan magic besar di belakangnya. Bulatan magic yang bakal menghidupkan abangnya dan monster yang bertaraf S.Nenekla
"Come here kids! Bunuh aku." Nenekla berkata sinis. Dia yakin.. Selepas ketujuh-tujuh pewaris itu kehabisan sumber kuasa mereka, bulatan magic itu akan aktif dan rancangannya akan berjaya. Dia akan jadi immortal. Tiada sesiapa akan dapat membunuhnya apabila tiba masa itu.
DAN DIA DAPAT MENCAPAI CITA-CITANYA IAITU MENGAWAL SELURUH DREAM WORLD!
Ketujuh-tujuh remaja itu teragak-agak. Rykal mengerling ke arah mereka bertujuh. Dia menggunakan telepatinya.
' Jangan takut. Nenekla sebenarnya telah hilang separuh dari kuasanya. Korang dapat bunuh dia.'
Mereka bertujuh melihat Rykal dengan serentak apabila menerima telepati itu. Rykal dilihat tersenyum nipis."Look at me." Rykal berkata sebelum hilang menjadi bayang. Dengan pantas dia berada di hadapan Nenekla. Wanita itu terkejut. Rykal tersenyum sinis sebelum melibas pedangnya. Bahu Nenekla cedera parah. Darah hitam mengalir keluar tanpa henti. Rykal muncul balik di tempat mereka bertujuh. Pantas!
"HOW??!" Nenekla kepedihan. Lukanya tak mahu pulih.
"Itu kelebihan. Kelebihan seseorang yang berdarah pure dark royal blood. DAN kau tak ada tu Nenekla. Trash." Rykal selamba mengutuk. Nenekla berang. Baginya Rykal amat menyakitkan hati . Tongkat saktinya bercahaya cerah. Bulatan magic terbentuk di permukaan tongkat itu.
"Aku sumpah kau menjadi seekor cicak kobeng di sepanjang hidup kau!" Mata Nenekla berubah hijau yang amat gelap. Cahaya kecil hitam itu menuju ke arah Rykal. Rykal yang tak tahu apa-apa tidak menyedari hal itu. Tetapi seseorang mengetahui terdapat benda gelap yang menghampiri Rykal.
"Bright Light!" Kuasa cahaya kecil ditembak dari tangan empunya yang mengarah. Bola tersebut membentuk pelindung putih yang jernih di hadapan Rykal. Sumpahan tadi lenyap sebaik sahaja menyentuh kuasa tersebut. Rykal tersentak. Dia terus melihat Mel. Tubuh Mel bercahaya terang.
"Mel?"
"Apa? Kira ok aku selamatkan hg dari disumpah jadi cicak kobeng tau. "
"Oh... Kejap. Bila masa?!" Rykal pelik. Dia lihat pemerintah itu. Betul kata-kata Mel tadi. Nenekla nampak berang apabila serangannya dikesan.
"Light in Jewel" Crystal di Gua di mana Diel, Moon dan Crystal berada bercahaya terang. Mereka bertiga tersenyum. Tubuh mereka bertiga bercahaya. Tanda kuasa di dalam mereka berkomunikasi dengan Mel yang berada di medan perang. Mata Mel sudah bertukar sejernih Crystal dan mempunyai pantulan bulan di dalamnya. Bulan yang berada di tengah-tengah langit bercahaya lebih terang lagi. Nenekla mendengus kasar.
YOU ARE READING
DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven Warriors
FantasyPERINGATAN : CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA. Sambungan buku HUMAN WORLD : Crush doesn't mean to love. Jika buku 1 mengisahkan kehidupan mereka di dunia manusia dan diperhatikan oleh 3 orang yang misteri. Buku 2 ini akan menceritakan kisah me...