Adlina mengerling sekilas jam tangan sebelum menggosok lembut kedua-dua tangannya. Sarung tangan berbulu berwarna coklat itu sedikit sebanyak membuat tangannya terasa hangat. Salji putih yang turun di bumi Carlisle dengan lebat semalam nampak gaya juga sudah beransur perlahan.
Biarpun suhu menunjukkan 3°C, Adlina tidak berganjak langsung dari kedudukannya berdiri di hadapan The Crown and Miter Hotel. Padahal boleh saja dia menunggu Afiq di lobi hotel. Suasana pagi yang masih agak sunyi membuat fikirannya menjadi tenang. Walaupun matanya sekadar memerhati penduduk Carlisle yang bersedia memulakan hari baru sejak dari tadi, dia pasti akan merindui semua ini apabila sudah tamat belajar dan pulang ke Malaysia nanti.
Selang berapa minit kemudian, lamunannya terhenti apabila terlihat kelibat Afiq yang berlari anak dari hotel dan berhenti di tepi jalan. Mata lelaki itu melilau bagaikan mencari sesuatu. Adlina tersenyum melihat gerak gerinya sebelum menjerit nama Afiq. Dengan pantas, Afiq mencari pemilik gerangan suara itu sebelum matanya dijamukan dengan Adlina yang tampak comel dalam pakaian musim sejuk.
Adlina memilih untuk memakai baju knitwear berwarna putih, dilapisi dengan jaket labuh berwarna coklat dan dipadankan dengan seluar jeans berwarna biru lembut. Rambutnya yang panjang juga ditutupi dengan snow hat berwarna putih. Enggan membiarkan lehernya dicengkam rasa sejuk, Adlina turut melilitkan skarf berbulu berwarna beige.
Afiq mengeluh kecil tatkala berdiri di hadapannya. "I've told you so many times since yesterday, Lin. Jangan tunggu dekat luar. Stay and wait for me at the lobby. What are you doing here dengan cuaca sejuk macam ni?"
Adlina tersengih busuk. "Ala, tak sejuk manalah. Macam Lin tak biasa dengan salji sekarang,"
"Ya memang tak biasa lagi. Tengok bibir Lin tu. Dah crack macam apa,"
"Kenapa eh nak tengok lips orang?" soal Adlina sambil mencerlungkan matanya ke arah Afiq. Afiq ketawa kecil selepas mendengarnya.
"You really never listen to me kan. Abang tanya tak nak jawab. Pastu benda tak penting yang dia tanya,"
"Hehehehe. So, where are we going? I thought we're leaving together with Qash and...," ujar Adlina perlahan tanpa menghabiskan ayatnya. Afiq mengerutkan dahinya sambil memerhati wajah Adlina di hadapannya.
"And...?"
"...his daughter," balas Adlina sambil memandang tepat ke arah mata Afiq. Afiq tersenyum kecil sebelum menggosok lembut snow hat Adlina beberapa saat.
"They're leaving first. Dia ada call abang tadi ajak pergi sekali tapi abang bagitahu dah that I need to wait for you first and I'll come out with you,"
"Laa haha. Apalah abang ni. Lin boleh je datang sendiri dan jumpa korang semua kat sana,"
"Yes tapi abang yang tak biasa tinggalkan Lin. We're doing this together. Remember?"
Adlina tersenyum tawar sebelum dia memautkan tangannya pada lengan Afiq. Dia mengerling ke arah Afiq berdiri di sebelahnya.
"Ready?" tanya Adlina ringkas.
"You bet,"
*****
Aqash mengikat rambut budak perempuan yang setia duduk di atas ribanya sejak dari tadi dengan berhati-hati. Biarpun ada yang menawarkan kerusi kanak-kanak kepadanya, budak perempuan itu enggan duduk di situ dan memilih untuk duduk dengan selesa di atas paha Aqash. Tidak mahu membuat kecoh dengan memanjangkan hal itu, Aqash memohon maaf kepada pelayan cafe Coffee Genius sebelum dia berlalu pergi selepas mengambil pesanannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Me vs You
RomanceBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...