27 // Rancangan

1.9K 69 1
                                    

Sedar tidak sedar, sudah hampir dua bulan lebih Adlina menamatkan persekolahannya. Sudah hampir dua bulan juga kenangan manisnya bersama Aqash pada malam graduasi sentiasa berlegar-legar dalam ingatannya. Entah mengapa dia merasakan bagaikan baru semalam semua peristiwa indah itu baru berlaku.

Adi, kau sakit ke?

​Adlina menepuk lembut dahinya sambil tertawa kecil. Orang kalau dah angau memang macam ni, gumamnya nakal. Memikirkan hubungannya dengan Aqash semakin bertambah erat dan rapat dari hari ke hari, senyuman lebar tidak pernah lekang dari bibirnya. Ada sahaja perkara mengenai lelaki itu menjadi igauannya.

​Patutlah mamat tu pernah jadi buaya dulu. Mulut dia memang manis. Kalau bab-bab mengayat perempuan, bagilah kat dia. Memang championlah! Mana perempuan lain tak cair? Kalah gula, desis hatinya.

​Walau bagaimanapun, Adlina tidak tahu status hubungan mereka yang sebenar. Sama ada masih kawan atau sudah menjadi pasangan kekasih. Yang pasti, Adlina selesa sebegini. Dia tidak mahu bersikap tergopoh-gapah dengan menerima lelaki itu menjadi temannya. Seelok-eloknya dia mengenali sifat dan perangai Aqash terlebih dahulu sebelum keputusan akhir diambilnya. Tambahan pula, Aqash tidak pernah mendesak atau memaksannya memberi jawapan. Lelaki itu setia menunggu.

​Hai Adi, sampai bilalah kau nak main tarik tali. Tak penat ke, gumamnya sambil tersenyum.

​Datin Arisah yang baru sahaja keluar dari biliknya terpinga-pinga seketika apabila melihat gelagat Adlina yang sedang tersenyum seorang diri ketika berdiri di hadapan rak pakaian. Dia mengerling sekilas ke arah setiap sudut ruang Butik A's miliknya yang baru sahaja dibuka baru-baru ini. Mujurlah hanya ada dua orang pelanggan sahaja. Itupun mereka sedang melihat-lihat. Datin Arisah tersenyum lalu menghampiri Adlina yang masih mengelamun.

​Datin Arisah menggelengkan kepalanya melihat telatah Adlina yang kelihatan masih tidak lagi sedar akan kehadirannya meskipun dia sudah berdiri di sebelahnya. Dia tahu apa yang Adlina sedang alami sekarang. Hubungan erat di antara anak sepupunya dan anak bongsunya sudah tidak dapat dibendung lagi.

​"Ehem," sengaja Datin Arisah berdehem kecil.

Adlina yang terkejut sempat lagi melatah. Datin Arisah yang pada mulanya juga terkejut kecil, akhirnya menghamburkan ketawa kecilnya. Merah muka Adlina menahan malu.

​"Berangan orang tersayang la tu," usik Datin Arisah.

​"Takdelah. Auntie ni serkap jarang je,"

​"Yeke? Tu dari tadi termenung je. Auntie keluar bilik, berdiri sebelah Lin pun Lin tak sedar. Betullah tu kan," Datin Arisah berkata selamba.

​Belum sempat Adlina membalas, Aqash muncul di hadapan butik mummynya sambil tersenyum ceria.

​"Assalammualaikum," tangan Datin Arisah di ambil lalu disalaminya. Pipi Datin Arisah turut dikucup.

​"Hai, hari-hari datang tak penat ke," sindir Datin Arisah bersahaja. Aqash sekadar ketawa. Matanya sempat dikerling kepada Adlina. Meskipun hanya memakai baju kemeja berkotak-kotak biru yang agak besar daripada badannya dan berseluar jeans, Adlina tampak manis. Apatah lagi rambutnya yang baru dipontong pendek menampakkan lagi kematangannya. Tersenyum Aqash melihatnya.

​"Nak pergi lunch ke?" soalan Datin Arisah mengejutkannya dari lamunan. Pantas dia mengangguk.

​"Macam tak biasa," selorohnya. Semenjak Adlina mula berkerja di butik milik Datin Arisah dua minggu lalu, boleh dikatakan hampir setiap hari dia datang ke situ untuk makan tengah hari bersama gadis itu. Meskipun dia mula sibuk belajar selok belok syarikat papanya dan masuk ke pejabat hampir setiap hari, pasti dia akan meluangkan masa untuk Adlina. Mujurlah jarak antara syarikat dan butik Datin Arisah tidak terlalu jauh.

Me vs YouWhere stories live. Discover now