Chapter 46- Mission Accomplished

80 7 2
                                    

"Jadi..Fat.Sekarang kita nak ke mana?" Khai tanya Fat. Fat bawa mereka ke padang rumput yang nampak macam tiada penghujung.

"Haah betul tu.. kita nak pergi mana ni?" Aireen turut menanyakan soalan yang sama. Fat berhenti. Dia membelok ke tepi. Di tepi itu ada sebuah pintu yang pelik. Tiada dinding tetapi hanya pintu.

"Hurmmm untuk ke tempat Khai? Pintu ini pintu yang menyambungkan Fairy Forest dengan tempat Khai, Sparkling Lily Field. Tempat itu jauh....sangat jauh dari Dream World.. Tempat yang kita ada sekarang ni tempat yang orang lain tak tahu." Fat tersenyum.

Dia menolak pintu itu. Aireen dan Khai masuk ke dalam. Fat masuk selepas itu. Pintu itu tertutup rapat.

Terpapar di iris mata mereka tempat yang cantik. Penuh lily ungu yang bercahaya. Ada juga sungai yang mengalir tenang. Khai dan Aireen tergamam. Tak menyangka tempat secantik itu wujud di dunia ini.

 Tak menyangka tempat secantik itu wujud di dunia ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                 Sparkling Lily Field

"Ini...ini.. Fairytale ke?" Khai tanya. Fat tersenyum. Aireen menyentuh perlahan bunga lily bercahaya yang terdapat banyak di situ.

"Memangla fairytale.. Hg lupa ke yang ini dunia magic?" Fat ketawa kecil. Khai turut ketawa. Kelip-kelip kecil keluar dan ada yang terbang ke arah Khai yang menikmati keindahan padang bunga itu.

"Wait..hg cakap tempat ni orang tak tau. Tapi macam mana hg tahu?" Aireen tanya musykil. Fat ketawa janggal.

"Aku tahu nama ja dan cara ke sini tapi tak pernah ke sini. Lagipun aku juga kali pertama datang ke sini hehe"

"Dari mana hg tahu tempat-tempat semua ni?" Aireen bersoal siasat lagi.

  Khai masih bergembira dengan kelip-kelip yang terbang mengelilinginya. Muka Fat berubah sedikit.

"Penjaga aku waktu aku kecil dahulu yang beritahu.."

"Ahhh.. ok" Aireen angguk. Fat alihkan pandangannya  ke arah lain . Emosinya mulai terganggu bila mengingatkan Lyn.

"Hurmm kan bagus kalau aku dapat tunjukkan tempat ni dekat Lyn." Fat mengeluh perlahan. Semua ni sebab dia. Kalau dia tak hilang kawalan dulu.. mesti..

"Fat?" Panggilan Khai menyedarkan dia. Fat tengok Khai.

"Apa kita kena buat di sini?"

"Manalah aku tau.. Ini kan misi hg. Cuba tengok ayat tu balik?" Fat arah. Khai mencebik. Dia membuka suratnya.

"It says that big tree that you can find from lily?" Khai agak confuse. Jadi tempat ni bukan tempat yang sebenar? Aireen dan Fat melihat sekeliling.

"Dari apa yang aku tengok .. tak ada satu pun  pokok dekat sini." Aireen berkata. Fat turut mengangguk setuju.Khai menongkat dagu.

"Aku follow hati aku je boleh?" Khai cakap. Fat dan Aireen berpandangan.

"Okay. Asalkan kita tak sesat sudah"

DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven WarriorsWhere stories live. Discover now