"No, mummy. Please. I really don't want to talk about this again. Like seriously. Can we just pretend like nothing happened?" lembut suara Afiq meminta. Berharap agar Datin Arisah mengerti dan berhenti bercakap tentang ini. Namun, riak wajah yang penuh keibuan di hadapannya itu masih tidak berubah. Masih meminta dirinya untuk menjelaskan perkara sebenar.
Perkara sebenar? Tentang apa? Tentangnya dan Adlina? Untuk apa? Bukan dirinya yang mempunyai pertalian yang rapat dengan gadis itu tetapi Aqash. Mummy seharusnya bahagia kerana Aqash dan Adlina semakin rapat. Bukan itu ke yang mummy harapkan selama ini? Justeru itu, kenapa mummy sibuk bertanya tentang perasaan dan cintanya kepada Adlina pula?
"Fiq, dengar sini apa yang mummy nak cakap," pujuk Datin Arisah perlahan. Dia kasihan sebenar kepada Afiq. Luluh hatinya apabila mendengar permintaan Afiq sebentar tadi. Namun, dia terpaksa. Dia perlu mengetahui perasaan Afiq yang sebenar-benarnya hari ini juga."Fiq dah tak sudi tengok muka mummy ya?" Datin Arisah sengaja berpura-pura merajuk untuk mendapatkan raih simpati daripada anak sulungnya. Dia tahu benar dengan sikap dan perangai Afiq. Afiq seorang yang lembut hati. Marah sekali manapun anaknya itu, cepat sahaja surutnya.
Afiq yang memandang ke arah jalan raya mengeluh sebelum melihat semula wajah Datin Arisah yang sudah tersenyum. "Okay. What is it?"
"Mummy cuma nak tahu perasaan Fiq dekat Adlina saja. Ada lagi ke tak. Itu je,"
"For what?" mendatar sahaja suara Afiq bertanya. Datin Arisah menghela nafas berat.
"Mummy tak nak rasa berdosa," jawab Datin Arisah perlahan. Dahi Afiq mula mempamerkan garis-garis halus.
Berdosa? Kenapa?
"Kenapa?" soalnya hairan.
"Mummy tak nak sebab Lin, Fiq makan hati sedangkan Qash bahagia. Mummy sayang anak-anak mummy. Kalau boleh, mummy nak tengok dua-dua bahagia selagi mata ni celik lagi. Rungsing hati mummy bila tengok sorang gembira, sorang lagi sedih," sayu suara Datin Arisah berkata.
"Nonsense. Kenapa mummy rasa macam tu pulak? Mummy tengok Fiq tak bahagia ke? Muka Fiq macam orang patah hati ke? Fiq okaylah mummy. Seriously, I'm fine," dalih Afiq.
"Ingat tak apa hukum tipu seorang ibu,"
Sudah! Mummy dah start dah dengan hukum-hukum dia.
Afiq memegang erat tangan Datin Arisah. Suasana petang yang sedikit mendung menyebabkan masa minum petang itu menjadi sedikit sejuk. Tidak pasti pula hujan akan turun ataupun tidak. Halaman rumah banglo mewah yang mempunyai puluhan jenis bunga mula terikut berayun apabila sesekali angin datang membelai.
"Penting sangat ke bagi mummy nak tahu semua ni?" tanya Afiq lembut. Dengan pantas, Datin Arisah mengangguk. Penting! Sangat penting!
"Then, lepas mummy tahu, mummy nak buat apa?" duga Afiq.
"Kalau boleh, mummy cakap dengan Auntie Narimah batalkan je impian kami nak satukan Lin dengan salah seorang anak mummy. Nanti mummy suruh Qash cari orang lain sebagai pengganti Adlina,"
Tersentak Afiq mendengar jawapan mummy. "No, no. You gotta be kidding right now mummy. You didn't mean that actually, don't you?"
Datin Arisah hanya tunduk memandang rumput. Kaku dan diam seribu bahasa selepas mendengar nada suara Afiq yang mula tinggi.
"Apa ni mummy? Takkanlah mummy nak batalkan semua hanya disebabkan Fiq? Mummy, Qash bahagia tau. Bahagia sangat! Mummy tak nampak ke senyuman dia melebar je setiap masa? Mummy tak nampak ke air muka dia macam mana setiap kali dia bercerita about Lin? Mummy sendiri nampak kan betapa gembiranya Qash bila jumpa Lin masa Lin kerja dengan mummy lagi. Don't tell me that you've already forgotten about all this. Kalau mummy risau sangat pasal Fiq, I think you better stop all this crap now. Fiq okay mummy! Mummy sanggup ke nak tengok penderitaan Qash lepas ni pulak? Elok-elok sorang je yang sedih, tambah lagi sorang pula. Lagipun, kena fikir juga perasaan Lin. Lin pun dah nampak sayang sangat kat Qash nampaknya. You should be happy because everything is going well just like both of our family want it," terang Aqash panjang lebar.
YOU ARE READING
Me vs You
RomanceBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...