Chapter 2

183 11 0
                                    


Girls situation

Seorang demi seorang bangun. Diorang tiba2 ada dekat sebuah bilik yg luas dan memuatkan 5 katil single. Tepi katil diorang ada almari setiap seorang.

"Kita kat mana pula ni weyh?" Dian tanya.

"Hg tanya aku ni.. aku tau ka?" Fat perli. Dian sengih. Mel geleng kepala.

"Semua dah sedarkan? Jom kita tengok dekat luar?" Mel cadang. Semua angguk dan keluar dari bilik tu. Dalam duk mencari pintu keluar kami tahu kedudukan rumah tu macam mana.Dapur, Ruang tamu, tandas dan ada satu bilik lagi yg pintu dia warna kebiruan.

"Besar jugak hostel ni" Aireen suarakan pendapat dia

"Itu lah. X pelik kita tetiba pengsan? Tah2 ada orang nak buat jahat dekat kita??" Khai berfikiran negatif bila teringat macam mana diorang pengsan.

"Janganla fikir macam tu. Mungkin ada sebab" Fat bersangka baik.

"Mungkin betul cakap Fat" Dian setuju. Khai masih ragu-ragu.

Akhirnya kami jumpa pintu keluar. Sebaik sahaja pintu ditolak, permandangan senja menghiasi persekitaran tempat tu.

"Dah senja rupanya.. nasib kita dah solat kan" Mel senyum. Fat turut senyum. Kami melangkah lagi dan nampak seorang gadis bertudung yg agak tinggi  melihat kami dan memanggil kami dengan tangannya.

"Nak pergi ka Fat?" Mel tanya sebab dia agak takut dengan orang yg dia x kenal. Fat angguk.

Kami semua beranikan diri dan jalan perlahan2. Gadis tu duduk di meja di hadapan kolam kecil yg dipenuhi bunga teratai. Bunga2 semuanya macam dah nak tertutup.Sebelah kawasan tu ada kolam renang yg besar. Kami berdiri di sebelah meja tu.

"Assalamualaikum.. Nama akak Arisa Mikayla . Boleh panggil Kak Risa." Gadis tu senyum .Nampak baik dan friendly.

"Waalaikumsalam. Kami--" Kami jawab tapi x sempat nak perkenalkan diri Kak Risa dah potong.

"Fatinie Alyana,Melissa Insyirah,Dhia Aireena , Farhana Ardiana dengan Amanda Khairina ,right?"

"Macam mana akak tahu?" Khai tanya terkejut.Dia tersenyum.

"Hehe akak kan orang yang akan jaga korang buat masa sekarang. Hmm nak panggil apa ni?" Kak risa tanya mesra.

"Boleh panggil mel, Fat, Aireen,Dian dengan Khai" Mel jawab. Kak risa gelak.

"Fat? Khai? Hampa ni nama elok2 pi tukaq adoii" Kak Risa tutup mulut. Tetapi dia tetap menghamburkan ketawa.

"Tahnya kak, Khai ni la.." Fat jeling . Khai turut buat muka x puas hati dekat Fat. Kami geleng. Diorang dua jugak yg bagi nickname masing XD.

"Ok2 dah.Duduk sini dan keluarkan surat yg korang dapat sebelum sampai sini." Kak risa mula serius. Diorang duduk dekat kerusi yg ada dekat meja bulat tu dan keluarkan surat masing2.

"Ok .macam ni, Korang memang Flower Heir yg sebenar. Tugas korang ni untuk tewaskan Nenekla yg juga pemerintah Dark dream World. Akak pula kena latih korang ni untuk keluarkan kuasa korang." Kak Risa terangkan.

"Nenekla? Hahaha asal nama macam tu akak?"Khai yg x dapat tahan ketawa dia gelak besar. Kak Risa dan yg lain turut ketawa kecil. Diorang mula rasa selesa dengan Kak Risa memandangkan dia jenis yang baik dan senang bergaul dengan diorang semua.

"Akak pun x tahu" Kak risa gelak.

"Kenapa kami? Orang dekat sini x ada kuasa ka?" Mel tanya

"Orang sini ada kuasa tapi x semua. Yg terpilih ja yg ada. Nenekla tu kuat. Kami x berupaya nak tewaskan dia. Dalam sejarah,Pewaris Flower dan Diamond Heir ja yg dapat tewaskan dia" Kak risa terang.

DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven WarriorsWhere stories live. Discover now