Chapter 54 - Comeback to the Human World

73 7 5
                                    

  Mereka bertujuh duduk  termangu-mangu. Hari ini festival diadakan di Dream Capital bagi meraikan kemenangan mereka. Walaupun ada duka dalam gembira. Raja Dream naik ke takhtanya dan berucap.

" Beta amat gembira dan bersyukur kerana keamanan dunia ini telah dipertahankan. Walaupun Gogola dan Nenekla telah membunuh banyak penduduk di dunia ini.. menghapuskan keseluruhan kerajaan Alyvia Land juga mereka yang terbunuh di medan perang."

"Beta ucapkan jutaan terima kasih kerana kamu semua masih menunjukkan taat setia kepada negara ini. Dengan ini! Beta umumkan.. Dream World dan Dark Dream World akan menjadi sahabat. Kita akan bersama-sama menguruskan mimpi manusia seperti biasa dengan kepimpinan raja baharu, Rykal yang bakal naik takhta tak lama lagi."

Rykal berdiri. Rakyat Dream World dan Dark Dream World bersorak.

"Sepatutnya abang saya yang naik tahkta ini. Tapi.."

Suasana sunyi sepi. Semuanya tahu tentang pemergian tersebut. Rykal cuba mengukirkan senyuman walaupun sukar.

" Kita semua perlu tersenyum. Dunia ini sudah aman! Sebagai wakil dari Dark Dream World, Saya berharap hubungan di antara kedua dua dunia yang berbeza ini tak akan putus. Dan Saya jugak mahu..." Rykal tersenyum. Dia melihat Raja Dream.

"Saya mahu meminta jasa baik Tuanku untuk membina tugu pahlawan . Untuk Gold dan Silver blood. Juga kepada 7 heirs. Tak lupa juga kepada puak lain yang sama-sama berperang."

Raja Dream mengangguk membenarkan. Rakyat di bawah bersorak. Malam itu.. malam yang gembira. Makanan yang lazat-lazat jugak minuman yang pelbagai disediakan.

Qays dan 7 heirs masih bergitu. Bermurung tanpa sebab. Masih dibelenggu kesedihan di atas pemergian mereka. Sepatutnya mereka sudah bergembira sekarang, bukannya bermurung. Mereka tidak mampu pulang ke Flower and Diamond Camp. Tempat itu akan mengingatkan memori-memori mereka bersama Fat dan Iz.

"Tsk tsk" Tiba-tiba air mata mengalir lagi dari wajah Khai. Mereka terkejut. Dian menggosok belakang Khai. Khai menangis teresak-esak. Aireen dan Mel memegang tangannya untuk memberi semangat.

"Baru... Semalam kita jumpa diorang.. diorang pergi dalam beberapa jam sahaja.. " Khai tunduk.

Aiman yang melihat menyeka air matanya. Mikael dan Ezriq pula melihat dengan rasa simpati. Walaupun mereka tak serapat seperti mereka berempat dengan Fat, namun kehilangannya turut dirasai.

"We'll have to accept the fate that have been written. Walaupun menyakitkan.." Ezriq berkata. Khai angguk.

"Betul cakap hg.. apalah perasaan Aunty Mira? Anak tunggal dia pergi. Dia tak titiskan air mata pun."

Qays geleng. Mereka melihat Qays yang nampak down.

"Korang salah.. Bonda Mira menangis lagi teruk dari yang korang sangka. Tapi dia sorokkan di hadapan orang lain" Mereka bertujuh terpempam. mereka melihat wanita itu yang termenung.

"Kuatnya aunty.."

"Lebih-lebih lagi bila dia baca Surat yang Al tinggalkan . Dia menangis ... " Qays tutup matanya yang membengkak dengan tisu. Dian hulurkan sepeket tisu lagi.

"Sekarang abang cakap soal itu... Kami tak baca lagi surat yang fat tinggalkan" Mikael keluarkan Surat dari dimensi simpanannya.

Khai turut berbuat sama. Mereka merenung surat itu. Surat yang terlipat kemas di tangan Khai bernombor 1. Manakala di tangan Mikael bernombor 2.

"Hurmm aku rasa kena buka yang ada dekat aku dulu kut?" Khai berkata. Yang lain duduk di atas kerusi membentuk bulatan. Khai mula membaca dengan suara yang sederhana agar yang lain turut dapat mendengar.

DREAM WORLD: Gold, Silver And Seven WarriorsWhere stories live. Discover now