Adlina tersenyum sinis sambil menjungkit tinggi kening kirinya. Aqash dan Afiq yang duduk bertentangan dengan gadis itu tampak gelisah. Hati mereka menjadi tidak senang selepas melihat senyuman Adlina yang menakutkan itu. Masing-masing tidak menyangka bahawa mereka bertiga mempunyai hubungan kekeluargaan. Dan kini, segalanya sudah terbukti. Dan yang lebih mengharukan, hubungan kekeluargaan di antara Aqash dan Afiq turut terbongkar.
Oh. Dua ekor ni adik beradik rupa-rupanya. Patutlah perangai lebih kurang sama. Sibuk nak ambil tahu hal aku, duk kacau aku. Memang tak peliklah. Tapi muka dua ekor mamat ni tak nampak macam dorang adik beradik langsung. Sorang ala Cina, sorang ala Melayu. Memang boleh kencing habislah kalau tipu orang lain. Sampai dengan aku pun tertipu, getus hati Adlina yang masih merenung tajam wajah-wajah dua pupunya.
Cis, cis. Macam mana pulak boleh berdua pupu dengan minah ni? Aku patut dapat agak hint yang mummy bagi. Satu sekolah dengan aku, budak form 6, nama bapak dia, Uncle Saif. Aku kan tahu nama penuh Adlina. Adlina Haziqah Ahmad Saifullah. Ya ALLAH, bodohnya kau Qash! Kenapalah kau bengap sangat? Kalau aku tahu, aku tak pergi tadi, bisik hati Aqash geram. Dia cuba menetang pandangan tajam Adlina namun gagal. Mata bulat gadis itu terlalu sukar untuk ditewaskan.
Afiq merenung wajah Adlina dengan riak tidak percaya. Ah sudah, kantoi aku dengan Aqash adik beradik. Jangan dia pergi heboh satu sekolah sudahlah. Chill Fiq. Kau tahukan perangai Adlina macam mana. Dia takdelah kepoh bagai. Ya, tak mungkin Adlina nak cerita kat semua orang. Tenang Fiq, tenang, hati Afiq berbicara. Dia dapat merasakan jantungnya berdegup kencang.
Aqash menyiku lembut badan abangnya yang masih kaku. Afiq segera mengalihkan pandangannya ke arah adiknya yang tampak resah. Dia juga resah sebenarnya namun dia cuba berlagak tenang. Akhirnya, Afiq menjungkit bahu tanda tidak tahu.
Takutlah tu. Nasiblah korang kena dengan aku malam ni, kata Adlina nakal di dalam hatinya.
Datuk Amrizi, Datin Arisah, Encik Saifullah dan Puan Narimah yang sedang rancak berbual-bual sebelum menunggu makanan yang dihidangkan oleh Mak Yam selesai menoleh ke arah anak-anak mereka masing-masing. Mereka dapat merasakan suasana tegang menyelubungi mereka bertiga. Keempat-empat mereka memandang sesama sendiri.
Datuk Amrizi berdehem kecil sebelum memulakan perbualan. "Adi terkejut ya tengok anak-anak Uncle. Uncle tahu dorang ni handsome," usik Datuk Amrizi. Adlina tersenyum hambar.
Handsome? Handsome?! Sorang buaya, sorang kambing. Tang mana pulak handsome tu?
"Agak handsome jugaklah. Tu yang saya terkedu tu. Sampai speechless saya dibuatnya. Bertuah Uncle dapat anak-anak macam ni," balas Adlina selamba sambil tersenyum penuh makna. Aqash dan Afiq cuba untuk membalas senyuman gadis itu namun gagal. Jantung kedua-dua lelaki terbabit masih berdegup pantas bagaikan ingin tercabut. Ah papa ni, boleh pulak cakap macam tu, gerutu Aqash perlahan.
"Adi? Kenapa panggil Adi? Nama budak ni punyalah lawa. Macam laki je," soal Datin Arisah sambil tersenyum pelik. Puan Narimah tersenyum mendengarnya. Dia menoleh sekilas ke arah wajah Adlina yang sedikit kelat tatkala isu namanya mula dibahas.
"Entah abang Riz ni. Saya dengan Saif panggil dia Lin kat rumah ni. Memang kami tak suka panggil dia Adi. Mula-mula, membantah juga budak tu. Lama-lama, okaylah," jawab Puan Narimah. Buat pertama kali pada malam itu, suara Aqash dah Afiq mula kedengaran. Itu pun sebab nak ketawakan isu nama Adlina. Datuk Amrizi memerhati sahaja gelagat anak-anaknya.
Apa yang kelakarnya? Mudah terhibur betul anak-anak aku.
"Auntie panggil dia Lin? Dia tak bagi pun Qash panggil dia macam tu kat sekolah," sampuk Aqash sambil tersenyum lebar. Afiq mengangguk mengiyakan kata-kata adiknya. Adlina mengetap bibirnya geram. Hujung baju kurungnya dipintal-pintal menahan marah yang mula menguasai hati. Sabar Adi, kejap lagi kau balaslah.

YOU ARE READING
Me vs You
RomansaBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...