Chapter 47

80 7 0
                                    

Rakyat yang berkumpul di situ semuanya berbisik-bisik sesama sendiri. Kebanyakkannya bercerita tentang Fat yang nampak dingin dengan Drag.

"Puteri Al mesti bunuh punyalah spirit tu.. Aku berani jamin. Dia ada kuasa poison tu."

"Yaya kau ni.. jangan cakap macam tu"

"DragWhale tu rupanya penyebab pembunuhan Lyn.. Patutlah puteri Al marah sangat"

"Itulah.. aku tak percaya Puteri Al yang kecil bunuh Lyn saja-saja dulu"

"Sudah.. sudah! Semua rakyat. Boleh pulang ke rumah masing-masing. Yang penting permusuhan kita sudah berakhir. Boleh bersurai semua. Sila pulang ke rumah masing-masing" Raja Alexander mengarah.

"Baik Tuanku!"

Semua rakyat berpusu-pusu pulang ke rumah masing-masing. Bonda Fat mengeluh.

"inilah sebab beta dan Ayahnda Al tak khabarkan perkara ini kepadanya.. hurmm"

"Sabarlah Mira.. Mary yakin Al akan selesaikan cara elok. She matured now. Dia takkan buat keputusan terburu-buru" Permaisuri Mary memujuk Bonda Fat .

Drag membawa Fat ke satu dimensi lain. Fat smirk.

"Spirit Dimension huh? "

"Ye lah. Dari kau bunuh aku depan semua rakyat kau sendiri, Gold blood" Drag memerli. Fat tersentak.

"Kau tahu.."

"Ya..memang aku tahu. Setiap 7 spirits semuanya tahu tentang kau dan Iz.. Heir-heir itu pun."

"Aku tak ada niat pun nak bunuh atau cederakan spirit yang dah mati macam kau, Drag. Aku hanya perlukan penjelasan. Aku mintak maaf dengan kekasaran aku tadi." Fat tunduk. Drag tersenyum.

"Aku tahu kau bukan orang macam tu.. Apa yang kau nak tahu?" Drag tanya. Fat mangangkat mukanya.

"Kenapa? Kenapa kau buat aku hilang kawalan dahulu?! Dan kenapa jadikan Lyn mangsa?" Fat tengok tepat ke mata Drag. Drag angguk.

"Baiklah... Aku akan cerita semuanya dari mula"

Tahun yang lalu.. Drag menyerang istana Nenekla . Dia dengan sekutunya. Beberapa spirit seperti Diel, Star dan Bell turut bersamanya.

"Keluar kau Nenekla! Berhadapan dengan aku!" Drag berkata lantang. Dia tak sanggup lagi melihat shadow warrior dihantar ke Dream World bagi bertujuan menyerang penduduk tempatan.

Nenekla keluar. Tetapi dia tersenyum sinis. Tongkat saktinya dikeluarkan. Drag dan mereka lain yang turut bersamanya melancarkan serangan serentak. Namun, semua serangan itu kembali kepada mereka. Ada dinding yang berada di sekeliling Nenekla.

"Tak guna! Dark magic.. Korang.." Drag berpaling ke belakang. Dia terkejut. Diel,Star dan Bell terkena serangan mereka kembali. Kuncu-kuncunya turut tertolak jauh.

"Korang OK?!" Drag mahu ke arah mereka namun jeritan Bell membuatkan dia melihat Nenekla kembali.

"Drag! Elak!"

"I CURSED YOU! YOU WILL HAVE TWO SIDE! WHITE WHALE AND DARK WHALE! THIS CURSED WILL NOT BE OPENED TILL YOUR NEXT HEIR INHERIT YOUR POWER"

Petir putih menyambar tubuh Drag tepat. Selepas badan Drag jatuh ke tanah,Bell yang masih mempunyai tenaga segera menggunakan kuasanya untuk teleport semua yang berada di situ ke tempatnya, King of Trees.

Sebaik sahaja dia bangun dari tidurnya.. Dirinya dirantai. Drag bertindak agresif untuk melepaskan dirinya.

"Apa yang korang buat nih?!" Drag marah. Queen of time yang berada di situ melihat Drag.

DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven WarriorsWhere stories live. Discover now